Nuiffnag Ads

Monday 6 June 2016

Quality Time with My Beloved Friends

Salam 1 ramadhan semua,

moga ramadhan ini membawa kita seribu erti.

post kali ni mengenai quality time with my beloved friends.

siapa friends dengan kita dekat fb mesti tahu kan siapa kawan-kawan kita, kawan-kawan kita ramai, siapa kawan-kawan yang paling kita rapat, kawan-kawan kita yang paling rapat ni jelah 3 orang ni. :)

Hubungan rapat kami mula terbentuk tanpa disedari. bukan tidak pernah bertikam lidah, bermasam muka. tipu lah kata tak pernah. pernah. tapi semua tu atas kesilapan masing-masing. dan masa menyatukan kembali.

dan pernah juga ada yang cuba merenggangkan hubungan kami. tapi rasanya tiada kesan lagi. masa akan datang tak tahu lagi. harap tiada terjadi.

31 mei 2016 yang lalu adalah hari-hari terakhir salah seorang kawan rapat kami yang berpindah kampus, dari kampus tapah ke kampus seri iskandar. bekalan kesabaran beliau selama hampir 5 tahun. akhirnya beliau di dekat kan dengan keluarga tercinta. Alhamdulillah.

cukup dengan apa yang berlaku di depan mata, mengajar aku, hidup perlu banyak bersabar.
tapi, aku tidak sekuat dia.

hanya orang yang cukup sabarnya dapat pulangan yang sangat ditunggu-tunggukan.
Allah tahu beliau mampu bersabar sehingga 5 tahun. Allah tahu segala-galanya. tahniah kawanku, sahabatku, bahuku, Julizawati.

disebabkan kami sudah lama merancang trip pendek ini. jadi kali ini kami merialisasikan nya. maaf kawan yang lain. next time kena tempah bas kalau nak pi ramai-ramai.

Trip ke iKea je. kenapa ikea? hahahaha kami ni macam makcik-makcik je, so asyik fikir barang-barang rumah, barang-barang anak-anak. opsss sorang tu coming soon, inshaAllah pasti akan ada anak.

hah!

kitaorang gerak pagi-pagi.tak adalah pagi sangat. pukul 8.30 dari Teluk Intan. yang menjadi sukarela drive i. sebab antara 4 orang ni ciri-ciri yang ada keyakinannya adalah i.

ju - sarat mengandung, duduk je diam jadi penumpang
elma - ooohhh sangat tidak yakin, pekan teluk intan pun dia tak lepas
kioh - dapat bawak kereta macam tak ada break kete nya. lajuuuuuu

hahahahaha jangan marah ye kawan-kawan.mmmmuuuaaahhh
ok semua buruk kecuali sorang tu.
atas rasa bersalahnya salah seorang dari kami ni sebab haishhh panjang nak cerita, beliau telah memasak kan makanan pagi untuk kitaorang. lalu kitaorang singgah di rnr untuk menjamah masakan nya.
tq kioh masak kan nasi goreng dan goreng kan kudap-kudap untuk si juju tu. pinggan sudu siap dibawaknya. bagus kioh ni.



disebabkan perjalanan ini adalah santai-santai sahaja, kami sampai pukul 10.30 pagi macam tu. 



kecik nya una kat belakang tu. :P
teka kitaorang tuju mana dulu? ye, pandai.kitaorang g makan dulu.
mesti makan kalau datang sini
bila da dapat makan yang lagi sedap dari ini, kita akan kata "cafe yang kat pekan tapah tu lagi sedap meatballs nya".hehehehe.sorry ikea.

ok lepas makan teruskan planning asal mencuci mata. ayat kitaorang dulu "kita g makan meatballs peh tu jalan-jalan balik lah", ayat asalnya kome. rupanya dua mak-mak tu si juju ngn elma udah planning nak beli itu ini. 

dari beg kuning tu satu, jadi dua. bertukar jadi satu troli, kemudian bertukar jadi dua troli. itulah jangan percaya ngan perempuan ni. hahahahaha

juju bagi idea pada elma. sebab elma pening rak tv dia da macam pelamin, so elma perlukan idea nak letak cermin tu. hahahaha
kira duit ke tu??



sebelum ke kaunter bayaran. kitaorang cari port agihkan barang dulu dan kira-kira. korang mesti dapat agak kan barang siapa yang paling banyak. yang kita ni nengok jelah deme mengira ngan agih-agih. :P
lepas bayar tu terus cakap dengan depa, nak pergi beli karipap jap. depa pun ok dan muka bese-bese je. peh tu kita bawak depa satu port tuk makan rasa. masa makan tu depa cakap "sedapnya". nape tak cakap, boleh beli bawak balik. hahaha orang dah kabo dah tadi. rupanya bayangan deme karipap bese-bese je. jadilah rasa sorang seketul. nak beli lagi malas nak beratur panjang.


kebiasaan gambar yang lain akan blur. kioh kioh kioh.

sepanjang perjalanan pulang si juju je yang matanya tahan. si kioh elma habis lebohhh. paling lawak elma. elma elma, suzana oii.

terima kasih korang menjadi kawan yang baik. terima kasih juga ada untuk membuatkan una mengukir senyuman. terima kasih juga menjadi penghapus air mata, terima kasih juga membuatkan hati una kembali berbunga, terima kasih atas segala-galanya.

korang tahukan, saat-saat begini memang una memerlukan korang sehingga una kembali stabil.doakan una.

dan doa una sentiasa, moga ikatan ini bukan setakat ini.

adakalanya kita perlukan kawan-kawan, 
berkawan biar berpada-pada, 
jangan curi masa keluarga untuk bersama kawan-kawan
apa pun keluarga perlu di utamakan.

Alhamdulillah setakat ini, kami masih mengutamakan keluarga. inshaAllah akan datang kita menyatukan suami masing-masing pula. tidak kesampaian lagi planning kita dari dulu, disebabkan suami masing-masing sibuk.

akhir sekali, apa planning kita seterusnya kome?