Nuiffnag Ads

Wednesday 5 December 2018

Lombok, Indonesia

Assalammuailaikum semua! dan Hai! 

dah hujung tahun ni lah baru nak buka blog. sekali buka adalah  2 3 4 5 6 7 notification komen dekat post yang lepas. maaf korang, baru nak reply komen-komen dan soalan-soalan yang diajukan.

okay, jom. kali ni kita share pengalaman kita ke Indonesia. iaitu Lombok, Gili Trawangan, Gili Air, Gili Meno. mungkin boleh memberi sedikit info untuk korang yang ada planning untuk ke Lombok.

percutian kali ni 4Hari 3Malam pada bulan Oktober yang lepas. 25hb-28hb Oktober. hanya kami tiga beranak. dan jenis style kami terjah sahaja dan kutip sikit-sikit info dari pembacaan. jujurnya timing pergi bercuti kali ni  rasa macam tak kena lah.hehehehe.nak tahu sebab apa, kena lah baca sampai habis okay!.

dan seperti selalunya percutian kami ni (kalau yang jauh-jauhlah) bukannya bulan depan nak pergi bulan ni baru nak beli tiket bagai. kami ni jenis kena menabung dan ada perancangan. sebab duit nya pada hakikat bukan lah jatuh dari langit. hehehehe.

sedia maklum bumi Lombok di uji dengan gempa bumi yang kuat pada Ogos 2018. hati mana yang tak gundah gelana nak pergi bercuti yang sudah dirancang pada awal tahun.
perbincangan antara kami. jika gempa masih berlaku pada awal oktober, memang cancel terus. pejam mata je la dengan kerugian yang sudah dilaburkan. dan percaya perancangan Allah adalah yang paling baik untuk kita.

Di penghujung September 2018 berlaku pula tsunami yang dahsyat di Sulawesi Barat, Indonesia. lagi lah membuatkan hati ini resah. walaupun Sulawesi tu jauh sangat dari Lombok tapi itu lah, perasaan tak boleh menipu. Alhamdulillah awal oktober tak ada dengar apa-apa gempa di bumi Lombok.

Berdoa Allah mempermudahkan dan melindungi perjalanan kami. Semestinya doa ibu ayah sangat penting. jadi nak bercuti kemana-mana tu bagitahu jelah. moga doa mereka mengiringi kita. InshaAllah.

25hb Oktober 2018
flight kami, pagi subuh sepiin. alhamdulilah sempat solat subuh. dan macam biasa bila dengan raziq ni. excited dia ajak naik kapal macam dia ingat sama situasi naik kereta. naik kereta start enjin terus jalan. jenuh nak mententeramkan dan menjawab 1001 soalan yang sama dari dia. "lambatnya ibu" "lambat lagi ke ayah". 
tq abg alip tak suka topi tu. raziq pakai la jawabnya (topi sepupu raziq)



caption pleaseee!
bear bear dan raziq
perjalanan ke Lombok amik masa lebih kurang 3 jam. kami sampai dalam tengahari macam tu, waktu zohor dah nak habis. waktu solat sana sama waktu macam di sabah sarawak kita di Malaysia. dan ada baca di blog juga sebelum terbang. orang kata Lombok ni terkenal dengan Pulau Seribu Masjid. dan sememangnya betul. selang 10 ke 20 langkah masjid di mana-mana.
replika masjid
tujuan kami ke Lombok ni memang terus nak ke Gili Trawangan. biasalah bila ada anak kecil ni bila bercuti memang akan fikir ke tempat yang kita suka dan dia pun akan suka. tak tempat tu yang ada kolam. atau tempat yang ada pasir dan laut. 

macam biasa. bila kita ke luar negara ada satu form akan diberi atas kapal untuk di isi. jadi isi lah. bukan untuk disimpan. bawak lah pen siap-siap supaya dalam kapal tu tak toleh kiri kanan depan belakang panjang tengkuk nak pinjam pen orang. hehehehe. kita la tuuuu. :)

tapi boleh je nak isi bila da arrival. kalau tak kejar masa boleh lah uollss santai-santai isi kat tempat arrival tu. itu pun kalau ada tempat yang disediakan. kalau tak ada, berlapik kan tapak tangan lah. hehehhehe.

