Nuiffnag Ads

Saturday 22 June 2013

Cookies

assalammuailaikum and salam sejahtera to all readers!
ok. tetiba rasa nak berkongsi cerita ni.
sabtu (22 jun 2013) - tak ada aktiviti apa-apa pun. cuma pergi ipoh untuk jumpa dengan ibu. perjalanan dari teluk intan ke ipoh 2 jam kalau bawa 90km/j. hihihihih laju jugak tu kan.
sebelum jumpa ibu singgah kinta city jusco sekejap cari jam tangan en suami. sebab nye jam dia jatuh di tengah lautan semasa bermain like banana boat tu. haaa tu la gatai sangat pakai jam kan. tapi sedih! itu jam hantaran kami. huhuhu. da tiga tahun jam tu. akhirnye mcm tu je hilang nye.
cari jam punya la payah. ari ni dimata ku ini, tak ada yang berkenan. padahal yang nak cari ni jam en suami. yang stress daku pulak. hahahaha. tapi terjumpa satu. smart. ok la ada 50% so dapat la harga jam tu rm119.00. en suami suruh pilih satu. ooohh ok. memang nak. tapi tak ada yg cun. so jam lama ku yang retak seribu itu jugak yang lagi cun di mata ku ini. pakai je la yang itu.
jusco kinta city sekarang ruang nya jadi kecil sebab tengah ada renovation. dan namanya bukan jaya jusco da. AEON namanya. tapi biasa la manusia kan. akan sebut yang lama jugak. kalau sebut aeon nanti ingatnye kat pengkalan nun. so kekal kan je la sebutan jusco kinta city. heeeeee.
on da way nak ke park kereta. singgah beli tart telur dekat 'the baker's cottage', memang favourite dari sekolah menengah lagi. punya la beratur panjang nak bayar tu. tak apa la asalkan dapat daku makan tart telur. tapi tart sekarang tak selembut tart dulu. hihihihih. zaman da berubah.
ok, sudah sampai ke main story. kik kik kik. kalau pergi ke jusco ni kalau tak singgah beli famous amos memang tak sah. dari zaman berkawan dulu sampai la da ada muhammad raziq ni. selalu beli 100gm je. kalau ada duit lebih beli 200gm punya. tapi itu pun sekali dua je. dalam hantaran kami pun dulu salah satu nye ada cookies ni. tak bagi ooooooo orang makan cookies favourite ni. ;)
una suka lagi yang timbang ni dari beli yg da ada kat supermarket tu. yang jenis timbang ni lagi sedap. rangup. and my favourite is chocolate chip sahaja. tak ada kacang ke almond ke. siapa yang tak suka manis tu, jangan la makan. nanti cookies sesedap ini anda kata tak sedap pulak.
ok sambung balik the main of story ni kan. lepas bayar tart telur tu, una cari meor dengan raziq. jumpa terus ajak meor pergi singgah beli cookies jap. peh tu boleh dia cakap, "nak pergi mana?", "Ala jom la jap,ayang nak beli famous amos, kan kalau datang sini wajib beli, ala jom la" "iyeke wajib beli" "iye" dalam sambil tolak tolak meor tu. dia keluar kan satu bungkusan famous amous 100gm. hahahahahhahahaha rupanya dia dengan raziq da beli kan dalam diam. sweet sangat. rasa macam nak nangis. (biasala una, sensitif, sikit-sikit nak nangis). ini adalah salah satu romantik nya suami ku ini. rupanya dia ingat apa yang selalu kami lakukan bersama. kadang-kadang perkara kecil macam ni, tak terfikir pun dia akan ingat. tapi dia ingat.
terima kasih sayang.
-Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday 11 June 2013

11 Jun 2010

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah genap 3 tahun kami sebagai suami isteri. telah dikurniakan cahaya mata Muhammad Raziq bin Meor Faridzul Rizan yang sangat comel + bijak + cerdik + hensem dan lain-lain la. :) . sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesabaran dalam mengharungi dugaan. Happy Anniversary sayangg.

usia perkenalan kami telah mencecah 11 tahun. da darjah 5 da anak kalau masa tu terus kawin.hahahahahaha.gatai!


zaman masa cintan cintun dulu.
11 jun 2010 - Jumaat
cuaca mulai mendung selepas solat jumaat. kemudian hujan turun membasahi bumi. lebat!. saat hujan turun dengan lebat, saat itu lah aku duduk di penghujung rumah, di atas tilam empat segi berhadapan dengan ku adalah ayah, tok kadi dan suamiku serta dikelilingi saudara-saudaraku. ayah. dia lah waliku. dialah yang menikah kan ku.  

