Nuiffnag Ads

Monday 4 July 2016

#LambaianRamadhan

Salam di penghujung ramadhan semua,

baru lepas habis marathon cerita #LambaianRamadhan . drama lambaian ramadhan ni ditayangkan bermula 31 Mei 2016 di Slot Samarinda, 10 malam. tidak berkesempatan nak follow drama ni, habis je drama ni banyak pulak orang up status di facebook kata drama ni sangat best.

jadi apa lagi. marathon tengok. kebetulan cerita ni ada terkena sedikit dengan kisah hidupku. huhuhuhu.

jom layan, ayat-ayat yang kita suka sangat dalam drama ni di setiap episod. tapi ada je satu-satu episod tu macam nak tulis semua ayat-ayat nya. tapi kita ambil yang mana paling boleh di ambil iktibar dan memberi pengajaran. okay?

ni serba sedikit sinopsis ceritanya :-
Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Warda (Reen Rahim)=orang ketiga yang berjaya menawan hati Adam.

lambaian ramadhan
episod 1
perempuan mana yang tak marah kalau ko ada perempuan lain

"da itu takdirnya,terima jelah"

"takdir ke atau,pilihan ko sendiri?"

episod 2
"dia tak hormat aku langsung!"

"kau nak dia hormat kau,kau ada hormat dia?"

episod 3
"tak ada satu pun dijadikan oleh Allah itu tanpa sebab
tak ada perkara ditakdirkan sia² tanpa perancangan,
sini (iaitu hati) kena kuat. bila marah ingat pada Allah"

episod 4

"ko taksub sangat dengan perempuan tu sampai ko lupa rezeki Allah bagi ni sebab apa?"

"sebab apa?"

"sebab doa bini ko"

episod 5
"Ya Allah Ya Tuhanku.Jika ini adalah ujian dari dosa² ku yang dahulu.KAU berikan aku pertunjuk jalan mana yang harus aku lalui.Berikan aku kesabaran Ya Allah.Tetapkanlah iman di hatiku.Demi Anakku.Amin"

episod 6
"kadang² Allah turunkan peringatan pada kita bukan terus pada kita tapi pada orang² yang kita sayang"

episod 7
"boleh tak jangan asyik sebut nama perempuan tu je"

episod 8
"bila Allah beri kita ujian.Dia nak didik hati kita jadi lebih baik bukan lagi buruk"

episod 9
"habis sampai bila,kalau da masing² tak nak beralah"

episod 10

"kau ni sebenarnya tak yakin dengan hati kau?atau hati suami kau?"

"selagi kita bergantung sepenuhnya pada Allah.tak akan ada kecewa dalam hidup kita.yang penting yakin"

"aku tak tahulah.aku tak tahu 'rasa' tu  ada lagi ke tak"

"belajarlah untuk redha.cubalah bahagia walaupun masih sedih"

episod 11
"semakin hari kita bertengkar
semakin hari kita mengenali,
semakin hari kita berjauhan
semakin hari kita rasa rindu,
dan
semakin hari kita sakitkan hati,
semakin hari kita rasa cinta"

episod 12
"kenapa u cintakan dia"
"i cuba nak lupakan, i cuba kuat, i cuba redha, kalau itu pilihan hati u"
"makin i cuba jauhkan diri i ni pada u,makin i rindu.dalam masa yang sama luka hati i ni makin dalam"

episod akhir
"1 perkara buat kita bahagia ialah kasih sayang
1 perkara yang buat kita dewasa ialah masalah
1 perkara yang buat kita hancur ialah putus asa
1 perkara yang buat kita kuat ialah doa"


selamat menonton semua. wajib tonton ok.