Nuiffnag Ads

Wednesday 5 December 2018

Lombok, Indonesia

Assalammuailaikum semua! dan Hai! 

dah hujung tahun ni lah baru nak buka blog. sekali buka adalah  2 3 4 5 6 7 notification komen dekat post yang lepas. maaf korang, baru nak reply komen-komen dan soalan-soalan yang diajukan.

okay, jom. kali ni kita share pengalaman kita ke Indonesia. iaitu Lombok, Gili Trawangan, Gili Air, Gili Meno. mungkin boleh memberi sedikit info untuk korang yang ada planning untuk ke Lombok.

percutian kali ni 4Hari 3Malam pada bulan Oktober yang lepas. 25hb-28hb Oktober. hanya kami tiga beranak. dan jenis style kami terjah sahaja dan kutip sikit-sikit info dari pembacaan. jujurnya timing pergi bercuti kali ni  rasa macam tak kena lah.hehehehe.nak tahu sebab apa, kena lah baca sampai habis okay!.

dan seperti selalunya percutian kami ni (kalau yang jauh-jauhlah) bukannya bulan depan nak pergi bulan ni baru nak beli tiket bagai. kami ni jenis kena menabung dan ada perancangan. sebab duit nya pada hakikat bukan lah jatuh dari langit. hehehehe.

sedia maklum bumi Lombok di uji dengan gempa bumi yang kuat pada Ogos 2018. hati mana yang tak gundah gelana nak pergi bercuti yang sudah dirancang pada awal tahun.
perbincangan antara kami. jika gempa masih berlaku pada awal oktober, memang cancel terus. pejam mata je la dengan kerugian yang sudah dilaburkan. dan percaya perancangan Allah adalah yang paling baik untuk kita.

Di penghujung September 2018 berlaku pula tsunami yang dahsyat di Sulawesi Barat, Indonesia. lagi lah membuatkan hati ini resah. walaupun Sulawesi tu jauh sangat dari Lombok tapi itu lah, perasaan tak boleh menipu. Alhamdulillah awal oktober tak ada dengar apa-apa gempa di bumi Lombok.

Berdoa Allah mempermudahkan dan melindungi perjalanan kami. Semestinya doa ibu ayah sangat penting. jadi nak bercuti kemana-mana tu bagitahu jelah. moga doa mereka mengiringi kita. InshaAllah.

25hb Oktober 2018
flight kami, pagi subuh sepiin. alhamdulilah sempat solat subuh. dan macam biasa bila dengan raziq ni. excited dia ajak naik kapal macam dia ingat sama situasi naik kereta. naik kereta start enjin terus jalan. jenuh nak mententeramkan dan menjawab 1001 soalan yang sama dari dia. "lambatnya ibu" "lambat lagi ke ayah". 
tq abg alip tak suka topi tu. raziq pakai la jawabnya (topi sepupu raziq)



caption pleaseee!
bear bear dan raziq
perjalanan ke Lombok amik masa lebih kurang 3 jam. kami sampai dalam tengahari macam tu, waktu zohor dah nak habis. waktu solat sana sama waktu macam di sabah sarawak kita di Malaysia. dan ada baca di blog juga sebelum terbang. orang kata Lombok ni terkenal dengan Pulau Seribu Masjid. dan sememangnya betul. selang 10 ke 20 langkah masjid di mana-mana.
replika masjid
tujuan kami ke Lombok ni memang terus nak ke Gili Trawangan. biasalah bila ada anak kecil ni bila bercuti memang akan fikir ke tempat yang kita suka dan dia pun akan suka. tak tempat tu yang ada kolam. atau tempat yang ada pasir dan laut. 

macam biasa. bila kita ke luar negara ada satu form akan diberi atas kapal untuk di isi. jadi isi lah. bukan untuk disimpan. bawak lah pen siap-siap supaya dalam kapal tu tak toleh kiri kanan depan belakang panjang tengkuk nak pinjam pen orang. hehehehe. kita la tuuuu. :)

tapi boleh je nak isi bila da arrival. kalau tak kejar masa boleh lah uollss santai-santai isi kat tempat arrival tu. itu pun kalau ada tempat yang disediakan. kalau tak ada, berlapik kan tapak tangan lah. hehehhehe.

masa kami sampai ke Lombok International Airport ni, ada satu dua tiga kawasan dalam Aiport tu ada renovation. kami pun beranggapan mungkin kerosakan semasa gempa yang lepas.

