Nuiffnag Ads

Thursday 10 September 2015

Sangat 'Touching'

Assalammuailaikum

Nak berkongsi cerita, selepas audit 5s dijalankan tadi.rasa salah satu beban di bahu ni dah tiada.tapi ada lagi beban-beban yang mendatang.tak apa.una mampu laku kan.
bukan rajin ye.sebabnya nak tunggu acik cleaner pukul 11 baru sapu bersih kawasan ni.audit datang 10.30 jadi terpaksa bersih kan sendiri dulu
sambil melepas kan kelegaan setelah di audit, tetiba naik notification kat insta request untuk follow. kita pun accept la.peh tu terus naik notification comment "Una!rimduuu...""dah lama cari awak tau!k, nak nangis siap2". kita pun laju suh dia accept request kita nak follow dia.sebab nak tahu siapa dia.

sayang nya kita ni pelupa la sangat.tak berapa nak ingat.last-last berhubung melalui wasap.

rupanya kawan masa sekolah rendah dulu.kawan yang paling rapat. tapi kenapalah memori ni sangat lah low untuk mengingati kenangan bersama dia.

perlahan-lahan di wasap dia mengeluarkan satu-persatu cerita kami.antaranya dia ingat kita suka makan masakan mak dia iaitu sambal udang!dan dia ingat juga ayah kita pernah ambil kita disekolah naik vespa!

Ya Allah, Kau lindungi lah, berkatilah beliau.kerana aku merasai kasih sayang nya.bertapa utuh nya kasih sayang dia terhadap aku sebagai kawan.amin.

memang nak nangis.sebab kesungguhan dia mencari kita selama ni.dekat fb, memang tak lah jumpa sebab kita tak ada fb, tanya dekat kawan-kawan, lagi la siapa la yang kenal kita sangat. lastly ada sorang kawan ni bagi keyword dekat dia kata kita kerja uitm tapah.


dia jumpa blog kita ni!dan cari kita kat insta.

dia tu = NurulHayati Mior Aminuddin sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.dengan bangganya, inilah kawan kita tu.Taaaraaaaa.....

dear hayati, sesungguhnya daku merasai kasih sayang mu

ni mak abah hayati.kata hayati abah dia suka menyakat kita dulu.mak nya pulak akan paksa kita makan nasi dulu kalau nak balik :)

doamu telah Allah makbulkan untuk kita ketemu.walaupun bukan face to face.in sha Allah, Allah akan makbulkan doaku untuk bertemu denganmu serta keluargamu.

Terima Kasih menjadi kawan yang mengingati segala pahit manis bersama. ;)

love you hayati and of course tersangat rindu awaaaaak.