Nuiffnag Ads

Tuesday 24 November 2015

Bulan Inovasi 2015 UiTM Cawangan Perak

-Lambat Post=late post


15 November 2015
Berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bowling sempena Bulan Inovasi 2015 UiTM Cawangan Perak. Kejohanan ini melibatkan dua kampus di Perak iaitu Seri Iskandar dan Tapah.

Pendaftaran 9.30 pagi. tapi biasalah kan pukul 10.15 macam tu barulah mula pendaftaran. Hari kejohanan tu semua lane bowling penuh. dipenuhi oleh staf-staf Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.

Kejohanan ini berlangsung di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Parkson Ipoh. jadi kitaorang yang dari Tapah ini naik bas. heheheehe bukan bas tambang lah. Kampus Tapah ada menyediakan kemudahan kenderaan iaitu bas untuk staf yang malas nak drive jauh. macam kitaorg ni, muka malas nak drive. yang tahu naik bas tido sehinggalah sampai. ;)

Kitaorang awal sampai, 9.30 pagi
sebelum Kejohanan ni, pembentukan kumpulan adalah mengikut bahagian masing-masing yang mana ahli nya mestilah terdiri dari lelaki+perempuan. untuk Bahagian Infotech orang pertama gedik nak main, siapa lagi.da favourite game ini kan.so memanglah terkinja-kinja sikit. tapi sedih staf infotech lain semua ada kekangan.

jadi disebabkan ramai yang ada kekangan dan ada bahagian tidak cukup ahli terpaksa import ahli di bahagian lain, kejohanan ni tidak lagi atas dasar bahagian. so campuran lah. dan nama kumpulan tidak berpandu pada nama bahagian.

atas keperihatinan kumpulan lain.ada satu kumpulan ni ajak join kumpulan deme.sebab deme tak ada perempuan. i ok je. tak kisah.
inilah kumpulan....TOBOT :). din+una+fahmi+syukri (tak ada dalam gambar) entah mana dia masa ni
kenapa TOBOT?hahahaha sebab nya masa tu tengah guling-guling dengan raziq, tetiba dia buat aksi tobot nak lawan dengan ibu dia. kebetulan masa tu diaorang semua tanya nama kumpulan apa nak letak. haaaaa dari situ la terus ok TOBOT.
din kerbauuuu,panggilan dia di kampus. dah la datang lambat
jiji dan kyra.comel sangat anak dia. boolaat.
elma ni tido ke?elma dan firas (anak zura) bukan anak elma ye.
game dah habis.ni tengah tunggu penyampaian hadiah
niat asal masuk ni sebab nak ada penglibatan tahunan dalam penilaian SKT.dan tak adalah niat nak menang ke, sebab bukan hebat pun main. ke longkang juga.

ada juga kenang-kenangan untuk di bawa pulang.ewahhhhh!
tunjuk kat suami kita. dia kata wahhhh. ok la tu Top 10.  lepas tu dia cakap lagi kenapa kesembilan? okkkk....


Kejohanan habis pada jam 2.00 petang.lokasi utama untuk dituju adalah toilet. Ya Allah ramai sungguh bila keluar dari pusat bowling tu.pening jap.toilet pulak beratur.aduhhhhh.tekanan jap.sekejap je.;)

sebelum bergerak ke Kampus Tapah, kitaorang singgah makan di Nasi Vanggey Pusat Greentown, itu je yang senang & mudah.

Alhamdulillah sampai rumah jam 4.30 petang macam tu. disambut oleh ayahnya dan Muhammad Raziq yang sedang tidur.

ok sekian.

babai.

Friday 13 November 2015

Program Jom Hidup Sihat

Program Anjuran Unit Kesihatan Kampus Tapah yang diadakan selama tiga hari pada 
11 November 2015 - 13 November 2015 
adalah satu program yang memberi kesedaran untuk hidup secara sihat dan memberi peluang pada staf untuk membuat pemeriksaan secara PERCUMA.

