Nuiffnag Ads

Tuesday 7 May 2013

PRU 13 (Pilihan Raya Umum Ke 13)

Assalammuailaikum dan selamat sejahtera untuk pembaca semua.
 
PRU 13 baru je berlalu. 

Ingat lagi masa apply untuk jadi kerani undi. Masa tu bulan 3,2011.
Dipanggil taklimat sebanyak dua kali. pertama pada bulan 6, 2011 dan kedua bulan 11,2011. 
Masa tu tengah pregnant kan si baby muhammad raziq.
Punya la risau tak sempat jdi kerani.sebb nye due bulan 3,2012. takut dalam pantang masa tu.
Dijangka mengundi masa tu bulan 4,2012.
 
Dapat kira tak brapa lama negara kita nak membuAt keputusan untuk umum tarikh undi.

Akhir nye 5.5.2013 berlangsung nye PRU13 dengn rasmi nye.penantian suatu penyeksaan.
Dapat jua menjalani khidmat sebagai kerani undi.
tugas saya sebagai kerani ke 2, calit jari orng. saya tahu mesti ramai tak puas hati saya calit 
jari mereka. sebab comot.Hehehheh.

tengok meja daku, comot!
Sepanjang pengalaman satu hari menjadi kerani undi di sek ren agama al munir,sg bugis 
teluk intan (hujung teluk intan,line pun tak Ada!!) amatlah manis belaka.

Seronok dpt satu tempt ngn en suami. En suami kerani 3.dengan kata lain tukang koyak 
kertas undi je. 
 
memang tak suka bergambar mr meor ni
 Jam mula pukul 8 sampai la pukul 1.30ptg kami tak bergerak dan tak bangun2 dr tempat 
duduk masing2. Ramai beratur. Kami cuba melakukan tugas secepat mungkin sebab 
kesian tgk mereka beratur panjang. Panas pulak tu.
 

 Tapi ada part yang menyentuh hati, apabila melihat orang2 tua yang uzur, sakit tetap 
menjalankan tanggungjwb mereka. Ada jugak mencuit hati,tanya kami yang mana nak 
pangkah. Adehhhh.

Macam2 gelagat. 

Penat. Memang sangat penat. Berlengas badan jangan cakap la.cuaca panas!.
rasa mcm nak pergi SPA je. 
 
Tepat pukul 5 pintu tutup. Kami mula mengira undi. 
Dimulakn dengan negeri. Semua berjalan lancar sehingga bahagian perlimen. 
1 undi kurang, tak tally. Cuak weyhh. Dlm kpala da pk Ya Allah lambat le balik lagi.
tapi kami terus kan, bila di kira balik ada pulak 1 undi yng tak cukup tadi tu.
Alhamdulillah selesai,walaupun kami kawasan paling last peti undi tiba.
 

 Rindu ngn raziq jangan cakapla.rasa sedih masa amik dia. Sebab seharian tak dengan dia. 
So, esok nye isnin amik cuti sendiri utk menggantikan quality time bersama raziq.
 



 Apa2 pun segala nye telah berlalu. Dari penantian hingga la saat nye tiba.
hari ini bermula la parti2 yang berkaitan untuk berkempen PRU14 pula. 
pada yang janji haruslah ditepati. Setiap orang ada pendpt nye tersendiri. 
 
Seperti saya, saya pun ada pendapat sendiri. Melihat orang2 tua yang lahir pada zaman 
seblum kemerdekaan seperti mengerti apa yg mereka mahukan. 
Mereka mahu mengekalkan tanah melayu kita. Bak kata seseorNg,
 "bukan sokong PM, tapi sokong perjuangan UMNO".

Tapi sebenar nya, jika kita beri peluang pada "ini kali lah", kita tidak perlu takut tentang
hilangnye tanah melayu kita, sebb kita masih mempunyai RAJA2 MELAYU. pendapat sahaja.

Rakyat mahukan bukan "semuanya FREE", kalau semua FREE pelik juge, 
(tapi tak mustahil juge kan) tapi biar berpatutan. Dan semua mampu. 
Jangan yang kaya semakin kaya, yang miskin bertmbah miskin.

Maaf jika tersalah cakap, yang baik semua dari Allah , yang buruk dari saya.