Nuiffnag Ads

Friday 12 May 2017

Sabah untuk kedua kalinya!

Hai,

penulisan ni lebih kepada untuk berkongsi keterujaan, kegembiraan, bukan fokus pada itinerary. so, kita akan kongsi kan apa yang kita ingat sajo ok.

untuk lebih details rasa nya sekarang boleh je google.banyak orang share details itinerary.lagi hebat-hebat gituu.

macam biasa ini bukan lah last minute planning.memang rancang dari tahun lepas tak salah nya untuk ke Sabah ni.masa tu tiket flight pergi balik RM190++ seorang.

kenapa Sabah?

sebab untuk kali pertama pergi hanya fokus di KK dan pulau sahaja.kali ini.berjalan jauh sikit ke Kundasang!

sebetulnya Raziq main order je nak naik 'apal terbang'. jadi kesian kan dia setiap kali nampak 'apal terbang' di langit dia akan menjerit keseronokan. dapat bayangkan tak bila dia da dapat naik??ok jom, ibu cerita kan.

kali ini pergi dengan atok, nenek dan sepatutnya ada akil (paksu raziq). apakan daya paksu raziq ada exam mid term.padan muka paksu tak dapat ikut.tapi dia da besar.tak heran apanya dia. dan bersama dengan kami, pasangan romantik zakiah dan pyjai (cakap pun berbisik-bisik kome, romantik sungguh!).

07 Mei 2017 (Ahad)
memilih flight awal 7.50 pagi sebabnya tahu waktu di Sabah cepat siang nya. sampai dalam pukul 11.50 pagi.

gerak dari teluk intan seawal 3.30 pagi.raziq?ooohh sangat senang kejut dia.cakap je.raziq nak naik 'apal terbang' ni.bangun!terus bangun kome.mandi pun mau gosok gigi.kalau tidakkkk..gosok gigi je pun dah macam berperang air dalam bilik air.

jumpa kawan ibu, acik kioh di sana je.sampai je terus check in di kiosk.amat dukacita.tak keluar lak boarding pass tu bila lepas check in. yang terselamat boarding pass acik kioh dan pyjai je. yang kami lagi 4 org ni. kena lah beratur di kaunter untuk re print boarding pass.Uh!sangat kelam kelibut tau.dengan ramai orang nya.da sampai kaunter nak print kena pulak tunjuk ic.tak tahu kan sebelum ni.so patah balik ke nenek atok untuk dapat kan ic. itu pun in charges kaunter nak tengok pemegang ic.mana mau nya atok nenek yang da berusia tu nak jalan jauh ke kaunter row V.atok nenek ada di row S.

so apa-apa selepas ni.ic bawak je keluar siap2 ok.tak yah simpan cantik2 dalam slot purse tu.hehehe.

selesai print.terus check in baggage dikaunter.then terus ke gate.nasib gate dekat.gate J1, yang wat tergelak kakak yang da lama keje situ pun tak tahu ada gate J1.ok maafkan dia.hahahaha.raziq pula sudah mula menunjukkan sifat ketidaksabaran nya itu. 


nak jugak suh tangkap gambo bearbear dia..huh!
sepanjang 2 jam dalam flight tu.raziq tak duduk diam.lepas tu duk bising lamanya2.jenuh kome nak menjawab dan menenangkan dia.
ok sampai da. destinasi seterusnya adalah Kundasang
 terus ke Jesselton point dulu untuk tanya tiket boat keesokkan hari nya.
ni pakej yang ada.
dalam perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa 1jam 45minit macam tu je, singgah cari tempat makan untuk isi perut.kami singgah di masjid ni.depan masjid ni ada gerai makan.so terus je makan situ.
selesai semua, dalam perjalanan ke Kundasang akan lalu Rumah Terbalik, dan Jambatan Tamparuli. jadi kami decide singgah je terus.Jambatan Tamparuli tak dapat singgah sebab cuaca hujan renyai.singgah Rumah Terbalik je dulu.

Rumah Terbalik sekarang dah ada museum 3D. last kami pergi 2014 hanya ada Rumah Terbalik. so alang-alang da sampai masuk jelah.standby duit lebih je kalau pergi bercuti ni.kekadang unplanning tu tetiba muncul.hehehehe
harga tiket
pada awalnya masuk museum 3D ni Raziq tak berapa ok.dia takut sebab gelap.so banyak pic dia di awal tiada.
ibu dan the........



keadaan sebenar si pyjai ni baring.
jual apa kome??
mau pulak ayahnya bergambo kali ni.kalau takk susah
sebenar nya kuda hanya di di ayahnya saje. entah macam mana pandai lak dia wat ala2 dia naik kuda seiring ngan ayahnya

ok raziq.jom kita g cari ayah.entah sapa curi ayah entah.jom kita kayuh sesama jom.jangan nak senyum je.
raziq sambung la cari.ibu da malas.da penat. :P

konon2

entrance nak masuk rumah terbalik.masa ni kami tak bernasib baik.kalau tak dari tempat kami diri tu da boleh nampak gunung kinabalu.malangnya gunung ditutupi dengan awan.cuaca tak berapa cantik untuk hari pertama ni.
kenapa acik kioh jauh dari raziq??
2017, ibu still boleh dukung raziq begitu.
situasi gambar ni ayah raziq perlu melompat sedikit.

