Nuiffnag Ads

Friday 9 February 2018

Krabi, Thailand 28-31 Januari 2018

Hai everyone!

kali ini jom kita share #cuticutithaipusam kita di Krabi, Thailand.

percutian adalah selama 4 hari 3 malam. 28 Jan - 31 Jan 2018. dirancang pada awal Jun 2017. dan percutian kali ini tidak mengambil pakej secara keseluruhan. hotel cari sendiri. transport cari sendiri. makan pun cari sendiri. pada asalnya mungkin nak rasa murah. rupanya bila sampai di Aonang tu BARANG-BARANG dan MAKANAN mahal. ber hu hu hu hu hu sekejap. 


hari pertama (28 Jan 2018 | Ahad)

dengan menaiki Air Asia  the World's Best Low-Cost Airline yang telah di book pada bulan Jun 2017. masa pergi memang sengaja amik waktu pagi jam 7.10 pagi. makanya, berada di KLIA2 pada jam 4.30 pagi. sampai di sana 7.30 pagi waktu Krabi. waktu kita berbeza dengan krabi adalah dalam 1jam 20minit.
bercuti kali ini dengan my kakak ipar sekeluarga.  dan kami decide untuk pakai passport by group. sebab murah. satu passport by group tu RM200 boleh seramai 20 orang. 

DISINI ingin ditegaskan. JANGANLAH pakai passport by group ye. payah sangat kome. nak lepas dari imigresen tu Ya Tuhan. kat Malaysia pun payah ini kan pulak dah sampai Krabi. Ya Tuhan. memang pertama dan terakhirlah pakai passport by group. lepas ni sediakan je sorang satu passport. senang.


Mudahnya passport by group ni bila manual checking dokumen di pintu masuk GATE. payahnya bila sampai di kaunter imigresen. Ya Tuhan memang xnak dah lah buat passport by group ni.


ok dah. kita sambung kesengsaraan di kaunter imigresen di dalam memori ingatan sahaja. hehehehe.


sampai je di krabi perkara pertama adalah beli simkad untuk call dan data. oklah murah berbanding beli di Aonang. di airport 200baht. di Aonang 300baht. sambil proses tukar-tukar simkad, tanya pakej-pakej island hoping yang ada.

atas sebab ada membaca blog pada yang pernah pergi katanya pakej-pakej island hoping ni better amik di area Aonang. murah sikit katanya. so kami decide ke hotel dulu. 
sementara tunggu untuk check in kami drop kan dulu bag-bag di hotel. then jalan kaki untuk mencari-cari aktiviti yang seterusnya. sambil jalan nak ke jalan besar dari hotel. ada tut tut tegur kami, kami pun suruh je dia berhenti. bila dia tanya kami nak kemana then kami suruh dia wat suggestion habis keluar satu buku dia tunjuk tempat-tempat yang boleh kami lawati.
keadaan dalam tut tut. tut tut ni ada speaker yang memboleh kan kita cucuk kat handphone/ipod untuk kita dengar lagu apa kita nak. hari tu suami kita pasang radio era.fm melalui web.
first pit stop kitaorang is, elephant safari. tak jauh pun. dalam 10-15 minit jugak. naik tut tut kan.
kitaorang bayar entry untuk tengok baby elephant show. lepas baby show baru bergerak untuk ride elephant. 
raziq tiada dalam pic kerana menangis! takut. kesian anak ibu
disebalik gambar ni terungkap satu cerita dimana abg yang depan tu namanya AIM. katanya dia tiada keluarga. keluarga dia hanya gajah. yang namanya KUN. dia train gajah ni bermula umur 3 tahun sehingga sekarang dah 10 tahun. kalau dia bohong. tertipulah kita. ;). gajah yang kitaorang naik ni nakal sikit. dia suka tak ikut jalan yang gajah-gajah lain lalu. konon nak adventure la. lopak air pun dia lalunya. gajah lain semua lalu tepi lopak air. apa-apa pun pengalaman menarik dapat naik gajah.
nasib raziq ok masa naik gajah. selesai naik macam biasa ada jual gambar-gambar kita bersama gajah. suprisely harga dia murah berbanding kalau kat Malaysia. 150baht sajo. duit kita dalam rm18 macam tu. kalau kat Malaysia paling murah pun yang pernah kena rm25, itu pun pic kecik yang leh lekat kat pintu peti ais tu.