masa kami sampai ke Lombok International Airport ni, ada satu dua tiga kawasan dalam Aiport tu ada renovation. kami pun beranggapan mungkin kerosakan semasa gempa yang lepas.

masa que untuk melepasi imigresen sana. terperasan siapa yang ada anak kecil di beri keutamaan. tak perlu nak que panjang-panjang. terfikir nak dukung raziq. hahahahaha sebab malas nya nak beratur panjang. apakan daya. angan-angan sahaja. hahahaha. raziq da besar okay!.

lepas pick up luggage bag area, lalui pemeriksaan keselamatan semua, terus keluar cari kiosk-kiosk yang ada jual sim card sana. so apa yang datang dulu. itu lah yang diambil. tapi kena tanya lah area yang kita nak pergi tu ada line ke tak. lepas tu kena tengok pulak harga berbaloi ke tidak. kalau cukup semua tu tak payah fikir banyak. beli je terus.

selesai semua tu. bergerak keluar. jadi mata kami ni melilau mencari sepanduk yang ada nama "Meor". macam biasa juga jenis kami sebab ada anak kecil, kami akan amik terus pakej transport yang ada pick up di Airport. cuma kena rajin banding-bandingkan harga masa nak booking hotel tu. 

yang mencuit hati, yang menjemput kami ni siap berpakaian lengkap seperti pahlawan. hahahaha. tak sempat nak capture. sempat amik video je. hehehehe

perjalanan ke jeti untuk ke Gili Trawangan tu pulak amik masa dalam 1jam 45minit. alhamdulillah raziq okay. tengok kiri kanan. dan memilukan hati. sepanjang nak ke jeti tu, ada je rumah kiri kanan yang roboh akibat gempa. mereka berteduh dalam khemah. pak supir yang bawak kitaorang tu pun cerita dia hampir kehilangan anak. nasib masa gempa berlaku dia ada untuk menyelamatkan anak dia. :'(. dalam dia bercerita nada dia penuh dengan keredhaan ujian Allah. :'(


sesampai di jeti kami tunggu speed boat dari sana lebih kurang 15 minit. kami naik dari Teluk Nara bukan di Bangsal. Bangsal ini lebih kepada public boat yang bawak ramai penumpang dan segala makanan ke Gili tu. dan kelajuan public boat sangat santai. iaitu perlahan dan waktu kami pergi ni, jeti untuk menaikkan penumpang turun penumpang pun dah tak ada. habis roboh. jadi kena basah la sikit sebab naik dari persisiran teluk.

dan kemuncaknya disini. masa tu jam 3 petang. laut bila tengok macam tak bergelora. bila kita perlu ke seberang laut untuk sampai ke Gili, Ya Allah laut nya sangat bergelora. ombak setinggi boat. okay-okay jangan salah sangka. bila kita kata setinggi boat tu, keadaannya bila naik speed boat ni, dia bukan nya bawak tu jenis langgar je ombak yang mengganas tu. dia akan follow alur-alur ombak tu. lebih kurang macam surfing la. tapi ni versi speed boat. wahhh hebat bukan. hahahahaha. memang hebat. tapi memang kita tak tengok langsung ombak-ombak tu. yang tengok, ayah raziq dan raziq.

sepanjang 15minit tu, memang kita pandang je brother bawak boat tu. geram je tengok nya. nak je jerit "bawak slow weyhh". tapi hanya mampu jerit dalam hati je. hahahaha. sampai je di Gili, jeti sana pun roboh akibat gempa yang lepas. kena lah turun di pelantar yang mereka bina sementara yang hanya di ikat sesama. lepas tu pelantar tu terumbang ambing oleh laut yang bergelora tu. 

