Nuiffnag Ads

Tuesday 20 May 2014

Trip ke Vietnam

Salam dan selamat sejahtera kepada pembacaku.

kali ini kita nak update trip ke vietnam. kali ni bukan satu family pergi. kita pergi dengan aunty-aunty kita. acik and acu. tarikh trip tu pun da hampir dua bulan berlalu. baru nak update kan?nampak tak kesibukan di situ (sibuk la sangat :p). 
kita pergi bulan Mac 2014 hari tu. 20hb - 22hb Mac. 3 hari 2 malam. naik belon Vietnam Airlines. ok. not bad. sebab tiket kita bayar tu include meal. Jumaat tu kita cuti, naik la tren ke KL Sentral. Flight malam pada pukul 8.55 malam. sampai KL Sentral dalam pukul 3 petang. sampai awal sebabnya aunty-aunty kita bising kalau kita sampai lewat. katanya kena 2 jam awal. tapi memang betul la.dalam pukul 6 macam tu kami terus check in ke GATE C32. GATE C32 terletak di terminal seberang sana so naik la tren.tren ni setiap 5 minit ada.yang pelik nya penuh je pun.kita cakap dengan aunty-aunty kita, kita nak naik yang depan sekali sebab nya nak tangkap picture view seperti dibawah. ;)
yang hantar kami bertiga ke KLIA adalah my kakak. terkedik-kedik bawak kereta. katanya sebab tak biasa dengan jalan tu plus hujan lebat masa tu pun. disebabkan kami pergi bertiga masing-masing bawa laggage besar, sian acik kena riba laggage dia. hahahhahaha. tak muat bonet kereta.

tujuan utama kami ke sana adalah SHOPPING!!! bila balik dapat balik duit SHOPPING tu. hahahahahha. boleh macam tu?memang BOLEH.

ok ni meal masa flight pergi. tak sedap! hehehehehehe.tapi memang betul, tak sedap.bukan selera tekak kita kut.
sepanjang flight tak tido pun sebabnya aunty-aunty kita duk pot pet pot pet pot pet je.waktu perjalanan mengambil masa 2 jam sahaja. waktu di sana awal sejam waktu malaysia.contoh malaysia pukul 8.00 malam. sana baru pukul 7.00 malam.
disebabkan kami pergi ni by group. sampai je ada sebuah bas tunggu kami.masa dalam bas tu kami diberi sedikit taklimat.antaranya dekat pasar Ben Thanh kebanyakan peniaga menerima jual beli dalam bentuk wang ringgit. hotel pulak kebanyakan guna mata wang dollar. tapi kalau kita da tukar matawang dong banyak, guna je matawang dong tu, dan mereka nasihat supaya kalau nk tangkap gambar guna handphone hati-hati sebab penduduk di situ akan ragut kalau mereka rasa berkesempatan dan berpeluang untuk ragut.jadi bila da dinasihat kan macam tu memang kali ni trip tak banyak ambil gambar pun.
 untuk aktiviti malam tu.kami check in hotel.lepas tu tidur.
morning at vietnam




macam kaki raziq je.comel!
aktiviti esok pagi dan seharian nya adalah shopping!
budak kecik dalam stroller tu pengubat rindu kita dekat raziq.mok mok nye sama je ngan raziq.




ini je sempat tangkap gambar.kami masuk ni rasanya pintu belakang sebabnya jumpa pasar basah dulu.bau jangan cakap la.lepas pasar basah akan jumpa tempat makan-makan.jalan sikit baru la jumpa tempat jual kain-kain, baju-baju.
dekat dalam pasar Ben Thanh ni korang akan kompius sikit mana nak tengok kain-kain ke atau nak tengok deme-deme yang menjual kain-kain ni. hahahahahha. apapun amoi comei atas tu baik sangat bagi kami harga murah. ;)

selain pasar Ben Thanh ni kami pergi ke Saigon Square Mall, kedai-kedai tepi jalan. semuanya berdekatan je. Jalan kaki je. peh tu balik apa lagi gantung kaki sebab lenguh. hahahaha. Saigon Square Mall baju-baju branded budak-budak dan dewasa banyak.

Habis aktiviti siang. malam tu kami ke pasar malam. saja-saja cari kopi vietnam dan kuah sup. kita rasa sikit je. acu kita yang banyak makan.ok la. sedap.

ini variety sos perasa untuk sup tu
ok ini kita nak tunjuk pulak pemandangan dekat sana.memang akan nampak motor dan helmet. moto dan helmet. moto dan helmet lagi.




satu part yang sangat macam wahhh! dekat sana kalau keretapi nak lalu, pagar untuk menghalang kenderaan, adalah ditarik secara manual.ada pekerja dia.macam kita kat sini akan ada isyarat bunyi then akan ada palang turun perlahan-perlahan (betul ke?). tapi dekat sana lain.kelam kabut la pekerja tu berlari tarik kan pagar tu lepas tu kelam kabut la tolak balik pagar tu lepas keretapi lalu.
yang merah putih tu la pagar nye


Baju biru yang berjalan tu la pekerja nye

environment di atas di ambil masa on the way to airport untuk balik Malaysia Tanah Airku.flight kami pagi.penerbangan yang pertama.


 ni laggage acu. ngam ngam hooo 30kg. untung nya kita pergi by group, bila ada salah seorang begnya yang terlebih berat, boleh masuk ke berat orang yang tak ada banyak barang tu.
 my favourite scenery atas belon. awan-awan.
 meal balik ni sedap.yang ada udang tu rasa nya macam kerabu.roti bulat wajib ada.
 with acik kita. baju dia pakai tu dia beli sana.harga jangan cakap la.bagi dia murah bagi kita mahal. sebab dia beli kat designer.butik kat sana.baik beli je kat KL acik..hahahahha
Disebabkan ini adalah first time kita fly ke luar naik di KLIA, rasa macam terpegun sikit dengan khidmat Autogate ni. hahahaha.guna dia sangat simple.letak passport dalam berapa saat info kita termasuk gambar kita akan appear dekat screen berhadapan muka kita, lepas tu dia akan detect thumb print kita then go! hehehehe. jangan risau kalau rasa tak yakin guna autogate ni kaunter biasa pun ada.hehhehee.

wishlist seterusnya....Sarawak!!!!Laksa Sarawak...Mee Kolok...

ok la setakat ini saje info yang boleh dikongsi yang kita rasa hendak berkongsi dan boleh dikongsi.

XOXO, una :)