saat ku dengar "aku nikah kan dikau...........dengan anak ku......" dengan nada yang bergetar-getar oleh ayahku. jantung ku mulai penuh!sesak! dek kerana menahan rasa sebak. selesai ku dengar "sah!". melihat ayahku menangis.

selepas itu aku mulai pandang adik dan kakak ku. memberi isyarat 'ayah nangis'. dari mereka duk syok menangkap gambar, setiap posisi, seronok mereka snap sana sini tak duduk diam, terus langsung wajah mereka berubah sedih. entah. mungkin secara semulajadi kita akan mudah tersentuh apabila melihat orang tua kita menangis.

aku. dipesan oleh makcik ku, tarik nafas dan pandang atas, supaya air mata ku tak bercucuran yang boleh merosakkan make upku. huhuhuhuhuhu.

suamiku membatalkan air sembahyang dengan  memakai kan ku gelang tangan. memberi mas kawin dan lain-lain lah as usually kalau orang menikah. hihihihihi. 


mak mertua + ayah mertua + ayah + ibu + mama 
 12 jun 2010 - sabtu
kenduri sebelah ku (Changkat Sordang, Seri Iskandar)
tema : purple + silver


13 jun 2010 - ahad
kenduri sebelah suamiku (Batu Gajah)
tema : putih + pink

bukan mudah untuk bertahan selama 11 tahun ni, 3 tahun sebagai suami isteri. banyak sangat perkara yang perlu kita bertolak ansur. tapi kekadang tu ada jugak perkara yang membuatkan api kemarahan. cuma tinggal tak baling-baling pinggan, lambung-lambung, tampo bertampo, haaaa bab-bab yang menyakitkan tu tak lagi la. kalau boleh tak nak la langsung selama hidup sebagai suami isteri ni. hidupla dengan penuh berkasih sayang, bertolak ansur, saling faham memahami itu yang best!.

ucapan khas untuk suamiku. kalau dia baca. heeeeee ;)
"b, ayang sayang b. tipula kalau tak sayang. terima kasih, sangat-sangat la baik dengan ayang, sangat-sangat la sabar dengan ayang. terima kasih atas segala-galanya ye sayang.sentiasala mendoakan hubungan kita hingga ke syurga. b selalu cakap, bila kita bercakap mengenai akhirat nanti, b cakap "tak ada da kita nak ingat siapa-siapa, kita sibuk hal kita je," peh tu b cakap "dekat syurga nanti semua nya hebat-hebat", tapi ayang nak jugak cakap "dekat syurga nanti boleh tak ayang nak request teman hidup ayang, b jugak, ayang nak b jugak"..:')

Friday 7 June 2013

Bandung Trip

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam Jumaat, dan selamat pagi semua.

da lama tak update entry. hari ini ingat nak cerita mengenai cuti-cuti cinta. boleh??hujung bulan mei lepas una cuti 5 hari. sebab nye da planning baik punya dengan family untuk bercuti ke Bandung, Indonesia. da lama sangat kami planning ni. yang bagi idea destinasi adalah ayah tercinta. sebab utama ayah pilih bandung......entah. ikutkan una dengan meor nak pergi ke Sabah je. tapi ayah telah menyampaikan hasrat yang tak seronok kalau ramai yang tak pergi.

Jadi una ngn meor pun duk fikir fikir. ok! jom pergi Bandung. Tiket Sabah postpone bulan Disember. Nasib nama tak blacklist dalam PTPTN. kita pinjam, kita kena bayar, ingat tu ye. bila nama tak blacklist "Now evryone can fly". :)

kami punya jadual isnin-khamis berada di sana. isnin pergi, khamis pulang. sebelum nak pergi tu macam-macam. kena tahu apa boleh bawa, apa tak boleh bawa untuk naik flight ni. bukan apa sebelum ni fly dalam Malaysia je, bila nak fly ke luar Malaysia ni semua jadi BLUR. nasib ada penyelamat, kakak una pesan simple je, "dekat kargo semua boleh bawa kecuali BOMMMMM". dekat atas kapal "air or liquid sabun ke tak boleh lebih 120ml" tak salah una lah. lupa sudah. nak selamat tak payah bawak apa-apa pun atas kapal. nak bawak juga pasti kan jangan bawa air or liquid or benda tajam yang tak melebihi 7kg. maknanye beg kecik je ye tuan-tuan dan puan-puan.

