Nuiffnag Ads

Tuesday 31 December 2013

Sambungan............Rumah Terbalik

Assalammuailaikum & Salam Sejahtera.

ok. jom kita sambung cuti-cuti santai ke Sabah yo! ke Rumah Terbalik.

selepas balik dari manukan island. ku paksa kan jugak suami ku untuk ke rumah terbalik. tanya taxi dalam rm400 charges nye. ternganga kami!. jadi, kami decide untuk sewa kereta. pergi masuk balik di ticketing hall tanya sewa kereta. yang tinggal hanya kereta MyVi. kalau boleh kami nak kereta kecik je. ViVa ka, Kancil ka. tapi apakan daya MyVi yang tinggal. tanya harga sewa, rm150 + rm18 (insurans katanya). yang merumitkan, kereta kena hantar balik ke jetty keesokkan hari nya. kami decide kembali, balik hotel dulu lah. baru teringat dalam bilik hotel ada pamplet kereta sewa.

kami balik ke hotel dengan taxi. caj rm15. sampai di hotel jenuh cari pamplet kereta sewa tu sebabnye entah mana raziq main. dapat jumpa. telefon orang berkenan. still sama hanya kereta MyVi sahaja yang tinggal. kata kami sama-sama, orang yang sama ke?hahhahahaha. tapi yang ini bayaran murah sikit. rm130. yang pelik tak ada caj insurans. kami pun ok je. rumah terbalik punya pasal. (kata suami ku kapal terbalik ayang punya pasal xapla. apa da rumah terbalik la, nak jugak sebut kapal terbalik :P ).

dalam jam 0130pm kami dapat kereta. siap hantar kereta ke hotel dan dia akan ambil di hotel esoknya. siap bagi minyak 6 bar, pulangkan esok mesti 6 bar jugak. dengan berpandukan Google Maps di iPad, kami menerjah rumah terbalik, tamparuli. yang kelakarnya, daku yang menengok Maps, en suami yang drive. kerjasama yang bagus. raziq?apa lagi masuk kereta tido!. dari fahaman daku, Maps tu tunjuk jalan straight je. ikut je jalan tuaran by pass tu. tapi jalan punya jalan kami ada terjumpa 4 simpang. meor tanya, "kemana ni ayang?", dengan confident nye daku cakap, "terus je b, kan ayang da cakap tadi...terus je...ikut je jalan tuaran by pass ni".

selepas simpang terus tu, kami nampak papan tanda jalan tuaran by pass di sebelah kiri kami. hahahaha. kena bebel dalam kete. tapi bebel nye, tu la fikir kapal terbalik je. hahahahah. rumah terbalik la b. haduihhh!. akhirnya, meor yang tengok Maps sambil memandu. :)

dari bandar Kota Kinabalu ke Rumah terbalik dalam 45minit sahaja. dekat je. akhirnya sampai!. Rumah Terbalik ni terletak di tepi jalan je. kiri kanan depan dia adalah rumah orang. Tiket masuk cuma rm10 dewasa.



 
 


Mood raziq tak bagus. Baru bangun tido.
Mood sudah ok
dapat jugak daku pose macam lisa surihani. :). beza nya daku ada raziq!
info yang dapat dikongsi kan :
✔️Pertama di Malaysia & Asia Tenggara.
✔️kos pembinaan 1.2 juta
✔️bukan dibawah tanggungan kerajaan.
✔️didalam rumah, benda yang paling berat di terbalikkan adalah mesin jahit!
✔️semua di dalam rumah ini terbalik (tidak dibenarkan ambil gambar di dalam rumah sahaja, nanti kena caj rm100)

Datang sabah HARUS terjah!

Masuk dalam rumah ni nanti ada penerangan dari pihak rumah terbalik. banyak info yang mereka kongsikan. yang menariknya, ada sejarah kenapa dipanggil rumah terbalik. konon nya pada masa dahulu sebuah keluarga mempunyai anak yang sangat nakal sehingga mereka buat rumah jadi terbalik. lebih kurang begitulah kisahnya.

puas hati dapat pose macam lisa surihani. kami bergerak pulang. meor tanya nak ke kundasang ke, ke kaki gunung kinabalu. tengok cuaca tidak mengizinkan. jadi kami pulang. sempat kami ikut jalan ke jambatan Tamparuli.
ohhhh ini lah jambatan tamparuli...ohhhh :)
kami teruskan perjalanan pulang ke hotel. hujan. jadi kami cari makan didalam shopping mall. iaitu suria sabah. malam. aktiviti mengemas untuk pulang keesokan nya. 

