Nuiffnag Ads

Wednesday 8 May 2019

LIMA'19

Assalammuailaikum dan Hai,

ehhh dah masuk bulan Mei dah. dah puasa dah. selamat berpuasa pada yang berpuasa.
so baru nak story pasal LIMA'19 ni kan. ala kita sibuk. maaf kan kita okay!. heeeee 

umum mengetahui LIMA'19 berlangsung di penghujung bulan Mac lepas. kebiasaannya LIMA adalah pada musim cuti sekolah. kali ini adalah kali kedua pengalaman ibu dan raziq pergi LIMA ni. dan ayah, entah kali ke berapa sebab ayah nya dari kecik dah ada pernah pergi. so entry kali ni kita review beshe-beshe (sebutan budak-budak sekarang) je ye. hehehe.

sebelum ni pernah update pasal LIMA'17 boleh check it out kat link ni https://nurulhusnaalias.blogspot.com/2017/03/lima17.html 
ye korang. jangan lah malas-malas baca. baca lah. 😉

2017 kami pergi naik feri. berbeza dengan tahun ni kami bawak kereta sendiri menaiki feri. rupanya lagi mudah. tak ada nak berhangkut-hangkut berjinjit-jinjit berdukung-dukung uooolsss. hehehehe.
kami menggunakan perkhidmatan Langkawi Roro. boleh check harga di web nya. ada dua jenis perkhidmatan tak silap. Langkawi Roro dan Langkawi Auto Express. Perbezaan? hmmm alaa sorry tak leh nak review kat korang. (mesti ada yang ckp kan, "ala kitaorang yg selalu je pergi langkawi bawak kete sendiri tak bising pun"). hahahaha tu la masalah korang. korang tu kedekut nak sharing. korang duk pung pang pung pang je lebih. sharing pengalaman tak nak. sombong. hahahahah tetiba!. 

okay sambung, tak leh nak review perbezaan sebab baru first time try naik, terus naik langkawi roro. okay je. macam naik feri kat penang tu. hehehehe. cuma perkhidmatan nya hanya 2 kali sehari je perjalanan nya. hari kami pergi tu kami naik yang jam 2.30 petang. jadual perjalanan pun leh tengok di web ye. takut berubah dari semasa ke semasa kan. nanti info disampaikan salah pulak. masa perjalanan dari kuala perlis sama je 2 jam lebih. so kita atas roro tu tidur. sebab udah pening kome dan mengantuk kena angin laut yang bertiupan mengenai kulit muka ku yang bak kawah gunung berapi ituuww. 😂
itu harga pergi je tau. harga balik sama juga.hehehehe.
tiket ni letak le kat atas dashboard tau. nanti senang petugas nk tunjuk arah kita ni naik feri yang mana. takut naik tersalah feri lak.

kami pun dah sampai ke pulau langkawi yang bebas cukai ni agak lewat petang. terus check in. kali ni kami pilih penginapan di area pantai cenang. Malibest Resort Pantai Cenang. 

Jenis Penginapan : STANDARD BRICK ROAD SIDE
Penginapan : Okaylah
Kebersihan : pun okaylah

cuma masa malam pertama kami di sana. air kurang. maksud nya nak mandi tu, Allah sedihnya. so kami pun faham lah kan sebab penggunaannya tengah demand sebab bercuti waktu peak season kan. konon nak redha. tapi mana lalu kome, air nya mengalir halus je. dah la bayar penginapan pun masa peak season jadi double. rasa tak berbaloi sangat. maka telefon lah receptionist. kata nak hantar maintenance tengok kan. sampai ke esok nya tak sampai2. bukan bilik kami je ye air macam tu. 

keesokkan hari nya kami pun minta baldi. sebaik-baik bahasa cuba memahami. tengok-tengok petang nya air keluar dari paip wowww sangat. alhamdulillah. dah lah air keluar dari paip dah menjadi wowww, baldi pun dapat. hehehehehe. terima kasih Malibest Resort Pantai Cenang. tengok struktur bangunan macam ada renovation lagi. nanti masa uoollss pergi mesti lagi santek resort dia.

siang nya dari pagi kami keluar cari makan dan pergi ke tempat tujuan utama kami iaitu LIMA. tahun ni tiket masuk naik rm10. dua tahun lepas rm 10 sahaja. tahun ni rm20 seorang. berbeza kali ini. raziq excited sikit. dan no more tutup telinga sepanjang masa show tu. cuma untuk dua tahun akan datang lagi LIMA'21 digalakkan beli tiket online supaya tak perlu nak tempuh kesesakan di kaunter. jenuh kome oii.

jom layan gambar jom.




mendung masa ni sebenarnya. bila awan berlalu terik matahari tu panass nya.



my puas hati dapat capture ni. fuh! lawakan? hahahaha


ooohhh ye tidak dilupakan topi dan kipas. 😁
sebelah petang pulak kami pergi island hoping.

island hoping di :