pendapat kita lah kan, better jual je murah macam ni dari tak ada orang nak beli kan. (*penting ke pendapat ko una oiii.hahahahaha).


habis di sini bergerak untuk cari makan lapik perut sikit. makan di area kedai fossil beach. dekat sini mahal makanannya kome. 


kemudian gerak ke 7Heaven. panasssss. tak sesuai ke 7Heaven waktu tengahari. tempat nya memang menarik tetapi nak nampak lagi menarik kena lah mendaki bukit yang memacak. 7Heaven ni ada taman tema air sesuai lah bawak budak tapi bukan lah waktu tengahari rembang tu. 100baht untuk dewasa, 50baht untuk kanak-kanak. dan 7Heaven ni sangat cantik untuk bergambar setiap sudut. serius! sebab kan kami panas dan penat. so masuk gitu je lepas tu balik ke hotel.



ada review blog sebelum ni. 7Heaven ni cantik bila pergi waktu petang nak ke malam. tak apalah tujuan utama ke Krabi adalah Lauttttt. balik hotel rehat kan badan. malam keluar untuk ke night market in Krabi Town. mahal nya transport nak ke Krabi Town 1500baht. so jenjalan je area Aonang tu. try pankek. betul la memang sedap. i choose pankek nutella.
cantik gilerr ;P
sekali abg ipar dapat transport area Aonang untuk ke Krabi Town 800baht je. ok la terus ke night market. orang kata area night market ni barang-barang untuk souvenir murah-murah. malangnya nasib tak menyebelahi kami lagi. Hujan turun dengan lebat nya. siap pakej banjir lagi kome. 
hujan tu kan rahmat Allah. so we keep smile. mengada-ngadanya raziq tu. 
makan malam kami di Kedai tepi jalan, Madina Halal Food. abg yang bawak van tu bawak kan kami ke Madina Halal Food ni. oklah. sedap je. dan harga tak mahal tak murah.  sudah kenyang balik ke hotel cari pakej untuk island hoping dua hari yang mendatang ni. dapatlah pakej hari kedua ke Phi Phi Island, dan hari ketiga ke 7 island.

hari kedua (29 Jan 2018 | Isnin)

bermula la perjalanan kami mencari pasir lauttttt untuk raziq. heheehehehe. tak sudah-sudah dia nak pasir nak main tepi pantai. selagi tak jumpa selagi tu lah. merajuk + mengamuk semua adalah. untuk hari kedua gerak awal sikit. jam 10.00 pagi tunggu di hotel untuk ada agensi pick up kami. 
yang kanan sekali tu ketua group kitaorg. lupa sudah nama dia. sorry. hehehehe. ada taklimat sikit, hal keselamatan, tepati masa dan lain-lain. kalau dah pergi group ramai macam ni (30 orang macam tu satu boat), tepati je masa. rasa tak boleh nak tepati masa atau nak private sikit sewa je satu boat korang-korang je.


ohhh ye. sediakan duit untuk bayar entry untuk national park tau.
perjalanan ke phi phi island mengambil masa 45 minit macam tu. pit stop pertama kami adalah Poda island. so cantik!!! 



bila da dapat apa dia nak. suruh senyum tengok camera. mudah saja.
raziq da berat ye ayah?
setiap hentian diberi masa. so cukup masa kami pun bergerak ke boat. destinasi seterusnya Maya Beach Island. katanya sini memang tempat hot spot ramai orang. salah satu filem Hollywood pernah menjalani penggambaran di sini. dan memang ramai sangat. penuh. meriah.
Cantik!

hentian seterusnya adalah phi phi island. perut da lapar. makanan di sediakan di dewan makan. berjalan sikit ke sana. makanan yang di sediakan ok. sedap saja. phi phi island ni tak ada apa sangat. dia lebih kurang macam teluk nipah, Pulau Pangkor. 
sini hospital pun ada. kecil je. ATM pun ada. gerai-gerai makan pun ada. masjid pun ada. habis makan gerak ke boat untuk hentian seterusnya snorkeling. 

untuk aktiviti hari ini pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. pukul 5.00 petang macam tu, kami pun kembali ke tempat naik boat pagi tu.