masa que untuk melepasi imigresen sana. terperasan siapa yang ada anak kecil di beri keutamaan. tak perlu nak que panjang-panjang. terfikir nak dukung raziq. hahahahaha sebab malas nya nak beratur panjang. apakan daya. angan-angan sahaja. hahahaha. raziq da besar okay!.

lepas pick up luggage bag area, lalui pemeriksaan keselamatan semua, terus keluar cari kiosk-kiosk yang ada jual sim card sana. so apa yang datang dulu. itu lah yang diambil. tapi kena tanya lah area yang kita nak pergi tu ada line ke tak. lepas tu kena tengok pulak harga berbaloi ke tidak. kalau cukup semua tu tak payah fikir banyak. beli je terus.

selesai semua tu. bergerak keluar. jadi mata kami ni melilau mencari sepanduk yang ada nama "Meor". macam biasa juga jenis kami sebab ada anak kecil, kami akan amik terus pakej transport yang ada pick up di Airport. cuma kena rajin banding-bandingkan harga masa nak booking hotel tu. 

yang mencuit hati, yang menjemput kami ni siap berpakaian lengkap seperti pahlawan. hahahaha. tak sempat nak capture. sempat amik video je. hehehehe

perjalanan ke jeti untuk ke Gili Trawangan tu pulak amik masa dalam 1jam 45minit. alhamdulillah raziq okay. tengok kiri kanan. dan memilukan hati. sepanjang nak ke jeti tu, ada je rumah kiri kanan yang roboh akibat gempa. mereka berteduh dalam khemah. pak supir yang bawak kitaorang tu pun cerita dia hampir kehilangan anak. nasib masa gempa berlaku dia ada untuk menyelamatkan anak dia. :'(. dalam dia bercerita nada dia penuh dengan keredhaan ujian Allah. :'(


sesampai di jeti kami tunggu speed boat dari sana lebih kurang 15 minit. kami naik dari Teluk Nara bukan di Bangsal. Bangsal ini lebih kepada public boat yang bawak ramai penumpang dan segala makanan ke Gili tu. dan kelajuan public boat sangat santai. iaitu perlahan dan waktu kami pergi ni, jeti untuk menaikkan penumpang turun penumpang pun dah tak ada. habis roboh. jadi kena basah la sikit sebab naik dari persisiran teluk.

dan kemuncaknya disini. masa tu jam 3 petang. laut bila tengok macam tak bergelora. bila kita perlu ke seberang laut untuk sampai ke Gili, Ya Allah laut nya sangat bergelora. ombak setinggi boat. okay-okay jangan salah sangka. bila kita kata setinggi boat tu, keadaannya bila naik speed boat ni, dia bukan nya bawak tu jenis langgar je ombak yang mengganas tu. dia akan follow alur-alur ombak tu. lebih kurang macam surfing la. tapi ni versi speed boat. wahhh hebat bukan. hahahahaha. memang hebat. tapi memang kita tak tengok langsung ombak-ombak tu. yang tengok, ayah raziq dan raziq.

sepanjang 15minit tu, memang kita pandang je brother bawak boat tu. geram je tengok nya. nak je jerit "bawak slow weyhh". tapi hanya mampu jerit dalam hati je. hahahaha. sampai je di Gili, jeti sana pun roboh akibat gempa yang lepas. kena lah turun di pelantar yang mereka bina sementara yang hanya di ikat sesama. lepas tu pelantar tu terumbang ambing oleh laut yang bergelora tu. 

yang raziq dah selamat sebab ayah nya dah pimpin dia. yang kita ni masih terstuck kat penghujung tu sebab tak berani nak bergerak. ombak kuat weyhh. tapi orang tempatan sana berdiri selamba stabil je kome oiii. bila da reda ombak sikit, selangkah selangkah kita jalan. sampai la brother yang ada kt situ ngah memancing kata "jalan cepat itu lihat lagi maunya datang". memang berlari aku. hahahahha. boleh pulak kan. gelak brother tu, sekali brother-brother yang lepak kat tepi-tepi jeti tu gelak kan kita. hampehh kome kan. yang suami kita bising kenapa tak follow rapat dia tadi. ehhh dah dia laju sangat.

kami menginap di Aston Beach Resort. konon pilih hotel ni sebab nak tengok sunset. ada review jugak hotel famous kat sana Ombak Sunset. penuh masa review tu. masa kami lalu hotel tu CLOSED. rosak teruk akibat gempa. nak ke Aston tu pulak 15 minit. sebabkan naik kereta kuda. kalau jalan kaki tak tahu la berapa minit. hahahaha
view semasa nak ke hotel. tak salah ni view hadapan hotel Ombak Villa. silap tak amik hotel ni dulu, sebab dekat sikit dengan pekan Gili Trawangan tu. Aston ni dah jauh sangat. sebelah Ombak Villa ni, baru jumpa Ombak Sunset...kemudian baru Aston Beach Resort.

