Nuiffnag Ads

Friday 21 August 2015

Rehat Jumaat Kami

Assalammuailaikum

kali ni nak share waktu rehat setiap jumaat kami. biasalah waktu rehat pada hari jumaat kami dari jam 12.15 tengahari - 2.45 petang. masa yang panjang ni kami guna untuk mengeratkan hubungan yang ada.

gosip, peh tu gelak. cerita hal anak-anak, peh tu gelak. makan, peh tu gelak. masa ni lah digunakan untuk merasai kasih sayang masing-masing.

sejak salah seorang kawan kami ni baru berkahwin dan berpindah di rumah baru dan dekat jua rumahnya dengan uitm.rumah dia lah sasaran kami untuk masak-masak.terima kasih zakiah dan pyjai (suami).baik hati sentiasa terbuka menerima kehadiran kami.

ok meh nak share pic #rehatjumaatkami pada jumaat lepas 07 Ogos 2015. Steamboat Time!!

meriah tak?




with wani gebu gebasss

dah penuh perut dengan segala macam steamboat kitaorang lepak makan kuih raya pulak. sedap semperit zakiah!

nampak tak kita bawak balik bekas biskut.biskut raya semperit.sedap sangat!
ok habis cerita #rehatjumaatkami pada 07 Ogos 2015. ehhh jap, nak kredit to tomyam zakiah.sedap.pandai masak.

meh nak kongsi pulak cerita #rehatjumaatkami pada hari ni. selalunya kami tak planning awal-awal nak masak apa.nak makan apa.jenis kami, ok korang, esok jom buat itu ini.hari biasa pun, waktu tengahari nak makan kat mana pun kami tak decide.start kereta baru la nak tuju ke mana nak tuju.sana habis pergi kat sini pulak.sini pun habis makanan nya pergi ke sinun pulak.

jadi jangan lah ada antara kawan-kawan lain yang berkecil hati jika tidak mengajak.maafkan kami ye.tak mudah untuk menjaga hati semua.kadang-kadang kami penat nak menjaga hati semua.sebab tak semua menjaga hati kami.

masing-masing ada kawan masing-masing.kehidupan ni mudah.waktu korang dengan kawan-kawan korang, kami yang disini tak berkecil hati pun korang tak mengajak korang buat makan-makan.tapi kenapa bila kami yang buat ada je suara-suara yang berkecil hati?

the answer is...itu tanda korang selesa dengan kami.:).hubungan persahabatan kami penuh kasih sayang.kan??hehehhe

hasil #rehatjumaatkami ni pun semuanya atas kutipan bahagi-bahagi ringgitnya.setakat ni dua kali buat makan-makan ni, kami hanya mengeluarkan 

RM9.80 sahaja seorang.

sangat jimat. basuh membasuh pinggan.sama-sama.potong memotong bahan,sama-sama.best kan?heheheheh

dari segi pembelian barang pulak, bahagi. orang itu beli ini, orang ini beli itu.yang penting bila kita berada dalam kumpulan kecil macam ni. inshaAllah, tiada yang ada tidak kepuasaan hati.masing-masing ikhlas,

ok dah lah.jom layan gambar. :)

rajin tuan rumah kita melayan tetamu.kentang tu dah siap goreng.sebab nampak kamera nak tangkap gambar dia, laju dia masuk kan kentang tu balik.zakiah zakiah.....

my pinggan.
idea deco by me! ;)
yang menyusun dalam pinggan by zakiah dan mai! :)
yang lain??tak sabar nak makan. :p
oooooohhhh lupa, tak lupa cik melah kita yang rajin menggrill lamb and sosej kegemaran elma!

tetamu jemputan hari ni kak munah


comel semua nya
yang ni lagi comel :p

sayang semuaaaaaa

kak melah dengan ju tu pandai.bila tangkap gambar je mesti menyorok belakang orang.sebab?.nak nampak kurus!haisshhh

ok habis cerita untuk #rehatjumaatkami. 

"untuk melihat siapa diri kamu, lihat dengan siapa kamu berkawan"

my quote is

"ikatan persahabatan tidak pernah disimpulkan. sentiasa terbuka menerima siapa saja.tapi jangan berkali-kali menyakiti hati ini, kerana dengan mudah ikatan itu tersimpul rapi"


No comments:

Post a Comment