sampai dihotel raziq sperti tak puas main dengan pasir tadi. jadi kami pun berjalan ke pantai Aonang. sehingga sunset. tak sangka rupanya ramai yang tunggu untuk melihat sunset. duk sibuk tengok raziq main pasir tak sedar sekali pandang belakang penuh orang duduk atas jalanan tu untuk tengok berapa ajaibnya ciptaan Allah ni iaitu sunset.



hari ketiga (30 Jan 2018 | Selasa)

aktiviti hari ketiga adalah ke 7 islands. hari ketiga ni bermula jam 12.00tengahari sehingga pukul 8.00malam. jadi pagi tu, kami sewa motor pusing-pusing Aonang tu. pakai waze je pusing-pusing tu. cari souvenir sikit-sikit. dan cari makan pagi.
bila dengan ayah raziq ni. kemana-mana suka beno dia tengok paip-paip air. kalau jalan tu basah dia yang sibuk kata "ni bocor ni". entah la kome. tu belum dia jumpa tangki air.
bila kita baca blog, derang semua suggest suh rasa teh ais. dah banyak kedai pergi. tak jumpa yang ummmphhhh. restoran dekat dengan rumah lagi ummmppphhh tapi baru semalam pergi udah tutup pulakkkkk kedai tuuuu.
ni area fossil beach. hari ketiga pergi lagi konon nak tengok fossil tu. sekali ada makcik jual baju area sana bagitahu fossil tu tak nampak kalau pagi-pagi ni. elok datang petang sikit. nak masuk tu pun kena bayar entry nya.
untuk hari ketiga ni kami guna pakej Mariam & Travel Tours. dan menggalakkan kalau datang ke Krabi ni pilih lah pakej Mariam & Travel Tours ni. memang ok. jom layan pic hari ketiga pulak. oh ye. sesampai di jeti kena bayar untuk entry national park. kenapa lah derang tak kira sekali dalam pakej kan. buat nya pergi tu tak bawak duit. bayaran entry ni untuk kerajaan Thailand katanya.
tunggu kakak-kakak dia siap.
comel je gendong cangkul-cangkul dia tu.
berjalan ke jeti
Panas kome
memang suka betul dia dengan pasir
ibu sayang raziq

tahu lapar ye raziq. nasib bawak bekal biskut & air
itulah boat kitaorang. masa ni kami di transitkan ke Long Tail Boat. untuk ke satu pulau situ yang banyak batu-batu. Long Tail Boat jugak digunakan untuk bawak kami ke satu lagi pulau untuk lihat sunset sambil menjamah makanan.
dah tak nampak sunsetnya
ini adalah gambar selepas puas terjun di kedalaman laut dan feeling yang sedikit sedih sebab esoknya sudah mahu pulang.
pemandangan nak ke malam.
kemuncak percutian kali ini adalah turun di laut pada waktu malam gelap, lampu boat semua di tutup dan hanya berpaut pada tali.

tujuan lampu semua ditutup adalah untuk melihat sejenis organisme iaitu plankton. cara melihat nya. lampu ditutup. gelap semua. dan sebelah tangan digunakan untuk kocak di dalam air. sebelah lagi kita pegang tali yang disediakan supaya kita tak hanyut terus ke Malaysia. hahahahaa. masa tu akan lihat plankton ni. plankton ni dia bercahaya. sekecil macam sebutir pasir. banyak.

habis sesi tengok plankton siapa yang nak berendam-rendam diberi masa kemudian bergerak pulang.

sesampai di Jeti, kami dihidangkan teh o panas dan fireshow. selesai fireshow kami dipanggil mengikut hotel memasing untuk naik transport yang disediakan.
joget-joget pulak dia

hari keempat (31hb Jan 2018 | Rabu)
bangun pagi siap-siap packaging baju-baju. ada masa lagi jalan-jalan sekitar Aonang cari lebihan souvenir untuk dibawa pulang dan cari tomyam untuk hari terakhir.

kemudian balik ke hotel, kenderaan ke Aiport sudah sedia menunggu, return balik motor dan terus bergerak ke airpot. untuk keselamatan korang, disarankan jangan letak POWERBANK di dalam luggage yang hendak di check in. carry naik atas. kejadian semasa tunggu untuk departure. nama abg ipar dipanggil. rupanya dalam luggage derang ada POWERBANK. nasib luggage tak kena tahan. ada toleransi juga orang Thailand ni. Thank you.


