Nuiffnag Ads

Thursday 7 February 2019

Genting Highland

Assalammuailaikum dan hai!

ruangan kali ini nak share mengenai percutian pendek ke Genting Highland!ala Genting je pun.  tak apala, nak share jugak apa yang boleh dikongsikan. ini adalah kali pertama untuk raziq datang ke sini.


sebenarnya tujuan ke Genting sebab raziq request untuk main snow. dia duk sibuk tunjuk gambar dia pergi i-City tahun 2014. kata nak pergi nak pergi. disebabkan pernah ke SnowWorld i-City, apasalahnya kita try ke SnowWorld Genting Highland pulak. jadi ayahnya merealisasikan permintaan dia sempena cuti sekolah Disember 2018 yang lepas. 
gambar tahun 2014, raziq berusia 2 tahun. SnowWorld i-City Shah Alam
dah lama sangat tak sampai ke Genting ni. bila pergi dekat je rasanya daripada pergi ke shah alam atau KL nun. hehehehe. ke rasa kejap sebab tido dalam kete? opsssss. ye tido, pening. ikut jalan lama jalannya berliku-liku. raziq je cool. tp risau juga. kut pening ke dia. sebab senyap je. selalu mulut dia bising "bila nak sampai.bila nak sampai".

bila sampai ke pit stop pertama Genting Highland Premiun Outlet dimana situ juga ada Awana SkyWay Cable Car untuk naik ke atas. jadi tanya raziq dulu, nak naik tak? dia jawab dengan pantas tak nak. cukup 3 kali tanya dan jawapan sama. terus la drive kereta sampai ke atas.

cari parking di area First World Genting Highland. terus je ikut signage untuk ke Genting Theme Park. 

aktiviti pertama adalah cari tiket untuk masuk ke SnowWorld tu. pembelian tiket betul-betul area pintu gerbang Skytropolis Funland ni. jalan je masuk ke dalam sikit akan nampak la lampu lip lap lip lap kaunter tiket. memang memanggil sungguh lampu-lampu disitu. hehehhee.

keadaan raziq masih boleh dikawal. sebab dia dah biasa dengan keadaan lampu lip lap lip lap ni. dengan permainan yang ada di situ. dah biasa bagi dia.

harga tiket semua ada di gambar bawah-bawah ni ye.


disebabkan tujuan utama adalah SnowWorld. kami ambil Combo B.


boleh je nak beli satu satu. cuma mahal lah sedikit. tiket untuk masuk ke SnowWorld sahaja sudah RM45. untuk game-game yang ada di Skytropolis Funland ni pulak, setiap game akan di caj RM15. setiap kali nak main je RM15. so better ambil Combo untuk game area Skytropolis Funland main la seberapa banyak kali nak main pun. cuma untuk SnowWorld walaupun beli pakej Combo, masuk tetap hanya 1 KALI sahaja. 

dan untuk masuk ke SnowWorld ada waktu-waktunya. nanti kaunter akan beritahu. jangan risau.
ni tengah tunggu waktu. kami tuju sini dulu. raziq terlalu excited nk main salji. dia lupa gamaknya salji tu sejuk sangat. ingat salji macam pasir??
scan tiket

tengah tunggu pintu masuk dibuka
bila tengok suhu tu mcm tak ada apa-apa pun rasa lagi.

 bila pintu dibuka. raziq masuk je dia punya excited nak pegang salji.
dekat dalam ni keadaan raziq tak dapat dikawal lagi. excited dia soooo kanak-kanak.

kaki tu kaki tu raziq!


sebelum posing ni. ibu cuba posing bersandar pada lampu. dan nyaris lampu tu nak tumbang dengan ibu nak tumbang. selamat pandai cover.
raziq. raziq tau apa beza raziq dengan patung pegang pizza tu? bezanya dia ibu tak kenal langsung tapi raziq adalah penghuni pertama dalam perut ibu ini. heeee :)
besar juga dalam ni berbanding SnowWorld i-City masa pergi tahun 2014. lepas pergi sini baru tahu SnowWorld i-City Shah Alam dah upgrade sikit. tak apalah. next time kita pergi i-City Shah Alam pulak ye raziq.


dalam ni boleh main yang slide gelongsor duduk atas tayar tu. hahahaha tayar ke pun panggil nya. terkejutnya raziq berani cuba. ibu yang dup dap dup dap tengok dia dari bawah. apa-apa pun dia berjaya mencuba. sekali tu jela. hahahaha. dan area atas ada macam section 3D untuk bergambar. tapi tak best untuk bergambar sebab lighting nya muka jadi warna ungu jeee. maknanya gelap. hehehehehe.
                                     