isnin (27/05/2013) pun tiba. kami pergi dua kereta. adik ikin dari ipoh, una meor ayah mama akil n ajiq dari seri iskandar. pukul 7.00pagi. sampai LCCT pukul 11.00 pagi. sampai je terus check in dan print ticket dekat kiosk sendiri. senang je, masuk kan saje booking no korang. check semua details, then print!. mudah. selesai semua tiket print, asing-asingkan untuk masuk ke dalam passport masing-masing. uppsss lupa, kami park kereta di Zon A. bukan tak nak park dekat rm16.00 tu. sebab kami pergi ni jauh ke Bandung (jauh ke?hihihihi), peh tu lama, nak pergi tu biar hati tenang sikit. tak apa mahal sikit tapi hati tenang tak fikir kereta. :). tak salah una kami start parking ari isnin hingga khamis tu dalam rm150 lebih jugak.


nampak tak siapa yang sibuk di situ...hahahahha
boarding time, 1.35petang. tapi delay ke 2.35petang. semua tahu kan kenapa kena 2 jam awal sebelum boarding time, banyak sebabnye. dalam tak sedar korang start print tiket, untuk beratur check in bagasi-bagasi lagi,nak tempuh imigresen lagi, body check lagi, korang tak akan sedar masa cepat je berlalu. tambah-tambah kalau pergi beramai-ramai macam ni. kalau berdua je, lain cerita. :)
 

masa pergi sangat la tidak gemar dengan kapten yang membawa kapal terbang ini. sebab rasa macam tak best. sedar-sedar kapal ni da berada di lane dia terus dengar macam bahan api yg kuat terus laju naik. arggghh pening. masa landing di Bandung pulak, break dia!!arghhhh menakutkan, mungkin landasan di sana pendek kut. entah. segala kejadian ada sebab hanya kapten kapal itu je tahu. tapi bila balik best, segalanye kita rasa lembut je. dari bandung kapal tu smooth je naik ke awan.....turun ke Kuala Lumpur pun smooth je...apa-apa pun terima kasih memastikan kami selamat. to cabin crew, terima kasih layanan anda. :). terbaik.

ini da sampai sana. cuaca baru lepas hujan

tengok aje si kecik alip kat belakang tu.

adik ikin


masa dalam flight kita akan diminta isi satu borang untuk kastam. jangan cakap banyak isikan aje. 


selesai je ambil beg, kami terus keluar cari pak supir kami. ramai sangat pegang kertas dengan nama. tapi nama meor memang una tak nampak. dia sendiri yang nampak nama dia. kecil sangat tulis nye kat kertas A4 je pun. hahahahaha. 

yang boleh nak jadi tragis masa kami nak amik beg kami. beg kami terus diketepi kan tanpa masuk mesin check tu. polis ke kastam sana ke tak pasti. minta meor bukak beg tu depan dia. nak tahu sebab apa??hahahah memang kelakar. dia ingat kami bawa DADAH!!meor la...dia susun pad kotex una tu cantik je keliling beg konon nak jimat space tak nak bunjut-bunjut. dalam skrin mereka ingat dadah, sebb elok je bersegi-segi. hahahaha. so nanti korang ingat tau, pad jangan nak bawa banyak sangat macam una. sesak sangat sana. 

check in apartment bukak je pintu, una terus tertarik dengan benda alah bawah ni. agak-agak kat Malaysia ada jual tak?. almari kasut yg menjimatkan ruang dan cantik.



kasut ajiq tak payah masuk dalam ni, kecik sangat. heeee
 tak sempat dan lupa nak tangkap gambar apartment. cantik, selesa.
 


  



untuk hari pertama iaitu isnin, cepat je berlalu, kami sampai sana pun 4.45 petang, dua jam atas flight. waktu Malaysia 5.45petang. kami siap-siap untuk terus keluar makan malam. paling takut untuk ke sana takut tak boleh masuk dengan makanan mereka. tapi alhamdulillah tersangat la SEDAP.




Hari kedua kami, pagi-pagi cari makan. pak supri cadangkan nasi padang. kami ok aje. asalkan makan dan HALAL. dalam jadual hari kedua shopping kain, tapi pak supir kami dapat maklumat pasar baru jemmmmmmm. jadi kami pergi jalan-jalan dan factory outlet sahaja. yang best factory outlet ni barang-barang berjenama semua murah-murah!. boleh la.