kami pun check in hotel. disambut dengan keramahan pekerja Aston. diberi wet towel untuk menyegarkan muka. dapat pulak bilik jauh sikit ke belakang. jalan lah sikit. raziq mata dah tengok kolam. mula dia yang duk merancang jadual. "kita balik dulu hotel, letak beg, lepas tu kita mandi kolam kan ayah". memang perangai suka suki merancang jadual sendiri.

memang tak lah raziq. 

disebabkan sini malam nya cepat. kitaorg rehat sekejap lepas terus ke pantai. depan Aston je. 
konon pejam mata. tapi kepala dia fikir paip ayor dia kat teluk intan nun. hehehehe
beg rotan tu kita beli rm50 je uollss. kat sini jual mahal kan?
kami pun menunggu waktu sunset. habis sunset balik bilik mandi apa semua keluar untuk makan malam. kami memang makan apa yang ada dalam menu hotel. kalau nak jimat kena lah keluar ke pekan gili atau warung-warung tepi jalan. kami tak cukup rajin nak keluar. malam tu cuba makan makanan yang wajib rasa bila da sampai Lombok. Ayam Taliwang.

rasa : pedas sikit 
ayam seperti bakar, kangkung, kuah seperti kuah sate, sambal di kangkung tu sedap!
port makan malam depan Aston tu je. malam menu dia lebih kepada BBQ. nikmatnya betul-betul tepi pantai. yang kelakar, bila nganga je sekali pasir-pasir ikut masuk mulut. angin kuat sangat.





pemandangan malam pun dah indah diterangi lampu-lampu. ohh ye sini dalam bilik memang ada TV, tapi tiada siaran akibat gempa. jadi satu-satunya entertainment kitaorang adalah movie yang disediakan setiap malam. 


26 Oktober 2018
aktiviti hari ini lebih kepada jalan-jalan keliling pulau naik basikal. jenuh nak kayuh satu-satu kawasan tu sebab nya pasir banyak. bila dah pusing-pusing pulau tu dapatlah kita lihat dengan lebih dekat kemusnahan akibat gempa di Gili ni. ada satu bangunan tu terpapar tulisan dengan spray cat "kami tidak ingin di fotokan, kami ingin bantuan". 

memang tak lah nak tangkap gambar-gambar kemusnahan yang ada.

pusing-pusing pulau nampak pantai cantik stop sekejap. bagi raziq mandi main pasir, kayuh balik. lepas tu stop lagi dan lagi dan lagi. pantai-pantai di Gili ni banyak batu. kena cari sikit kawasan yang pantai nya putih dan tak berbatu. area belah pekan pantainya OK.

balik hotel, sambung mandi kolam. terus tengok sunset kemudian balik bilik berehat. dan keluar makan malam.


tempat wajib posing


27hb Oktober 2018
snorkeling. yeayyy!



okay kita nak cerita pengalaman kita snorkeling kat sini. best sangat. cantik!. bila kita sewa boat untuk snorkeling, akan ada dua orang guide kita. satu akan stay atas boat. satu akan guide kita di dalam laut. kitaorang sewa glass boat sebab fikir untuk raziq tak boring untuk tunggu atas boat. boleh tengok-tengok ikan kat bawah.

pit stop pertama ke Gili Meno. cantiknya apa yang ada dibawah tu. semangat kita turun. raziq tunggu atas boat je. tengok ibu dan ayah jadi dugong kat bawah. da turun kita pun follow je yang sorang tu. berenang berenang punya berenang tengok belakang "ehhhh mana laki kita??" rupanya dia angkat tangan siap-siap sebab batuk jadi bila dia sedut udara dia batuk dia rasa dia tak boleh tak cukup nafas. lagi pun laut bergelora. tak tenang untuk dia yang batuk tu snorkeling. di atas bergelora. bila pandang ke bawah amannya dunia ikan.

masa tu kita dah berenang jauh baru teringat laki, baru toleh belakang tengok dia tak ada. level confident terus down. terus takut. hahahaha. terus kita bagi isyarat kat sorang tu untuk balik ke boat. 