nampak tak raziq kepit apa? dia dapat paw ayah dia masa di Aonang. mahal juga. ate dipejam kan jelah mata supaya dia mood ok ok saje. sibuk pakaikan boat dia belt sekali. bila xmuat duk bising-bising tak boleh. ibu jugak betul kan.
Alhamdulillah percutian yang sangat best. ketenangan yang dapat bila melihat kejernihan air laut, putih nya pasir, angin laut menempa muka, bunyi-bunyian ombak yang tenang.

Terima kasih to ayah raziq penuhkan tick wishlist ibu dan raziq. (sebenarnya ibu dia je. hehehehehe). next, nak target Lombok pulak. boleh tak ayah? ;P


tips dari kita untuk korang
*jangan buat paspport by group
*better amik pakej terus je dari Airport. sebab ritu bila wat perbandingan Airport lagi murah dari area Aonang
*kalau nak travel sendiri tanpa pakej, pergi elephant safari pagi. kemudian pergi ke area-area sana ada banyak tempat boleh singgah. 
*untuk fossil beach pergi waktu petang sikit, kemudian terus lah ke 7Heaven tu. situ ada waterpark. 7Heaven sampai ke malam bukak.
*yang penting sentiasa sediakan duit. pakej ke island ni kekadang depa tak masukkan sekali entry national park.
*makanan jangan risau, sana banyak kedai halal.
*dan terakhir, powerbank jangan letak dalam luggage ye.
-tips ini hanya kita share dari pengalaman kita. lain orang lain pengalaman nya.

sekian entry kita untuk kali ini. moga diberi rezeki yang murah untuk menggembara lagi di bumi Allah ini. mana tahu ada rezeki mengerjakan Umrah pulak kan. siapa tahu. inshaAllah. dengan izin ALLAH.

22 comments:

  1. paker apa yer? pulau? *better amik pakej terus je dari Airport. sebab ritu bila wat perbandingan Airport lagi murah dari area Aonang

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej pulau.dan pakej transport.

      Delete
    2. Boleh saya tahu harga utk 7 pulu

      Delete
    3. alamak maaf.lupa.huhuhu next time mungkin saya perlu note setiap budget yang dikeluarkan.hehehehe

      Delete
  2. Hari kedua guna pakej ape? Boleh share tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari kedua tu kami guna full pakej dr dia amik kat hotel sampai la balik, makan semua. depan hotel kami tu, ada kedai urut dekat2 situ ada yang kiosk yang provide pakej2 ni.

      Delete
    2. pakej ke phi phi hari kedua tu berapa ya? dan dari mana dapat pakej tu?

      Delete
    3. tak silap saya tak sampai rm100. pakej tu dapat area2 hotel yang kami menginap tu.

      Delete
  3. Nk Tanya total kos utk pakej 4 hari 3 mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..total cost ni tak pernah pun nak kira details.kalau saya bg anggaran boleh kan?dalam rm4k++ untuk 3 org inc flight semua2 la.

      Delete
  4. dkt krabi,hotel mana sis bermlm

    ReplyDelete
  5. Nice sharing & terima kasih juga untuk tips-tipsnya. Nice photos by the way! ��

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsi tips ni, memang terbaik percutian ke Krabi cik, gambar-gambar pun menarik.

    ReplyDelete
  7. hi sis, boleh tahu tak berapa bajet sis bawak ke krabi tu? i means bajet untuk sorang je bukan sekali anak dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nurain..i bg budget dalam anggaran je ye sis..sebab i totally lupa sgt..hehhehehee..untuk sorang dalam rm500 je tak termasuk hotel dengan transport or nak ke pulau tu tau...

      Delete
  8. tq2 very much dengan maklumat... nak bertolak ke krabi sat lagi... riki2 terjumpa blog ni... sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...ala..dah terlambat nak say have fun...hehehehe..tq membaca

      Delete
  9. hi sist boleh boleh tak nak tahu..ambik tuk tuk ke elephant tracking tu berapa dia cas ?

    ReplyDelete