yang raziq dah selamat sebab ayah nya dah pimpin dia. yang kita ni masih terstuck kat penghujung tu sebab tak berani nak bergerak. ombak kuat weyhh. tapi orang tempatan sana berdiri selamba stabil je kome oiii. bila da reda ombak sikit, selangkah selangkah kita jalan. sampai la brother yang ada kt situ ngah memancing kata "jalan cepat itu lihat lagi maunya datang". memang berlari aku. hahahahha. boleh pulak kan. gelak brother tu, sekali brother-brother yang lepak kat tepi-tepi jeti tu gelak kan kita. hampehh kome kan. yang suami kita bising kenapa tak follow rapat dia tadi. ehhh dah dia laju sangat.

kami menginap di Aston Beach Resort. konon pilih hotel ni sebab nak tengok sunset. ada review jugak hotel famous kat sana Ombak Sunset. penuh masa review tu. masa kami lalu hotel tu CLOSED. rosak teruk akibat gempa. nak ke Aston tu pulak 15 minit. sebabkan naik kereta kuda. kalau jalan kaki tak tahu la berapa minit. hahahaha
view semasa nak ke hotel. tak salah ni view hadapan hotel Ombak Villa. silap tak amik hotel ni dulu, sebab dekat sikit dengan pekan Gili Trawangan tu. Aston ni dah jauh sangat. sebelah Ombak Villa ni, baru jumpa Ombak Sunset...kemudian baru Aston Beach Resort.

kami pun check in hotel. disambut dengan keramahan pekerja Aston. diberi wet towel untuk menyegarkan muka. dapat pulak bilik jauh sikit ke belakang. jalan lah sikit. raziq mata dah tengok kolam. mula dia yang duk merancang jadual. "kita balik dulu hotel, letak beg, lepas tu kita mandi kolam kan ayah". memang perangai suka suki merancang jadual sendiri.

memang tak lah raziq. 

disebabkan sini malam nya cepat. kitaorg rehat sekejap lepas terus ke pantai. depan Aston je. 
konon pejam mata. tapi kepala dia fikir paip ayor dia kat teluk intan nun. hehehehe
beg rotan tu kita beli rm50 je uollss. kat sini jual mahal kan?
kami pun menunggu waktu sunset. habis sunset balik bilik mandi apa semua keluar untuk makan malam. kami memang makan apa yang ada dalam menu hotel. kalau nak jimat kena lah keluar ke pekan gili atau warung-warung tepi jalan. kami tak cukup rajin nak keluar. malam tu cuba makan makanan yang wajib rasa bila da sampai Lombok. Ayam Taliwang.

rasa : pedas sikit 
ayam seperti bakar, kangkung, kuah seperti kuah sate, sambal di kangkung tu sedap!
port makan malam depan Aston tu je. malam menu dia lebih kepada BBQ. nikmatnya betul-betul tepi pantai. yang kelakar, bila nganga je sekali pasir-pasir ikut masuk mulut. angin kuat sangat.





pemandangan malam pun dah indah diterangi lampu-lampu. ohh ye sini dalam bilik memang ada TV, tapi tiada siaran akibat gempa. jadi satu-satunya entertainment kitaorang adalah movie yang disediakan setiap malam. 


26 Oktober 2018
aktiviti hari ini lebih kepada jalan-jalan keliling pulau naik basikal. jenuh nak kayuh satu-satu kawasan tu sebab nya pasir banyak. bila dah pusing-pusing pulau tu dapatlah kita lihat dengan lebih dekat kemusnahan akibat gempa di Gili ni. ada satu bangunan tu terpapar tulisan dengan spray cat "kami tidak ingin di fotokan, kami ingin bantuan". 

memang tak lah nak tangkap gambar-gambar kemusnahan yang ada.

pusing-pusing pulau nampak pantai cantik stop sekejap. bagi raziq mandi main pasir, kayuh balik. lepas tu stop lagi dan lagi dan lagi. pantai-pantai di Gili ni banyak batu. kena cari sikit kawasan yang pantai nya putih dan tak berbatu. area belah pekan pantainya OK.

balik hotel, sambung mandi kolam. terus tengok sunset kemudian balik bilik berehat. dan keluar makan malam.


tempat wajib posing


27hb Oktober 2018
snorkeling. yeayyy!



