Nuiffnag Ads

Friday 24 August 2012

~1st raya ajiq!

sebelum raya :

sekarang raya tak lah excited macam dulu...mungkin da besar kut...balik kampung sabtu tengah hari coz cinta hati una kerja pagi tuh...terus balik ke Bota, rumah ayah mertua...sangat la sedih mengenang kan tiada siapa tolong mama kat rumah...bukan tak mengenangkan ibu...tapi ibu selalu beli ja...ayah lain...suruh mama masak...sebab adik beradik ayah ramai nak datang...

macam biasa pagi raya pertama BIHUN SUP KAWWW mama...sungguh la sedih...kerana una ni banyak rumah...ibu, ayah, n mertua...semua dekat2...dekat susah jauh lagi susah...tapi alhamdulillah jugak dekat...so petang tu balik seri iskandar tolong mama, balik berdua dengan Muhammad Raziq...cinta hati una tinggal tolong ayah nya dan kakak nya...kali ni nak tolong mama tak boleh 100% coz ada nya nyawaku si kecik Muhammad Raziq...segalanya berjalan lancar...alhamdulillah...malam sikit baru balik rumah ayah mertua...

raya menjelma :

pagi raya si bam bam ajiq ni awal bangun...memang as usually ajiq bangun awal...bagus anak ibu ni...ni rupanya terlalu excited dia nak beraya...disebabkan adanya Muhammad Raziq ni...hati ibu pun excited sekali beraya!!....yeeeaaayyyy!!!...RAYA!!!...=)

lepas siap kan si bam bam ajiq...tolong kemas2 dapur, siapkan juadah untuk santapan tetamu....lepas tu baru la turn ibu pulak pergi mandi and siap....nasib ibu jenis bukan suka ber 'make up'...jadi ibu siap kejap ja...=)....semua da ready untuk bergambar....SAY cheese!!

 comel ja si syirah tu...si kakak macam nak kawin...si dira tetap cool dia...


 us...=)


macam kebiasaan adat kita melayu di pagi raya tu lah bermaafan kan...tapi una tiap-tiap hari salam cinta hati una...(bermaafan tunggu raya jugak!)hihihihiihi...jom kita lihat reaksi apabila bermaafan...
una ni jenis mudah tersentuh apabila tengok orang menangis...konon2 pagi tu tahan la...tapi berjurai gak tengok orang nangis...

lepas sesi bermaafan...sesi bagi duit raya pulak!!OH DUIT!!!

tengok si raziq tu da pandai pegang sampul duit raya...peh tu...aaauuummmm masuk mulut...hahahahha...lepas sesi bagi duit raya ni...kami berjalan ke rumah sedara mara terdekat...tapi kali ni berjalan ibu n ayah tak makan sangat macam tahun-tahun lepas...sibuk pegang Muhammad Raziq...

keesokan harinya baru dapat bergambar dengan ayah, ibu, mama dan adik-adik ku....kakak tak dapat balik...abang pulak sibuk meniaga lagi...
ikin




ni lah oyang ajiq!


ibu...=)...


  
dah cukup setakat ini aje...coretan raya una untuk tahun 2012....=)...eh kejap!!!...jom kita tengok picture yang buat kan kita tersenyum dan ketawa....
-
-
-
-
-
-
-
-
 mat alip mat alip...

muka pasrah kena calit kapur

hamboi suka nye anak ibu ni...


 hihihih...puting lebih besar dari mata...

to Muhammad Raziq, Thanks for bringing so much joy and laughter into ibu ayah lives...=)

ibu ayah love you so much!!

Monday 13 August 2012

~Semalam punya cerita

hihihihhi...ni nak habaq mai ni...semalam dapat jugak berbuka kat impiana hotel ni...coz last year pergi tak dapat makan sangat...ini adalah kerana saya mengalami alahan (pregnant)....

dan tercapai lah hasrat apabila memujuk suami ku yang tercinta itu untuk berbuka di sini untuk ramadhan kali ini....

tertinggal 'd'...Meor Faridzul la.....

kali ni pergi dengan ibu ku tersayang...ibu ni susah sikit nak ajak dia kuar makan...last2 dapat jugak wat appointment dengan ibu...ewahhh...appointment u guys!classs ibuku...;)

ibu...

disebabkan ayah ngan mama tak dapat nak join...kata ayah "ayah rasa ayah malas la"...boleh macam tu?...rasa2 pulak ye...kelakar sungguh ayah ni...kalau ayah tak pergi, mama pun tak pergi la...so, bawak la si adik kecik ni ha....akil...
 
baik nye paksu tolong kipas kan ajiq...

panas kat coffee house ni...mungkin terlalu ramai...so aircond sebesar mana pun tak terasa...=)...si ajiq ja yang rasa panas...
 
serupa tak kami...=)

apa2 pun cheq tak sempat nak nangkap gambo makanan...coz terlalu teruja untuk merasa semua nye...makanan = terbaekkk punya!!...

-
-
-
-
eh mana pic suamiku....hahahaha...dia pun terlalu teruja makan kambing bakar...so...pic nye tak terambil...sekejap bangun amik makanan...peh tu karang...bangun lagi...peh tu bangun lagi...dan lagi dan lagi...=) (jangan marah sayang)...

 

Monday 6 August 2012

~Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran semua, mari kita sama-sama meningkat kan ilmu kita mengenai Nuzul Al-Quran...=)

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

sumber http://www.islam.gov.my/