selesai kitaorang menjelajah. gerak ke Kundasang. dalam perjalanan tu hujan.
dan sebenarnya perjalanan ke Kundasang ni bukan lah jalan macam ke Cameron dari Tapah tu dan dari simpang pulai tu.Jalan nya besar.dan tak lah berliku2 sangat.ok je.
ke sebab duduk seat depan ye.ke sebab drive sendiri.so kita leh suh perlahan ke apa ke ye.hmmmm (masih berfikir).heheehhe
untuk pertama kali nya dia tido bersandarkan pada bahu ibu.pertama kali nya!selalu di lengan ibu.nasib comel.lau tak ibu da tolak kepala tu ke sebelah sana.hehehehe.
 tanda korang da sampai Kundasang adalah bila korang nampak Kubis besar ni.

 ok selepas pemandangan ni, adalah tanda bermula la nak naik ke penginapan.Allah,ini seriously gerun.memang dalam van tu duk cakap.ini pertama dan terakhir nak naik sini.huhuhuhu takut wey!macam memacak sikit bukit nya.kalau naik ranger mungkin laju.ni naik van kome.gayat!

tapi bila da sampai di penginapan.nampak pulak gunung kinabalu tu.teruja nya!.kami sampai dalam pukul 4.30 macam tu.dah nak dekat gelap.

penginapan : Dreamworld Resort
harga : boleh lah mengikut jenis bilik
servis : ok
kebersihan bilik : ok, boleh lah
cuaca : sangat sejuk!
 yess!ibu dapat tangkap pic gunung kinabalu yang sangat jelas.yes!
 laluan ke bilik kitaorang.mimosa 4, 5 dan 9 untuk pasangan acik kioh ngn pyjai.bagi deme jauh sikit.heheheh
 banyak pic raziq macam ni.dia ikut siapa entah pose macam gitu
 melompat2 raziq nampak ni.dia boleh berendam dengan air yang suhu sejuk tanpa mengigil ye.tidur pun relax tak pakai baju seluar hanya pakai pampers.yang pelik bila dekat rumah sini, air sejuk sikit dan mengigil bagai kan apa.

  ayah dan raziq
disebabkan rasa takut untuk menuruni bukit dan mendaki kembali bukit, kami makan je di kafe hotel.
makanan : ok, sedap
harga : ok
 pemandangan malam

08 Mei 2017 (Isnin)
Pagi Sabah!
view pada pukul 7.00 pagi.awan masih menutupi gunung kinabalu itu.
1st pic ramai2

 pemandangan depan reception

 kami sarapan di kafe penginapan tu sajo.malas nak cari atau keluar ke tempat lain.lepas sarapan kami gerak ke Desa Dairy Farm, Kundasang.Perjalanan ke Desa Dairy Farm ni dari Dreamworld Resort ambil masa 5-6 minit je.dekat sangat.

Buka pada jam 8.00 pagi. Fee RM5 untuk dewasa. Kanak2 lupa sudah bah.cuaca di Kundasang pagi tu sangat cantik.


 disebabkan ada membaca sebelum ke Sabah ni, orang suggest kalau da sampai Desa Farm ni kena rasa aiskrim.ok da rasa da.perisa vanilla habis.so perisa coklat dan yogurt.
coklat - sedap
yogurt - bolehlah.sebab bkn penggemar yogurt.heee


 susu dia memang sedap.
apa ye kitaorang ngah buat ni??
apa ye??..hehehehe..

 masa kitaorang pergi ni, awal pagi.jadi lembu2 belum dilepaskan lagi.so kalau pandang ke ladang tu pun lembunya tak ada.ada dalam kandang.view untuk gunung kinabalu pulak tak nampak sebab masih ditutupi awan.tidak bernasib baik lagi.

 kami decide terus gerak ke KK sebab nak kejar trip ke pulau last trip pada jam 2.00petang.

dalam perjalanan tu kami singgah di Kinabalu Park.ok disini i told you, jangan lah nak pusing ke kaki bukit tu naik kenderaan ye.sebenar kami tak sampai ke kaki bukit pun, baru separuh perjalanan kami pusing balik.sebab jauh lagi nak sampai ke kaki bukit tu.kalau jalan kaki, ada track dia.Fee RM3 untuk Dewasa.

sangat menggerun kan ada satu simpang tu.satu simpang tu jeeee.berliku dan mendaki.Ya Allah.driver relax je. a.k.a asben kita. a.k.a ayah raziq.
 raziq dan atok
 ok mesti tertanya kan mana mama atau nenek raziq kan.mama jenis tak larat, kaki sakit.jadi duduk dalam van je kalau ada pit stop macam ni.

