Nuiffnag Ads

Monday 28 December 2015

Redeem scoop susu Anmum

hai,

hari ni nak share kegunaan scoop susu anmum. yang selama ni i tahu korang mesti pakai scoop tu untuk scoop garam, serbuk kunyit, kan kan kan?. heheehehe. tak apa, pakai la untuk kegunaan apa pun, tapi penghujung nya jangan buang, rugi. dulu tak tahu, start tahu tahun 2014 sebab ada promoter anmum bagitahu.

Raziq rasi dengan susu ni masa dia baby lagi. bukan tak bagi susu badan. bagi je. campur. cuma bila da start keje habis pantang tu, susu badan ada macam tak ada. 

kalau perasan di penghujung scoop susu anmum boleh di cerai kan. bila da ceraikan macam ni la rupanya.
kenapa ada warna oren dan ungu. ok nanti kita ceritakan dibawah ya
yang hujung tu lah bila di kumpul boleh redeem nak redeem apa pun, mengikut senarai yang ada. boleh pergi ke link http://www.connectedmums.com.my/main/?p=reward kalau pergi ke link ni banyak barang yang comel-comel boleh redeem. tapi yang paling menarik minat i ialah susu tepung nya. sebab boleh jimat tak payah beli. ;)

apa-apa pun kena register dulu sebelum log in.register senang je isi je detail diri. just follow the flow. :)

then download/print borang nya. contoh borang seperti dibawah.
Redemption Form
i da pernah redeem.sudah 2 kali i redeem. tahun 2014 dan yang terbaru hantar pada bulan oktober 2015, minggu lepas (disember 2015) baru dapat barang nya. sekarang i tengah nak redeem untuk kali ke 4 nya. hehehehe. before diaorang send redemption items. diaorang call dulu untuk confirmation. not bad lah service nya. i bagi 5 bintang. :)
taraaaaaa, ni lah item redemption i.sampai dalam satu kotak yang sederhana besar. kotak susunya sampai dalam keadaan elok.tak penyek.good services. 
i redeeem sekali 3 terus. kalau nak redeem up to 4 paket kena jadi ahli anmum dulu. 

setiap scoop yang berwarna ada points nya dan adalah mengikut gram susu/jenis susu.

ok untuk 
white scoop = 10 points (AnmumTM Materna, AnmumTM Lacta)
orange scoop = 10 points (AnmumTM Essential Step 3 & 4 500g)
purple scoop = 20 points (AnmumTM Essential Step 3 & 4 1.2 kg/1.6kg)

untuk redeem AnmumTM Essential Step 4 500g - Plain 3 - 6 years old yang macam i suka redeem ni hanya memerlukan 120 points sahaja.

thank you anmum adakan this servives. rasa dihargai sangat menjadi pengguna setia anmum.




Tuesday 22 December 2015

Kenduri + Zoo Taiping + Bukit Merah + Kuala Gula

Kenduri

Sabtu 19 November 2015, kenduri di lenggong, Perak. hantar mempelai belah lelaki. pangkat sepupu belah ayah. kali ni tak ramai adik beradik ayah yang menghantar. masing-masing ada hal.


Nakal manja Raziq ni
da lambat masa ni. pengantin boleh nak jalan dulu,suruh stop sekejap nak tangkap gambar. Selamat Pengantin Baru Amir.
ayah
Raziq kuat makan.suka tengok.
cheeky boy
Zoo Taiping

Lepas kenduri planning memang akan terus ke Bukit Merah Laketown. sewa homestay area  Laketown. sambil nak ke Bukit Merah tu singgah Zoo Taiping bawa Raziq. tapi apakan daya, raziq seperti tiada perasaan melihat haiwan-haiwan disitu. mungkin tunggu besar sikit.


                                                      Harga tiket Zoo Taiping



sorry gambar haiwan-haiwan dalam tu tak tangkap. heeeeee ;) . so gambar kitaorang yang banyak.
lepas dari Zoo Taiping, lapar. so pergi makan Mee Udang Mak Jah. ok la. not bad. 4 bintang i bagi.

Bukit Merah Water Park Laketown 
Ahad 20 Disember 2015, pagi dalam jam 9.30 kitaorang bergerak ke Bukit Merah Laketown konon-konon takut ramai orang. sebab cuti sekolah kan. tapi disebabkan pagi tak ramai pun. tengahari dalam pukul 1 tu dah ramai dah.

harga tiket : rm 25.00 dewasa
rm 20.00 kanak-kanak
warga emas tak ingat berapa

 raziq & paksu nya tengah tunggu  alip dan icha tak sampai-sampai lagi ni..




 kena paksa tangkap gambar dalam air.lepas tangkap tu, dia boleh cakap. "ok tak payah pergi pulau redang da"

ohhh tak sama kut. apa-apa pun i maintain senyum dan bukak mata dalam air. :p

kami keluar dari Bukit Merah Water Park Laketown tu dalam pukul 3 petang. jenuh nak suruh anak-anak kecil ni stop mandi+berendam. especially Muhammad Raziq.dia memang "water lover".

kami terus ke Kuala Gula. nak merasa ketam lembut yang famous di Kuala Gula. kami memilih J.S Muara. memang kalau search di internet, J.S Muara ni yang ranking atas. tapi....tapi....service dia...hurmmmmm maaf cakap. mungkin kena terima sebab ramai orang. tapi tak jugak, sebab kami order dulu meja sebelah yang datang kemudian dapat dulu. tak pun mungkin salah kami order set.

kalau korang nak makan di situ mungkin i boleh cadangkan jangan ambil set. order ketam lembut je.mesti sampai cepat. harga??ok la. tapi....tapi....kerang rebus yang dijual di luar kedai J.S Muara tu sangat la mahal. buah-buah potong dan rojak pun mahal.

tapi tak salah nak tolong melayu.mahal pun bayar je lah, makan je lah, beli tambah lagi. :)

tak sempat nak tangkap gambar area Kuala Gula tu. tapi kalau keluar dari Bukit Merah Water Park tu tak jauh dah nak ke sana, dalam setengah jam sahaja.

ketam lembut = 4 bintang
rojak buah = 1 bintang
makanan keseluruhan di J.S Muara = 4 bintang
services = 3 bintang

semoga dapat memberi sedikit informasi kepada the readers.

terima kasih membaca.