Nuiffnag Ads

Friday 9 October 2015

Sahom Farm Retreat, Perak


ok kali ni kami memilih ala ala kampung untuk pengumpulan/perjumpaan/ramah mesra=family day adik-beradik, ayah ibu, mama di Sahom Farm.


kitaorang planning tarikhnya 6 bulan sebelum. 

check in : 25 Sept 2015 (Jumaat)
check out : 26 Sept 2015 (Sabtu)

pada yang tak tahu Sahom ni macam mana. nanti kita layan gambar-gambar di bawah ye. tapi ni serba sedikit mengenai Sahom,

Sahom Farm Retreat yang terletak di Kampar Perak. Sahom Farm Retreat ini adalah satu "Private Villa" di mana kadar sewaan rm800 untuk 2 Hari 1 malam yang boleh memuatkan bilangan 30 orang. Kawasan nya sangat luas yang mempunyai 3 kampung di dalam nya. 
1. Kg. Warisan
2. Kg. Tepian Sungai 
3. dan terbaru Kg. Buluh


Setiap Kg. menyediakan 5 buah rumah, tempat BBQ, satu beranda luas untuk melepak, kolam renang dan Sungai semulajadi (jika menginap di Kg. Tepian Sungai). 


Sahom ni juga menyediakan Pakej Makan.
1. Pakej Makan Malam RM35.00 seorang (Sarapan,Minum Petang,Makan Tengahari,Makan Malam)
2. Pakej Sepenuh Hari RM25.00 seorang (Sarapan,Makan Tengahari,Minum Petang)
3. Pakej Separuh Hari RM20.00 seorang (Minum Pagi/Petang, Makan Tengahari)

tapi, tapi, tapi, kalau korang ambil pakej-pakej ni, bila masa makan korang kena pergi ke coffee house nya yang terletak di Main Office. kena bawak kereta juga la. tapi, tapi, tapi, boleh juga kalau korang nak makanan korang di bawa ke atas. ada charges nya. ;)

dari pengalaman lah kan.baik la korang masak sendiri. tempat membakar dah ada (sudip/penyepit kena bawak).sinki dah ada (sabun membasuh kena bawak) lagi puas. :)

Jadi kitaorang book di Kg. Warisan. Kg. Tepian Sungai sentiasa penuh. nak tunggu kosong entah bila. so proceed je planning ni.ok layan jap gambar-gambar di Kg. Warisan ni.
kolam renang ni kitaorang yang punya.tak sharing dengan siapa-siapa. ni kolam di bawah.
kolam di atas, berdekatan dengan tempat BBQ/masak


kalau nak tahu, end up kitaorg tak tido pun dalam rumah-rumah tu. kitaorang tido reramai kat sini seronok sangat!,iaitu di ruang terbuka.sebab dalam rumah tak ada tv, kat ruang terbuka ni la satu-satunya ada tv. yang penting jangan lupa bawak ubat nyamuk!.

rumah-rumah di Kg. Warisan, berjauhan sikit dengan ruang utama

Ni ruang utama Kg. Warisan. belakang orang yang tangkap gambar ni la tempat ruang terbuka tu.
ok. toilet open tau korang.nampak langit.yang lawak mandi kat shower tu sekali daun-daun pun turut mandi


keistimewaannya, bila dah sewa satu Kg. ni semua ini kitorang yang punyalah. kolam renang ke toilet ke, tempat makan ke tak perlu nak share dengan orang luar.

signage ni Pihak Sahom sediakan. lepas dah semua masuk parking. pacak kan la benda ni di tengah-tengah laluan. tapi ada je orang ganggu privasi kami. konon nak tanya mana Office. choiii!! sebelum masuk ke lorong Kg. ni jumpa Office dulu la,haiyoooo
rasanya cukup kut informasi mengenai Sahom ni. jom kita layan gambar kitaorang pulak. :)

ibu + raziq

yang kecik habis hati suka berendam.yang beso pulak over.

abaikan suara yang last tu.hahaha

paksu

raziq = ayah + ibu


jalan masuk ke Kg. Warisan



makan malam kitaorang
ayah bersama anak-anak lelaki + menantu-menantunya + cucu-cucunya
lunch date lepas check out

and....surprise for me
terima kasih. and you know how much i love all of you.

this shortvacay ni sangat seronok. sebab dapat release tekanan kerja berminggu-minggu. lepas dah sampai rumah menung kejap.esok nya da mula rindu mereka semua.huhuhuhu.

ok kita plan next shortvacay pulak ye. ;)