okay kita nak cerita pengalaman kita snorkeling kat sini. best sangat. cantik!. bila kita sewa boat untuk snorkeling, akan ada dua orang guide kita. satu akan stay atas boat. satu akan guide kita di dalam laut. kitaorang sewa glass boat sebab fikir untuk raziq tak boring untuk tunggu atas boat. boleh tengok-tengok ikan kat bawah.

pit stop pertama ke Gili Meno. cantiknya apa yang ada dibawah tu. semangat kita turun. raziq tunggu atas boat je. tengok ibu dan ayah jadi dugong kat bawah. da turun kita pun follow je yang sorang tu. berenang berenang punya berenang tengok belakang "ehhhh mana laki kita??" rupanya dia angkat tangan siap-siap sebab batuk jadi bila dia sedut udara dia batuk dia rasa dia tak boleh tak cukup nafas. lagi pun laut bergelora. tak tenang untuk dia yang batuk tu snorkeling. di atas bergelora. bila pandang ke bawah amannya dunia ikan.

masa tu kita dah berenang jauh baru teringat laki, baru toleh belakang tengok dia tak ada. level confident terus down. terus takut. hahahaha. terus kita bagi isyarat kat sorang tu untuk balik ke boat. 

berhenti ke pit stop kedua pulak. tempat banyaknya penyu. dekat sini kita nampak macam cetek je. so kita berani lah lagi. yang guide tu bawak kita ke tempat penyu. tugas kita follow je dia. duk excited nampak dan nak pegang penyu. tak sedar, kejar punya kejar bila dah dapat pegang penyu tu baru tersedar dia da bawak ke kawasan yang bila pandang bawah ehhhhhhh mana batu karang tadi??ehhhh gelap nya sana. terus bagi isyarat nak balik ke boat. rupanya dah jauh dia bawak kita. tapi kita dapat jugak pegang penyu. hehehe. dan baru tahu perasaan nya bila jatuh ke dalam laut yang kedalamannya bawah nya tak nampak apa-apa. gerun nya Ya Allah.
pit stop ketiga, Gili Air. sini lebih kepada bagi ikan makan. pit stop sini raziq suka. sebab dia leh campak-campak roti peh tu tengok ikan berkerumun dia kata fuiyoooo!. peh tu dia gelak. hehehehe.
dan dekat sini lah tetiba keberanian dia nak turun cuba untuk snorkeling. bila raziq dah berani ayah dia pulak tak bagi. 







terus ke pit stop terakhir berhenti di pantai Gili Air. dan sini lah aktiviti yang ditunggukan oleh raziq. main pasir dan air. so kita layan la dia. air lautnya jangan cakap la. jernih sangat.

view dibawah ni bila dah patah balik ke Gili Trawangan. cari kedai makan halal kat tepi-tepi pantai ni.  okayla. not bad. harga pun boleh lah. mahal jugak sbenarnya. 


kita dah rasa aiskrim yang must try datang Gili. rasa dia...rasa aiskrim lah. hehehehe. tiada yang istimewa.
tengok tu. masih tak puas dia dengan pasir dan air.
jenuh nak pujuk dia balik. dia boleh nak balik ni pun bila kita kata sambung mandi kolam kat hotel. trus dia okay. dan janji harus lah di tepati. bukan dicapati. hehehehe.



ada masa dia sweet kita layankan aje. memang tak akan lepaskan moment tu. sebab susah nak dapat.


untuk hari ketiga ni memang penuh dengan aktiviti air pasir air.


28hb Oktober 2018
hari terakhir di Gili Trawangan. masa proses check out tu, kami cuba cari transport untuk pick up kami dari Teluk Nara. di sebabkan flight malam. jadi kami decide untuk pusing Lombok. kami cuba tanya receptionist. nasib dia ada kawan yang boleh bawak kami pusing-pusing Lombok. bayaran okay saje.

disebabkan check out pagi. air masih tenang. jadi gelora laut tak ada sangat. kami minta bawak pusing-pusing Lombok. yang sempat pergi Tanjung Ann dan Bukit Merese.

i told u, i told u. Tanjung Ann sangat cantik pantainya! dan Bukit Merese kering kontang tiada kehijauan pada bulan Oktober ini.