11 November 2015
Perasmian oleh Dr. Mohd Azian Zabidi iaitu Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah.
Selepas perasmian, cabutan bertuah untuk Staf yang memiliki BMI Unggul. nanti bawah sekali akan tunjuk cara kira BMI ye. :). Excited tunggu cabutan ni, sebab saya adalah salah seorang staf yang memiliki BMI Unggul, tapi tak bertuah. tak apalah tak ada rezeki.

Kemudian di ikuti ceramah cara pemakanan dan kesihatan dari Dr. Unit Kesihatan Kampus Seri Iskandar dan Pegawai Kesihatan dari Klinik di Tapah.
Menariknya sebelum memulakan ceramah dari Pegawai Kesihatan dari Klinik Tapah, kami diminta untuk panaskan badan. best jugak senaman nya. senaman peguin nama diberi. comel je.

12 November 2015
Acara Senamrobik yang diketuai oleh En Zaki lebih dikenali Sir Zack, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan seorang lagi. Sangat mengujakan pertama kali senamrobik bersama beliau, Ya Allah lembutnya badan En Zaki ni.best.terkinja-kinja je kat belakang.nasib berdiri di belakang sekali.ada video, tapi segan lah.heehhehe.
sebelah petangnya saya pergi membuat pemeriksaan kesihatan.dan ini keputusan nya.
faham ke?hhehehehe. keseluruhan nya saya sihat.Alhamdulillah.
Tekanan Darah = OK
Kolesterol = OK
Gluko = OK
Uric Acid = OK
13 November 2015
Hari terakhir adalah hari dimana hari 10,000 langkah.kami berjalan mengelilingi kampus bermula dari Unit Kesihatan ke Fasa 1 dan mengelilingi bangunan Polis Bantuan patah balik ke Unit Kesihatan.Penat jugak wei!.tapi katanya tak cukup juga 10,000 langkah.
Dirasmikan oleh Dr Norhidayu Kamisan
cuaca pagi yang sangat memberi laluan untuk kami berjalan dengan selesa di iringi angin.Nyaman!
masa ni ramai belakang kitaorang lagi
dah nak dekat check point kitaorang yang terakhir sekali, hahahaha
Berikut merupakan cara pengiraan BMI.

BMI = berat badan (kg) / tinggi (m) * tinggi (m)

tapi lebih senang kalau ada skala ni. diberi oleh Pegawai Kesihatan Klinik Tapah.
Ketinggian = 163cm,
Berat = 50 kg
Jadi BMI nya adalah dalam lingkung 19

yeayyy sihat!!yeayyy.

oklah sekian untuk update blog kali ini.

Babai.

Thursday 12 November 2015

Aktiviti 4 hari cuti sempena Deepavali

Hai!
kali ni cuti yang panjang di manfaatkan dengan mengemas rumah. panjang ke?4 hari kira panjang la tu. sebab tak kemana kan.jadi terasa panjang la cuti tu.

nak mula kan mengemas tu Ya Allah malas nya.bila da mula wahhh best.kemas apa?sabtu kemas dapur.tagging peti ais.tagging barang-barang kering.Ala tak tangkap gambar.

ahad rehat.main guling-guling dengan raziq.tembak-tembak.ultraman.tobot la.raziq raziq.

isnin, mula la operasi men'sorting' baju-baju raziq dari baby sehingga la sekarang yang dah ketat sendat.

sebelum ni baju-baju raziq ni di letak lipat cantik-cantik dalam bekas dibawah ni.

3 bekas ni digunakan hanya baju-baju raziq.saiz bekas ni saiz paling besar.

jadi atas kerajinan dan fikir boleh jimat ruang lagi. bawa keluar semua baju raziq sorting ikut saiz yang tagging di baju.
 lepas tu masukkan dalam plastik yang saiz L beserta tulis tagging saiz di plastik tersebut.

 
malam perayaan Deepavali iaitu isnin di iringi bunyi mercun booomm booommm kedaboomm da siap packing mengikut saiz.

dan surprisely semua baju da siap tadi di letak kat dalam bekas biru tu balik, yang dari 3 bekas tadi, semua baju tu tadi boleh muat dalam HANYA satu bekas. amazing! 
seronok nya!lepas ni nak sorting apa pulak ye.hurmmm..