Tankubang Perahu (Gunung Berapi yang tak aktif da)
ok kat sini una nak kongsi, kalau korang ke sini pasti kan korang banyak besabar. sini banyak sangat orang jual-jual barang yang mengikut je bontot-bontot kita ni walaupun kita da kata tak nak. dan mereka semua ni ayat semua manis-manis. ada ke sorang tu kata meor ni macam pemain bola sepak indonesia. arggghhh tolong. perasan sekejap dia. senyum je. last-last runsing!!asyik ngikut je.

puting ajiq yang menyerlah di sini

Butik Rabbani, pakaian Muslimah



Ni la yang van yang membawa kami kesana ke mari


lagi sikit je nak beli. tapi fikir-fikir balik nanti la dulu. ;)

Rumah Makan Belacan

   
hari kedua kami berlalu begitu. dengan berjalan dari satu factory outlet ke factory outlet yang lain.


hari ketiga, kami ke pasar baru. syurga kain-kain. sini ada 7 tingkat. kain sulam tingkat bawah sekali. jadi disebab kan semalam tahu akan jem disini. kami membuat keputusan untuk seawal 8.30 pagi ke sini. breakfast siap-siap kat bilik. walaupun sebenarnye pukul 9.00pagi baru bukak kedai-kedai nye. :) . dekat pasar baru ni juga korang kena banyak besabar, orang jual-jual seperti freeze Magnet, key chain ada je ngikut kita. beserta jual air-air. paling popular ayat nye "pecah telur". itu bermaksud kita lah pelanggan pertama mereka. :)

Pasar Baru
kain kain kain kain

motif en meor suruh tangkap gambar ni sebab ada paip..arrgghh tolong la tau la keje Lembaga Air Perak


percaya tak ini aje makan malamku.hahahaah tak adalah. ini pembuka selera. favourite!
 
ok pic berikut nye hari terakhir kami di Bandung, hari keempat iaitu khamis (30/05/2013) memang seronok kat sini, sebab murah-murah. kalau rasa stress nak shopping banyak-banyak datang lah sini. memang good treatment kat sini.

istana di sana
 dekat bandung ni korang tak kan nampak kereta buruk! sini kereta semua lawa-lawa. serius.yang ada pun van buruk je berfungsi seperti bas iaitu kenderaan awam. sini bas tak ada. yang ada bas pelancong. tapi memang jarang korang nampak.


ni la pak supir kami, yang dihujung sana ye. pak encang.
 pak encang ni pernah bawak dato' CT, dato' K, siti saerah dan rita rudaini.

check in baggage
ok, di sini una nak kongsi sikit. kalau hari korang nak balik, korang tak payah makan siap-siap kat luar tau. terus je ke Husein Sastranegara International Airport ni, selepas korang da check in baggage. korang cari Crown Premier Lounge ni. bayar je 150, 000 rupiah untuk makan dan tax untuk pulang Malaysia. mereka akan buat kan semua untuk kita. bagi passport sekali. dalam ni selesa dari korang nak kena tunggu pintu kastam buka, bersila kat lantai la kalau kerusi penuh. bersila ni maksud nye kalau pintu kastam belum buka. sebab dia buka sejam sebelum boarding. dalam ni makanan semua ada. kira nye ni layanan bagus la. tak payah korang nak g bayar sendiri tax, nak g cari makan lagi, nak naik tangga untuk ke balai pelepasan la. kat sini hujung sekali ada pintu, kita bukak je pintu tu terus nampak kapal terbang da. ok faham ye semua. heeeee :)



hero ku :p














syer partner Tony Fernandes..hihihihi..ayah ayah..
last sekali, terima kasih membaca sampai habis. panjang sangat kan entry kali ini, malas lah nak seperate bandung Day 1, bandung Day 2. hihihihihi. setakat ini sahaja. maaf una kurang bagi info mengenai price, sebab nye i ni pakai bayar je. duit mereka ni terlalu besar sangat main juta-juta je. hihihihihi. :). bagi una kalau korang nak pergi bercuti dengan family ke bandung bawa rm3k lebih dari cukup untuk 4 hari, hotel/apartment+makan+sewa van. sebab una spend rm1k lebih sahaja untuk shopping. :). ini tidak termasuk tiket tau. tiket una+meor+ajiq=rm1,260.00.

next destination ~ vietnam! kumpul duit jom...