malam tu raziq tetiba menangis tanpa bunyi hanya air mata yang keluar. ditanya kenapa, dia terus menyorokkan muka. sedih pulak ibu tengok dia. lalu ibu bukak kartun dia. mungkin raziq ada rindukan sesiapa. sudah tiba masa nya ibu bagi raziq teman bermain baru raziq tak bosan kan. :P (statement tak boleh blah!hahahaha).
salah satu kartun favourite dia. Charlie and the numbers!
salah satu yang daku kagum orang-orang sabah bawak kereta kalau berhenti di lampu isyarat ka, mereka akan berhenti di belakang line. yang paling terkejut dekat bulatan pun mereka berhenti dibelakang line. kalau kita kat sini udah kedepan kedepan lagi. kebanyakan yang nampak memang mereka akan berhenti belakang line. :)

flight balik 0255pm. kami sudah berada di terminal jam 0100pm. terus cari makan dulu. lepak, sampai pukul 0200pm baru masuk departure hall. ternampak elfira loy!. comel. kulit muka cantik. cakap meor, mesti dia pun nak balik KL, entah-entah 1 flight b. tengok-tengok betul. sambil tunggu boarding tu, sempat juga berwhatsapp dengan my kakak.
bila dia tahu adiknya seorang yang cengeng!
sepatutnya kami touchdown pukul 0530pm. atas cuaca tak baik, trafik tak mengizinkan, 0545pm kami touchdown. alhamdulillah selamat semuanya. 

masa nak ambil beg nampak lagi elfira loy. buat-buat tak nampak. hahahahhaa. akan tetapi perasaan daku tewas semasa menunggu abg ipar pick up, daku pergi dekat dia "boleh nak tangkap gambar?""boleh-boleh" jawab dia sambil senyum. taaaraaaaa.
agak-agak kalau jumpa rosmah mansor dapat tak tangkap gambar macam ni. hahahahaha
dalam banyak-banyak nama nape ko sebut rosmah mansor una?hahahaha. tak adalah joke aje. tak teringin pun. kalau Tun Mahathir, ada mengelupor jugak daku nak tangkap gambar simpan kenangan. :)

ok la sampai disini sahaja, percutian santai kami berakhir dengan penuh kenangan. 
bai bai sabah, till we meet again!
 in wish list, next trip krabi, sarawak, vietnam, umrah. tengok la apa akan jadi tahun 2014 nanti. hanya mampu memasuk kan dalam senarai tempat ingin pergi dulu.
panjang umur sampai la :).

terima kasih pada bos-bos ku yang membenarkan dan meluluskan cuti ku. kalau x, tak sampaila sini.

terima kasih pada kakak ipar dan abg iparku tempat transit kami. :)

terima kasih pada tiket tajaan, kakak sayang. konon hadiah perkahwinan kami dari destinasi ke Bali (kakak kata Bali susah cari makan), tukar ke Sabah. sampai 3 kali pinda tarikh. finally sampai juga.

terima kasih kepada suamiku yang sanggup mengikut kehendak ku. walaupun dia tak excited sangat sebab dia pernah pergi Sabah. sanggup ikut kemahuan ku nak ke 'kapal terbalik'. daku je yang terkinja-kinja sikit. apa-apa pun terima kasih b.

terima kasih juga pada anakku Muhammad Raziq. seorang anak yang alhamdulillah tak banyak ragam. ibu sayang raziq!

terima kasih semua!!! jom kita tengok gelagat gedik raziq dalam flight.






baibai. love from raziq. ;)

Monday 30 December 2013

Cuti-cuti Santai Ke Sabah Yo!

Assalammuailaikum & salam sejahtera & salam 1 Malaysia readers semua..

Salam 1 Malaysia tu tetiba ada sebab nye, kalau pergi mana-mana majlis formal pasti akan ada sebut "salam 1 Malaysia". hahahaha. ok. itu bukan lah main topik kita pada kali ini.

topik kita pada kali ini adalah cuti-cuti santai ke Sabah yo!. 

ok, daku ke sabah pada 23hb - 25hb disember 2013 lepas. perasaan? pada mula nye kami suami isteri malas nak pergi sebab mengalami minggu yang sangat penat bekerja dan mood bercampur baur dengan hal itu hal ini. kami sepakat kata "sampai sana kita duduk hotel je yang, kita tido je". dah penat kenapa pergi? sebab nye tiket da ada. rugi tak pergi. kakak i yang belanja tiket tu. terima kasih kakak sayang.

flight kami pada hari isnin jam 0755 am. kami sudah berada di airport seawal jam 0600am. 

raziq yang tak mandi. mood baik. bagus!
touchdown di sabah pada jam 1030am. terus ke hotel shangri-La di bandar Kota Kinabalu. dari airport mengambil masa dalam 15minit sahaja. kami menggunakan khidmat taxi. caj RM15. sebelum beratur ke taxi tu jangan lupa beli coupon nye di dalam terminal airport tu, ada satu caunter taxi. jangan terus pergi je kat taxi tu. kalau terus pergi dia akan tanya coupon ada?.

hotel dekat je. alhamdulillah boleh check in. sebab bilik da ada. selepas letak beg semua kami terus cari makan. lapo weyyhhhh! dari pagi tak makan. disebab kan perut kosong dalam flight pagi tu aku diserang mabuk. pening yang amat-amat pening. dalam hati cepat lah, cepat lah sampai.

selepas kenyang makan. kami sepakat tido puas-puas dulu. mesti korang kata rugi lah datang bercuti tapi tido je. hahahaha. dengan raziq sekali kami suruh dia tido. 