 pit stop seterusnya singgah di Jambatan Tamparuli.masa tu dah renyai.dalam hati aduh tak dapat snorkeling ni.huhu

atok ngan raziq lagi 
 sampai je di Jesselton Point, terus ke kaunter tanya boat.petugas kaunter tu bagitahu di pulau sudah hujan dan ribut.masa tu jam baru 1.30petang. kami pun cakap sini cerah je.dia pun jawab, "kalau kamu mau pergi jugak terpulang bah, trip seterusnya jam 2.30petang".hahahaha.kan da kena.

kami pun berlalu dari situ cari makan dulu area jeti tu.sambil makan tu memang angin da kuat.tak lama lepas tu hujan.raziq.da merajuk tak nak makan sebab da janji dengan dia nak main pasir.lama kelamaan ayahnya dapat pujuk dia.itu pun sebab da hujan.

tukar planning pergi ke Pasar Filipina untuk membeli dan terbelah dompet.turun kan atok, nenek, acik kioh dan pyjai.biarlah derang shopping.kami?duduk dalam van pusing2 lepas tu tengok cuaca mcm da ok.terus search no telefon untuk tanya kut ada boat jalan lagi ke Pulau.katanya da tak ada.kalau ada pun private boat je.

so fikir lagi.sebab RM250 kalau nk sewa satu boat.atok raziq dah kol kata da selesai shopping.so kitaorang amik atok dulu terus g check in kan atok dan nenek.eh!acik kioh ngn pyjai mana??haaaaa depa ni rupanya kalau da beli, memang betul terbelah dompet deme tu. habis satu pasar tu depa tawaf tau.baru ku tahu.hahahaha.

dalam 3.30 macam tu acik kioh dan pyjai selesai shopping.amik derang di pasar terus tanya.nak ke kalau ke pulau sewa satu boat harga begini, begini dan begitu.terus ok je deme ni.

jadi berjaya tick checklist ke pulau.yeayy!kami gerak ke pulau pada jam 4.30.diberi masa 2 jam sahaja.untuk celup2 kepala.hehehe

sepanjang 15 minit ke Pulau tu boat sangat laju.dengan laut yg bergelora.duk terlambung2 kitaorang.tapi bestttt!.tapikan ada orang tu sepanjang perjalanan angkat punggung.hahahaha.


pasang volume kuat sikit lau tengok video ni.dengar siapa gelak kuat.hahahaha

best dapat snorkeling dapat la tengok ikan warna puprle.hehehe teruja.
air laut nya tak berapa jernih sebab baru lepas hujan.apa2 pun raziq happy dapat main pasir.

kami ke pulau ni tak bagitahu atok.punya la atok risau.sian atok.sorry atok.

untuk makan malam kami buntu nak makan mana.atas rajin bertanya pada budak yang bawa boat tu.katanya di Todak Waterfornt tu ada khemah2 di situ Seafood murah dan sedap.

apa lagi bila malam kami terjah.
parking - susah
makanan - sedap 
harga - berbaloi
sangat recommend pergi sini.tapi sedikit pening nak pilih gerai mana satu.dah sampai tu disarankan terus je ke gerai ikut kata hati.sebab nanti ada yang tarik tangan la ajak ke gerai deme.hehehehehe.
 yang hujung tu sibuk pilih kerang besar tuk kita.hehee

 Selesai makan.terus balik ke bilik.rehat.sebabnya esok flight pagi.jam 11.00.

09 Mei 2017 (Rabu)
malam kedua kami menginap di Hotel Dreamtel.
Kebersihan - sangat ok
harga - ok
bilik - sangat selesa

bangun pagi, siap terus turun untuk breakfast.

 check out awal, sebab atok nenek nak singgah pasar nak beli udang ikan untuk bawak balik. ada masa lagi stop di waterfront berhampiran pasar ni untuk tangkap gambar.cuaca hari ketiga sangat cantik.


 ni lah todak tu.nampak todak ni.bila malam dekat sini je gerai2 seafood ye.

 ni kaunter self check in baggage.baggage tag print di kiosk.kalau di KLIA2 sana ada staff buatkan untuk kita.di sini kita buat sendiri.jangan gundah gulana.ada staff yang sedia membantu.untuk kami yang 1st time ni.macam terpinga sikit.hehehehe.

tidak digalakkan kalau membeli barang basah untuk check in dalam kargo ye.hand carry ye.
 thank you mummy belanja kami dalam flight.tapi raziq tak minat kid's meal mummy order untuk raziq.raziq makan nasi lemak ibu.huh!
 kalau ibu tahu dengan membeli mainan raziq boleh behave macam ni.dari penerbangan datang lagi ibu ayah belikan mainan untuk raziq.
kakak jemput kitaorang.sebab kakak pun baru habis kerja tu.
ok habis cerita untuk percutian kali ini.terima kasih pada kioh dan pyjai.maaf kalau ada terkurang dan halalkan jika ada terlebih ye.next??kemana kita?

terima kasih sabah.atas view yang cantik.makanan yang sedap!

 
 this view i have been taken on the plane. copyright - una