Nuiffnag Ads

Monday 10 March 2014

Where are you MH370? :'(

Assalammuailaikum dan salam sejahtera.

terpanggil untuk menulis mengenai MH370 dari pandangan mata kasarku, dari satu sudut dihatiku.

Sabtu (8 Mac 2014) - bangun pagi, macam biasa cari handphone tengok news feed (tetiba aku terfikir dulu kalau tak ada handphone bangun pagi aku buat apa dulu ye?) itula kan, nowadays. pagi-pagi tu tak ramai sangat yang update mengenai kehilangan MH370. scroll scroll ke bawah baca "alhamdulillah safely landing emergency di Nanning Airpot". so di situ perasaan tak ada apa-apa lagi. sehinggalah on tv ada siaran langsung oleh pihak MAS mengenai kehilangan dan memohon segala spekulasi safely landing la apa la, any spekulasi mohon hentikan.bermula itu hati kembali dup dap dup dap. kepala mula mengira Ya Allah da berapa jam da ni mana pergi nye MH370 ni. seriously ku menunggu setiap berita yang di update di astro awani, tv3 & tv1. hari semakin gelap, tiada lagi berita. hati semakin gelisah. kenapa ku gelisah? iaitu kerana ku ada sifat sensiviti di mana kalau keluarga ku yang berada dalam tu.macam-macam memikirkan, sedang kan kita yang naik kapal terbang tu, kalau cuaca buruk pun jantung bagai kan nak jatuh inikan pula pada mereka kita tak tahu apa yang sebenarnye.

di kotak fikiran ku.terhempas ke?kalau terhempas kat mana?Ya Allah, Engkau permudahkan lah.berlaku rampasan ke?jika berlaku dimana ia sekarang?Ya Allah, Engkau permudahkan lah.

hati semakin tak tenang. sukar untuk melelapkan mata dan sukar untuk aku mendoakan sesuatu yang tiada kaitan dengan ku. tapi kali ini kisah ini memang menusuk dikalbuku, didalam sujud akhir ku, ingin mengalir air mata ku memohon kepada yang Satu, permudahkan lah segala-galanya.moga rasa ini,berterusan sehingga MH370 ketemui jawapan.

Ahad (9 Mac 2014) - sudah memasuki hari kedua. seperti biasa terus ingin mengetahui status terkini. yang tidak menyedapkan/menyenangkan apabila ramai yang ingin menjadi konon yang terbaik dalam menyampaikan maklumat.yakin lah, kerajaan or pihak-pihak tertentu bukan nya mudah untuk mereka mengeluarkan kenyataan atau maklumat. ia perlu disahihkan. kadang-kadang rasa marah juge, kenapa la lambat sangat kita tahu maklumat sedangkan media antarabangsa da menyatakan itu ini. jom kita fikir dari sudut lain dan berada di tempat mereka. bersabar je yang mampu kita buat. and i think FB perlu removekan sementara button share untuk orang ramai meng'sharekan' maklumat yang bukan dari kerajaan kita sendiri.(itu hanya pendapat sahaja) dan please please please stop mengimbau kisah-kisah kapal yang lepas.sedih weyyyhhh!(dari sudut lain bagus jugak imbau kisah-kisah kapal sebelum ni, supaya kita tahu, but bukan la waktu ini).cukup sekadar kita diam dan terus mendoakan, atau mengupdate kata-kata doa supaya yang membaca mendoakan sekali.

Isnin (10 Mac 2014) - hari ketiga misi pencarian MH370.terus berdoa.masih mengharapkan keajaiban.yakin mereka masih hidup.moga Malaysia cuba la dengan apa cara sekali pun untuk misi ini asalkan ia tidak menyekutukan ALLAH yang Satu.Marilah kita bersatu dengan cara dan agama kita sendiri mendoakan untuk para penumpang, crew-crew cabin, pilot and co-pilot selamat.

Percayalah....percayalah.... Sejauh mana dirimu, ku ingin kau tahu, You're always in my 'DOA'

#doauntukMH370 #prayforMH370