malam. kami keluar cari makan di sekitar pasar filipina berdekatan dengan pasar malam. kami makan ikan bakar. murah. pilih tempat makan kena berhati-hati. bersih & HALAL. kali ni kami hanya berjalan kaki. nak kata dekat tak jugak. nak kata jauh, jauh la jugak. tapi kami memilih jalan kaki. :)

raziq yang comot. raziq tak boleh pakai baju warna terang habis nampak air liur dia. :P
esok. 24hb Disember 2013, sesudah makan pagi, siap-siap untuk keluar. mula lah perjalanan kami. pertama sekali tempat kami tuju, manukan island. memang teringin nak kesana. sebab tengok orang pergi tangkap gambar, cantik je pulau tu kan. Tiket ke pulau RM23 dewasa. dekat ticketing hall tu nanti banyak kaunter boleh pilih, korang kena pandai memilih. ada setengah kaunter tu khidmat hantar jam 10.30 pagi, lepas tu khidmat ambil balik penumpang pukul 12.00 tengah hari. lamanye alahaaiii. kami pun beralih ke kaunter lain tanya. sebab tujuan kami hanya nak tengok-tengok dan jalan-jalan di pulau je bukan nak berkelah kat sana. jadi rasanya tak perlu la sampai tengah hari kan. tanya punya tanya, kami memilih kaunter sunny rise. khidmat bagus. jarak masa ambil penumpang berbaloi. masa seawal 1130am ambil penumpang.

dari hotel ke jeti RM15. dengar-dangar ada orang bercerita serta ada terbaca dalam blog nak ke pulau-pulau ni bot nye laju-laju. sampai lompat-lompat. mula-mula tu risau macam mana lah raziq nanti. tapi suprising, tak lah laju mana. tak basah-basah pun baju. santai je. alhamdulilah. pergi dan balik, kelajuan ok.


tido ke raziq?hehehehehe

 


ayah nye pulak...tido ke b oiii?
manukan island. kami jalan sepanjang kayu papan tu. melihat ke bawah, subhanaAllah, cantik sangat. 




sebelum dapat pijak pasir manukan island ni, kena bayar tiket masuk RM3 dewasa (tak salah lah). berbaloi bayar, sebab pantainya bersih! cantik!



i like pose raziq ni. "astghafirullahalazim, tak ada pakaian yang sopan ke untuk bersantai tepi pantai". hahahahaha
 


dalam 1115am kami perlu berada di tempat menunggu di jeti sebab kami memilih pukul 1130 am untuk pulang ke jeti.




untuk pengetahuan ada tiga pulau berdekatan iaitu manukan island, sapi island dan mamutik island. dalam perjalanan pulang, bot kami sempat singgah di sapi island untuk hantar penumpang dari manukan island hendak ke sapi island. sama cantik tempat nye. kalau anda hendak pergi ketiga-tiga pulau cuma tambah rm10 untuk dua pulau berikutnye. :)

ok. ok . ok. haaaa ada satu cerita, tak habis lagi ni. masa kami sampai kat jeti pulau manukan ni, mulut ni tak sudah-sudah cakap cantiknye cantiknye cantiknye. ayat pertama meor "kenapa macam xbanyak ikan je?". daku tak amik port soalan nye itu, sebab kita da tengok benda cantik je kan, buat apa nak pusing-pusing kepala fikir pasal ikan. hehehehee. secara kebetulan malam tu tengok berita, kejadian ikan bertaburan di Lahad Datu. semua yang berlaku atas ketentuan Nya. SubhanaAllah, Allahhuakbar!

bai bai manukan island. puas hati ku dapat tengok dengan mata sendiri.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
akan bersambung........rumah terbalik.

Friday 16 August 2013

Aidilfitri 1434

hari ini da masuk syawal yang ke 9, baru nak upload gambar-gambar raya. sangat ketinggalan!

huhuhuhu. pertama sibuk kerja, kedua sibuk kedai online una, ketiga sibuk menguruskan hal keluarga...nampak tak hal keluarga di tempat ke berapa?? sebab nye una ada pembantu..iaitu suami tersayang...terima kasih b..

raya tahun lepas beraya di kampung suami una...and suppose tahun ini beraya di kampung una pulak akan tetapi raya kali ini, tidak berapa seronok nye, ini adalah kerana, suami yang una cintai itu BEKERJA!! argghhhhh.. tak pernah tau lagi giliran rumah keluarga una, suami una, betul-betul ada di pagi raya...sedih! tapi tak apalah...macam budak kecik pulak nak terasa macam tu kan...

ok, ini gambar raya pada syawal ketiga. tahun ni tak sempat nak bergambar dengan ibu...tapi seronok nye ibu masak laksa...sangat SEDAP!!
In Sha Allah tahun depan masih ada untuk semua orang...

raziq with pak long

ohhh atok

hurmmmm nak lemang!

kakak, icha & ayah




mat alip

ini adalah tahun dimana gambar pertama complete semuanya


raziq yang hensem

raziq yang sebijik muka ayah, perangai ibu. baik sangat :P

the jaspal's girl!

hahahahah mat alip mat alip

sekian sahaja gambar untuk tahun ini.