Pantai Tanjung Ann betul-betul di belakang batu tu.
tak banyak tempat boleh lawati disebabkan ayah raziq kurang sihat. kami terus cari hotel transit sementara tunggu waktu flight.

percutian kali ni tak dapat untuk berkongsi info detail jumlah wang-wang yang telah diberlanjakan. atas faktor usia. iaitu lupa. hahahha dan faktor tidak mencatit sebenarnya.

antara suggestion yang boleh diberi. stay la satu malam hanya di Gili, rancang aktiviti snorkeling dari pagi. kemudian dua malam di Lombok sudah cukup untuk anda pergi ke tempat-tempat terkenal di Lombok.

Lombok adalah satu daerah yang besar. jadi mengambil masa yang lama untuk sampai ke satu-satu tempat tersebut. perjalanan nya bukan lah 15 minit tapi 45minit ke 1 jam macam tu. 

sepanjang berada di Gili. air yang keluar dari paip air untuk mandi, basuh muka, gosok gigi berasa masin sikit. mungkin mereka tapis air laut sahaja mungkin, mungkin la. tapi tak ada pulak rasa berlengas badan.

keseluruhannya. Pantai Lombok adalah tempat yang sangat cantik yang harus dikunjungi. begitu juga dengan Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

bila dah sampai sini, sambil mendobi baju, sidai baju yang 4hari 3malam tu terfikir. Allah memberi aku peluang untuk memperbaiki diri dari kesempatan melihat kemusnahan, kesusahan yang telah diduga kepada orang lain. sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. belajar tidak mengeluh dan jangan menidakkan nikmat Nya walau sebesar zarah pun.

sekian. moga berjumpa posting akan datang. :)

*review ni disediakan bagi saya yang pertama kali sampai di bumi Lombok.

Friday 9 February 2018

Krabi, Thailand 28-31 Januari 2018

Hai everyone!

kali ini jom kita share #cuticutithaipusam kita di Krabi, Thailand.

percutian adalah selama 4 hari 3 malam. 28 Jan - 31 Jan 2018. dirancang pada awal Jun 2017. dan percutian kali ini tidak mengambil pakej secara keseluruhan. hotel cari sendiri. transport cari sendiri. makan pun cari sendiri. pada asalnya mungkin nak rasa murah. rupanya bila sampai di Aonang tu BARANG-BARANG dan MAKANAN mahal. ber hu hu hu hu hu sekejap. 


hari pertama (28 Jan 2018 | Ahad)

dengan menaiki Air Asia  the World's Best Low-Cost Airline yang telah di book pada bulan Jun 2017. masa pergi memang sengaja amik waktu pagi jam 7.10 pagi. makanya, berada di KLIA2 pada jam 4.30 pagi. sampai di sana 7.30 pagi waktu Krabi. waktu kita berbeza dengan krabi adalah dalam 1jam 20minit.
bercuti kali ini dengan my kakak ipar sekeluarga.  dan kami decide untuk pakai passport by group. sebab murah. satu passport by group tu RM200 boleh seramai 20 orang. 

DISINI ingin ditegaskan. JANGANLAH pakai passport by group ye. payah sangat kome. nak lepas dari imigresen tu Ya Tuhan. kat Malaysia pun payah ini kan pulak dah sampai Krabi. Ya Tuhan. memang pertama dan terakhirlah pakai passport by group. lepas ni sediakan je sorang satu passport. senang.


Mudahnya passport by group ni bila manual checking dokumen di pintu masuk GATE. payahnya bila sampai di kaunter imigresen. Ya Tuhan memang xnak dah lah buat passport by group ni.


ok dah. kita sambung kesengsaraan di kaunter imigresen di dalam memori ingatan sahaja. hehehehe.


sampai je di krabi perkara pertama adalah beli simkad untuk call dan data. oklah murah berbanding beli di Aonang. di airport 200baht. di Aonang 300baht. sambil proses tukar-tukar simkad, tanya pakej-pakej island hoping yang ada.