  • Pulau Dayang Bunting

apa korang nampak?kalau korang jawab betul makna korang pernah lah sampai pulau langkawi ni. hehehehehe ataupun korang memang suka membaca. hehehehe. ataupun korang dah baca tajuk kat atas tu. hahahaha.
  • Eagle Feeding di Pulau Singa Besar - area dekat sini ada jeti tau.tapi jeti dia macam usang sangat. sini banyak helang. aktiviti sini bagi helang makan. tapi bukan la letak makanan kat atas tangan peh tu helang datang hinggap. ohh tidak!. makanan di campak ke laut then helang pun datang. makanan nya adalah ayam. makanan helang tu dah provided sekali dalam pakej island hoping tu.


    saje up gambar adik ni. sebab muka dia seakan iras macam paksu raziq.
  • Pulau Beras Basah - sini aktiviti mandi terjun laut. pulau ni cantik. pasir putih. tapi xbestnya banyak monyet. kita bukak botol air nak minum pun dia datang say hi kat kita tau. belum lagi nak buka plastik keropok nak makan santai2 sambil tengok raziq ngn ayah raziq mandi. aduhh kacau tau monyet ni. 
adik yang bawa boat ni nakal sikit. last nk sampai ke jeti balik dari island hoping tu dia leh lak bawak boat tu konar baring gituuuuww. fuh semangat tau!


pakej adik ni : okay
ni business keluarga dia. dia tolong ayah dia katanya. budaknya pun baik. 

jeti nk ke island hoping dekat je dengan tempat yang ada show LIMA Maritime. sempat lah kitaorang duk lambai abang2 paskal kat atas boat masing2. lambaian kami dibalas. hehehehehe.

keesokkan nya adalah hari dimana melawat Pak Haji Ismail Group dan melawat Idaman Suri. Ya Allah rupanya best ye kome beli belah dekat idaman suri tu. baru nak merasa tengok nak teliti sudip periuk kuali. hahahahah selama ni pergi bawak mama ayah tengok deme je membeli. murah-murah pulak tu. cekelat beli untuk raziq dan buah tangan saje.
balik dari melawat Haji Ismail Group dan Idaman Suri sempat singgah sini bawak raziq
petang nya pulak habis kan masa di kolam dan tepi pantai. apa lagi aktiviti si Muhammad Raziq ni kan. mestilah air dan pasir. dan nak cerita ni, masa tengah duk santai2 baring kat kerusi tengok raziq mandi dengan ayahnya serta dengan rela diri ini muka ini kena panahan cahaya matahari petang tetiba kome ada budak umur sebaya raziq rasanya duk terkapai2 nak lemas. yang kakak nya jauh dari dia dah nampak adiknya terkapai2 dah menjerit panggil nama. uuoolss rasa apa kita buat?masalahnya bukan kita sorg je yg duduk kat kerusi tu tau. ada seorang ibu lagi sebelah kita ni. tapi yang sebelah ni buat xtahu je diri pun tidak duk sibuk dengan tepon.
yang kita? jerit panggil suami kita sambil tu secara spontan nya telefon yang ada kat tangan ni dicampak ke lantai kolam tu komeee. oohhhh telefon ku! konon nak terjun sekali terpikir tengah pe***d. mana mau nya nak terjun. tu yang kita sekali menjerit tu. alhamdulillah adik tu okay selamat. kakak dia sempat capai dia. yang kita tepi kolam ni udah menggeletar nak menangis. sebenarnya masa kita jerit tu dah ramai dah macam terpinga2 kita tunjuk arah budak tu. semua dah nak pergi tolong. alhamdulillah kakak dia sempat capai.

sebelum tu, family ni kita perasan je. mak ayahnya bawak makanan kat kolam. nak makan boleh tapi keluarlah dari kolam dulu. ajak anak2 makan dekat kerusi ke. ini tidak dalam kolam pun boleh. makanan nya pulak bukan nya keropok ke apa. nasi lemak kome oii.

tak lama lepas tu mak ayah nya beredar tinggal hanya anak2 nya sahaja. kakak dan abang nya dah besar. mungkin yang adik tu si bongsu. masa kejadian tu berlaku si kakak2 nya dan abang sibuk bergambar tengok telefon. 

bila jadi perkara macam ni sebenarnya peringatan untuk kita juga. jangan lah sesaat pun pandangan kita ni tersasar dari anak tambah2 bila mereka berendam mandi dalam kolam.


lepas kejadian tu ada point ajak raziq naik dari kolam dan pergi ke pantai. dapatlah ibu melihat sunset yang sangat lah cantik ini.

Esok paginya kami check out dan sarapan kali kedua di Roti Canai Black Pepper. 
sedap!
servis : okay dan laju

jadi ini jelah cerita yang dapat kita kongsi kan untuk my lovely pembaca. terima kasih sudi singgah blog kita ni ye. so LIMA'21 onz ke tak onz? hehehehe