berhenti ke pit stop kedua pulak. tempat banyaknya penyu. dekat sini kita nampak macam cetek je. so kita berani lah lagi. yang guide tu bawak kita ke tempat penyu. tugas kita follow je dia. duk excited nampak dan nak pegang penyu. tak sedar, kejar punya kejar bila dah dapat pegang penyu tu baru tersedar dia da bawak ke kawasan yang bila pandang bawah ehhhhhhh mana batu karang tadi??ehhhh gelap nya sana. terus bagi isyarat nak balik ke boat. rupanya dah jauh dia bawak kita. tapi kita dapat jugak pegang penyu. hehehe. dan baru tahu perasaan nya bila jatuh ke dalam laut yang kedalamannya bawah nya tak nampak apa-apa. gerun nya Ya Allah.
pit stop ketiga, Gili Air. sini lebih kepada bagi ikan makan. pit stop sini raziq suka. sebab dia leh campak-campak roti peh tu tengok ikan berkerumun dia kata fuiyoooo!. peh tu dia gelak. hehehehe.
dan dekat sini lah tetiba keberanian dia nak turun cuba untuk snorkeling. bila raziq dah berani ayah dia pulak tak bagi. 







terus ke pit stop terakhir berhenti di pantai Gili Air. dan sini lah aktiviti yang ditunggukan oleh raziq. main pasir dan air. so kita layan la dia. air lautnya jangan cakap la. jernih sangat.

view dibawah ni bila dah patah balik ke Gili Trawangan. cari kedai makan halal kat tepi-tepi pantai ni.  okayla. not bad. harga pun boleh lah. mahal jugak sbenarnya. 


kita dah rasa aiskrim yang must try datang Gili. rasa dia...rasa aiskrim lah. hehehehe. tiada yang istimewa.
tengok tu. masih tak puas dia dengan pasir dan air.
jenuh nak pujuk dia balik. dia boleh nak balik ni pun bila kita kata sambung mandi kolam kat hotel. trus dia okay. dan janji harus lah di tepati. bukan dicapati. hehehehe.



ada masa dia sweet kita layankan aje. memang tak akan lepaskan moment tu. sebab susah nak dapat.


untuk hari ketiga ni memang penuh dengan aktiviti air pasir air.


28hb Oktober 2018
hari terakhir di Gili Trawangan. masa proses check out tu, kami cuba cari transport untuk pick up kami dari Teluk Nara. di sebabkan flight malam. jadi kami decide untuk pusing Lombok. kami cuba tanya receptionist. nasib dia ada kawan yang boleh bawak kami pusing-pusing Lombok. bayaran okay saje.

disebabkan check out pagi. air masih tenang. jadi gelora laut tak ada sangat. kami minta bawak pusing-pusing Lombok. yang sempat pergi Tanjung Ann dan Bukit Merese.

i told u, i told u. Tanjung Ann sangat cantik pantainya! dan Bukit Merese kering kontang tiada kehijauan pada bulan Oktober ini.

Pantai Tanjung Ann betul-betul di belakang batu tu.
tak banyak tempat boleh lawati disebabkan ayah raziq kurang sihat. kami terus cari hotel transit sementara tunggu waktu flight.

percutian kali ni tak dapat untuk berkongsi info detail jumlah wang-wang yang telah diberlanjakan. atas faktor usia. iaitu lupa. hahahha dan faktor tidak mencatit sebenarnya.

antara suggestion yang boleh diberi. stay la satu malam hanya di Gili, rancang aktiviti snorkeling dari pagi. kemudian dua malam di Lombok sudah cukup untuk anda pergi ke tempat-tempat terkenal di Lombok.

Lombok adalah satu daerah yang besar. jadi mengambil masa yang lama untuk sampai ke satu-satu tempat tersebut. perjalanan nya bukan lah 15 minit tapi 45minit ke 1 jam macam tu. 

sepanjang berada di Gili. air yang keluar dari paip air untuk mandi, basuh muka, gosok gigi berasa masin sikit. mungkin mereka tapis air laut sahaja mungkin, mungkin la. tapi tak ada pulak rasa berlengas badan.

keseluruhannya. Pantai Lombok adalah tempat yang sangat cantik yang harus dikunjungi. begitu juga dengan Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

bila dah sampai sini, sambil mendobi baju, sidai baju yang 4hari 3malam tu terfikir. Allah memberi aku peluang untuk memperbaiki diri dari kesempatan melihat kemusnahan, kesusahan yang telah diduga kepada orang lain. sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. belajar tidak mengeluh dan jangan menidakkan nikmat Nya walau sebesar zarah pun.

sekian. moga berjumpa posting akan datang. :)

*review ni disediakan bagi saya yang pertama kali sampai di bumi Lombok.