atas sebab ada membaca blog pada yang pernah pergi katanya pakej-pakej island hoping ni better amik di area Aonang. murah sikit katanya. so kami decide ke hotel dulu. 
sementara tunggu untuk check in kami drop kan dulu bag-bag di hotel. then jalan kaki untuk mencari-cari aktiviti yang seterusnya. sambil jalan nak ke jalan besar dari hotel. ada tut tut tegur kami, kami pun suruh je dia berhenti. bila dia tanya kami nak kemana then kami suruh dia wat suggestion habis keluar satu buku dia tunjuk tempat-tempat yang boleh kami lawati.
keadaan dalam tut tut. tut tut ni ada speaker yang memboleh kan kita cucuk kat handphone/ipod untuk kita dengar lagu apa kita nak. hari tu suami kita pasang radio era.fm melalui web.
first pit stop kitaorang is, elephant safari. tak jauh pun. dalam 10-15 minit jugak. naik tut tut kan.
kitaorang bayar entry untuk tengok baby elephant show. lepas baby show baru bergerak untuk ride elephant. 
raziq tiada dalam pic kerana menangis! takut. kesian anak ibu
disebalik gambar ni terungkap satu cerita dimana abg yang depan tu namanya AIM. katanya dia tiada keluarga. keluarga dia hanya gajah. yang namanya KUN. dia train gajah ni bermula umur 3 tahun sehingga sekarang dah 10 tahun. kalau dia bohong. tertipulah kita. ;). gajah yang kitaorang naik ni nakal sikit. dia suka tak ikut jalan yang gajah-gajah lain lalu. konon nak adventure la. lopak air pun dia lalunya. gajah lain semua lalu tepi lopak air. apa-apa pun pengalaman menarik dapat naik gajah.
nasib raziq ok masa naik gajah. selesai naik macam biasa ada jual gambar-gambar kita bersama gajah. suprisely harga dia murah berbanding kalau kat Malaysia. 150baht sajo. duit kita dalam rm18 macam tu. kalau kat Malaysia paling murah pun yang pernah kena rm25, itu pun pic kecik yang leh lekat kat pintu peti ais tu.

pendapat kita lah kan, better jual je murah macam ni dari tak ada orang nak beli kan. (*penting ke pendapat ko una oiii.hahahahaha).


habis di sini bergerak untuk cari makan lapik perut sikit. makan di area kedai fossil beach. dekat sini mahal makanannya kome. 


kemudian gerak ke 7Heaven. panasssss. tak sesuai ke 7Heaven waktu tengahari. tempat nya memang menarik tetapi nak nampak lagi menarik kena lah mendaki bukit yang memacak. 7Heaven ni ada taman tema air sesuai lah bawak budak tapi bukan lah waktu tengahari rembang tu. 100baht untuk dewasa, 50baht untuk kanak-kanak. dan 7Heaven ni sangat cantik untuk bergambar setiap sudut. serius! sebab kan kami panas dan penat. so masuk gitu je lepas tu balik ke hotel.



ada review blog sebelum ni. 7Heaven ni cantik bila pergi waktu petang nak ke malam. tak apalah tujuan utama ke Krabi adalah Lauttttt. balik hotel rehat kan badan. malam keluar untuk ke night market in Krabi Town. mahal nya transport nak ke Krabi Town 1500baht. so jenjalan je area Aonang tu. try pankek. betul la memang sedap. i choose pankek nutella.
cantik gilerr ;P
sekali abg ipar dapat transport area Aonang untuk ke Krabi Town 800baht je. ok la terus ke night market. orang kata area night market ni barang-barang untuk souvenir murah-murah. malangnya nasib tak menyebelahi kami lagi. Hujan turun dengan lebat nya. siap pakej banjir lagi kome. 
hujan tu kan rahmat Allah. so we keep smile. mengada-ngadanya raziq tu. 
makan malam kami di Kedai tepi jalan, Madina Halal Food. abg yang bawak van tu bawak kan kami ke Madina Halal Food ni. oklah. sedap je. dan harga tak mahal tak murah.  sudah kenyang balik ke hotel cari pakej untuk island hoping dua hari yang mendatang ni. dapatlah pakej hari kedua ke Phi Phi Island, dan hari ketiga ke 7 island.