selepas masuk sini, raziq terlalu over excited dengan baring atas salji then berkepak-kepak macam rama-rama. tak reti sejuk beku dia ni.


ohh ye. 20 minit sahaja masa diberi untuk berada dalam ni. sekejap kan? tapi sebenar cukup je masa 20 minit tu.

habis je masa disini kami bergerak ke satu section yang termasuk dalam combo tiket tadi. 
SeniKome Peng Heng ni, lebih kepada pameran mengenal Malaysia

cari muka sendiri ke tu bang??

dekat dalam ni boleh ambil berapa lama masa pun yang kita nak. untuk kanak-kanak seperti raziq dia hanya jalan menonong je. yang kita ni nak baca apa pun tak sempat.

keluar dari sini kami terus ke Skytropolis Funland. lebih seperti fun fair je kalau kita kat bawah ni. umpamanya. disebabkan pergi waktu school holiday, maka kena beratur panjanglah setiap satu permainan. bab menunggu untuk main, kesabaran raziq A+.




pesanan PENTING. semasa beli tiket kita akan dapat gelang tiket untuk dipakai di pergelangan tangan. masa ni sebelum pakai pasti kan tarikh printed tiket tu adalah betul. nanti penat-penat beratur panjang scan barcode untuk bagi anak main tengok-tengok tak boleh. rupanya tarikh salah. kasihan anak kita.

di sini raziq tak banyak habis masa. sebab mainan-mainan yang ada kebiasaan bagi dia. terus ajak raziq makan. food court adalah di aras atas sekali.

kedai makan food court dalam ni semuanya pakai kad prabayar. disitu tak terima cash or debit kad or kad kredit. nanti cari je mesin ni untuk beli kad prabayar nya. dan jangan risau jika ada baki dalam kad tu, ada kaunter yang disediakan area dalam tu untuk tebus balik baki duit kita.
penggunaan mesin ni sangat mesra pelanggan. mudah je faham.
ni kami top up rm100. 
rm22
rm25
bila da selesai makan jalan-jalan lagi kat dalam ni tetiba raziq ajak naik Cable Car. kami apa lagi cepat-cepat beli tiket. mood raziq ni bila-bila masa boleh berubah. bila perkara yang dia tak nak awalnya tadi tetiba dia nak secara tetiba kena cepat2 lah bertindak ibu dan ayah ni.
pembelian tiket boleh melalui kiosk atau kaunter yang ada dekat situ. 
mudah untuk korang faham. Cable Car adalah di aras atas sekali, Skytropolis Funland di aras bawah, SnowWorld di aras bawah. dari aras bawah ia adalah di tingkat dua. food court dan restaurant makan di aras atas searas dengan cable car. parking kereta pun di aras atas.

alamak lupa pulak harga tiket cable car ni. rasanya rm7 sehala. rm14 dua hala. dan dah tentu kami kena beli dua hala. dah bawak kereta naik atas tadi kan. dan tiada foto dalam cable car sebab ibu raziq takut pada ketinggian. memang duduk kaku je. senyum pun tidak. hahahahah.

kami decide stay satu malam kat atas ni. hotel nya bukanlah first world tu. mahei bebenor komei oii. kami menginap di Grand Ion Delement. memang recommend sangat menginap di sini. hotel baru. selesa. dan wow! kenapa wow. nanti kat bawah sikit kita cerita.



suhu atas ni boleh tahan sejuk nya. pool dia dalam bangunan. heated pool nya dah tak macam heated pun. sejukkkkkk. raziq okay saje. memang kegemaran dia salah satu nya air!.
rm20 kadar sewa flamingo pink ni.  



okay okay nak cerita apa yang wow nya hotel ni. yang wow nya. garden atas ni bila bersantai memang boleh tetiba kita rasa awan lalu gitu je. ada satu part tengah breakfast di coffe house nya. sedang makan tetiba gelap. rupanya awan lalu. teruja sekejap!
hotel ni pun ada sediakan aktiviti flying fox. masa nak balik tu baru perasan tempat dia. maka jadinya, lalu saja lah.
so cukup setakat ini saje. apa-apa pertanyaan boleh dm di instagram atau di fb. tak tahu kenapa semua comment yang pernah appear di post-post sebelum ni hilang semuanya. huhuhuhu. patut ada yang dm di instagram tanya pasal krabi.

okay semua. bye! assalammuailaikum.