hari kedua (29 Jan 2018 | Isnin)

bermula la perjalanan kami mencari pasir lauttttt untuk raziq. heheehehehe. tak sudah-sudah dia nak pasir nak main tepi pantai. selagi tak jumpa selagi tu lah. merajuk + mengamuk semua adalah. untuk hari kedua gerak awal sikit. jam 10.00 pagi tunggu di hotel untuk ada agensi pick up kami. 
yang kanan sekali tu ketua group kitaorg. lupa sudah nama dia. sorry. hehehehe. ada taklimat sikit, hal keselamatan, tepati masa dan lain-lain. kalau dah pergi group ramai macam ni (30 orang macam tu satu boat), tepati je masa. rasa tak boleh nak tepati masa atau nak private sikit sewa je satu boat korang-korang je.


ohhh ye. sediakan duit untuk bayar entry untuk national park tau.
perjalanan ke phi phi island mengambil masa 45 minit macam tu. pit stop pertama kami adalah Poda island. so cantik!!! 



bila da dapat apa dia nak. suruh senyum tengok camera. mudah saja.
raziq da berat ye ayah?
setiap hentian diberi masa. so cukup masa kami pun bergerak ke boat. destinasi seterusnya Maya Beach Island. katanya sini memang tempat hot spot ramai orang. salah satu filem Hollywood pernah menjalani penggambaran di sini. dan memang ramai sangat. penuh. meriah.
Cantik!

hentian seterusnya adalah phi phi island. perut da lapar. makanan di sediakan di dewan makan. berjalan sikit ke sana. makanan yang di sediakan ok. sedap saja. phi phi island ni tak ada apa sangat. dia lebih kurang macam teluk nipah, Pulau Pangkor. 
sini hospital pun ada. kecil je. ATM pun ada. gerai-gerai makan pun ada. masjid pun ada. habis makan gerak ke boat untuk hentian seterusnya snorkeling. 

untuk aktiviti hari ini pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. pukul 5.00 petang macam tu, kami pun kembali ke tempat naik boat pagi tu.


sampai dihotel raziq sperti tak puas main dengan pasir tadi. jadi kami pun berjalan ke pantai Aonang. sehingga sunset. tak sangka rupanya ramai yang tunggu untuk melihat sunset. duk sibuk tengok raziq main pasir tak sedar sekali pandang belakang penuh orang duduk atas jalanan tu untuk tengok berapa ajaibnya ciptaan Allah ni iaitu sunset.



hari ketiga (30 Jan 2018 | Selasa)

aktiviti hari ketiga adalah ke 7 islands. hari ketiga ni bermula jam 12.00tengahari sehingga pukul 8.00malam. jadi pagi tu, kami sewa motor pusing-pusing Aonang tu. pakai waze je pusing-pusing tu. cari souvenir sikit-sikit. dan cari makan pagi.
bila dengan ayah raziq ni. kemana-mana suka beno dia tengok paip-paip air. kalau jalan tu basah dia yang sibuk kata "ni bocor ni". entah la kome. tu belum dia jumpa tangki air.
bila kita baca blog, derang semua suggest suh rasa teh ais. dah banyak kedai pergi. tak jumpa yang ummmphhhh. restoran dekat dengan rumah lagi ummmppphhh tapi baru semalam pergi udah tutup pulakkkkk kedai tuuuu.
ni area fossil beach. hari ketiga pergi lagi konon nak tengok fossil tu. sekali ada makcik jual baju area sana bagitahu fossil tu tak nampak kalau pagi-pagi ni. elok datang petang sikit. nak masuk tu pun kena bayar entry nya.
untuk hari ketiga ni kami guna pakej Mariam & Travel Tours. dan menggalakkan kalau datang ke Krabi ni pilih lah pakej Mariam & Travel Tours ni. memang ok. jom layan pic hari ketiga pulak. oh ye. sesampai di jeti kena bayar untuk entry national park. kenapa lah derang tak kira sekali dalam pakej kan. buat nya pergi tu tak bawak duit. bayaran entry ni untuk kerajaan Thailand katanya.
tunggu kakak-kakak dia siap.
comel je gendong cangkul-cangkul dia tu.
berjalan ke jeti
Panas kome
memang suka betul dia dengan pasir
ibu sayang raziq

tahu lapar ye raziq. nasib bawak bekal biskut & air
itulah boat kitaorang. masa ni kami di transitkan ke Long Tail Boat. untuk ke satu pulau situ yang banyak batu-batu. Long Tail Boat jugak digunakan untuk bawak kami ke satu lagi pulau untuk lihat sunset sambil menjamah makanan.
dah tak nampak sunsetnya
ini adalah gambar selepas puas terjun di kedalaman laut dan feeling yang sedikit sedih sebab esoknya sudah mahu pulang.
pemandangan nak ke malam.
kemuncak percutian kali ini adalah turun di laut pada waktu malam gelap, lampu boat semua di tutup dan hanya berpaut pada tali.

tujuan lampu semua ditutup adalah untuk melihat sejenis organisme iaitu plankton. cara melihat nya. lampu ditutup. gelap semua. dan sebelah tangan digunakan untuk kocak di dalam air. sebelah lagi kita pegang tali yang disediakan supaya kita tak hanyut terus ke Malaysia. hahahahaa. masa tu akan lihat plankton ni. plankton ni dia bercahaya. sekecil macam sebutir pasir. banyak.

habis sesi tengok plankton siapa yang nak berendam-rendam diberi masa kemudian bergerak pulang.

sesampai di Jeti, kami dihidangkan teh o panas dan fireshow. selesai fireshow kami dipanggil mengikut hotel memasing untuk naik transport yang disediakan.
joget-joget pulak dia

hari keempat (31hb Jan 2018 | Rabu)
bangun pagi siap-siap packaging baju-baju. ada masa lagi jalan-jalan sekitar Aonang cari lebihan souvenir untuk dibawa pulang dan cari tomyam untuk hari terakhir.

kemudian balik ke hotel, kenderaan ke Aiport sudah sedia menunggu, return balik motor dan terus bergerak ke airpot. untuk keselamatan korang, disarankan jangan letak POWERBANK di dalam luggage yang hendak di check in. carry naik atas. kejadian semasa tunggu untuk departure. nama abg ipar dipanggil. rupanya dalam luggage derang ada POWERBANK. nasib luggage tak kena tahan. ada toleransi juga orang Thailand ni. Thank you.


nampak tak raziq kepit apa? dia dapat paw ayah dia masa di Aonang. mahal juga. ate dipejam kan jelah mata supaya dia mood ok ok saje. sibuk pakaikan boat dia belt sekali. bila xmuat duk bising-bising tak boleh. ibu jugak betul kan.
Alhamdulillah percutian yang sangat best. ketenangan yang dapat bila melihat kejernihan air laut, putih nya pasir, angin laut menempa muka, bunyi-bunyian ombak yang tenang.

Terima kasih to ayah raziq penuhkan tick wishlist ibu dan raziq. (sebenarnya ibu dia je. hehehehehe). next, nak target Lombok pulak. boleh tak ayah? ;P


tips dari kita untuk korang
*jangan buat paspport by group
*better amik pakej terus je dari Airport. sebab ritu bila wat perbandingan Airport lagi murah dari area Aonang
*kalau nak travel sendiri tanpa pakej, pergi elephant safari pagi. kemudian pergi ke area-area sana ada banyak tempat boleh singgah. 
*untuk fossil beach pergi waktu petang sikit, kemudian terus lah ke 7Heaven tu. situ ada waterpark. 7Heaven sampai ke malam bukak.
*yang penting sentiasa sediakan duit. pakej ke island ni kekadang depa tak masukkan sekali entry national park.
*makanan jangan risau, sana banyak kedai halal.
*dan terakhir, powerbank jangan letak dalam luggage ye.
-tips ini hanya kita share dari pengalaman kita. lain orang lain pengalaman nya.

sekian entry kita untuk kali ini. moga diberi rezeki yang murah untuk menggembara lagi di bumi Allah ini. mana tahu ada rezeki mengerjakan Umrah pulak kan. siapa tahu. inshaAllah. dengan izin ALLAH.