Nuiffnag Ads

Thursday 4 January 2018

Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh Perak

hai semua!

rasa macam dah lama tak berkarangan berpuitis bermadah helah.heeeeee.duk tiup tiup habuk ni.maklumlah dah berhabuk blog ni.

ok.jom kita share pengalaman masuk ke MAPS. 

31.12.2017

Waktu Operasi
ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang

SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam 

mengikut perancangan memang kami nak masuk awal jam 10.00 pagi tu. tapi disebabkan membawa anak kecil. kena ikut mood mereka (sabor je la). anak kecil ni, bila dah cakap nak pergi satu tempat tu memang kena terus tuju ke situ. tak boleh la nak singgah makan ke, apa ke. dia punya emosi, hamboiiiii dia. hehehehehe.

jadi pagi tu kami decide sarapan. sarapan yang mudah dan cepat. berdekatan je dengan MAPS tu. 

nampak tak ayahnya berkerut dahi.tengah memujuk si raziq turun breakfast
jenis raziq ni, kalau dia dah pergi satu tempat atau tempat yang tak biasa bagi dia, seharian tu memang dia tak akan makan. 

ok harga tiketnya 
tiket - RM 100 (dewasa), RM90 (kanak-kanak)
*tiket dibeli adalah secara berkumpulan tu yang dapat murah gitu.
*tiket dibeli pada tahun 2017
untuk pembelian tiket memang mudah beli secara online dan print e-pass untuk mempercepatkan proses masuk ke theme park ni. tak perlu ke kaunter untuk pembelian tiket. kalau waktu orang ramai jenuh juga untuk menunggu. so adanya e-pass ni terus tuju je ke pintu masuk.
satu-satunya family potrait yang boleh di print dan di gantungkan didinding bagi tahun 2017 😆. dengan harapan tahun hadapan dapatlah pic tudung senget sambil dukung baby. hehehe.


raziq with pakshuu. habis hati pakshuu dia ngikut



muka macam gitu sebab tak masuk-masuk lagi ke dalam MAPS sebabnya, menunggu lagi dua orang sepupunya
menunggu lagi dan terus menunggu. ceh ceh ceh
dalam jam 11.30 pagi muncul la dua sepupu raziq. alip dan icha.
terbalik tu anak oiii. 😂
MAPS juga menyediakan perkhidmatan sewa stroller, rain cover dan electric vehicle. untuk dua kanak-kanak manja tu, kami pun menyewa rain cover yang boleh memuatkan mereka berdua.

Harga sewa seperti berikut :-

tinggalkan IC card di kaunter sewa
e-pass tadi tu di scan yang dibantu oleh staf MAPS. thank you.
tapi sebelum  melepasi gate ini. segala beg akan di check supaya tiada makanan dan minuman di bawa masuk.

mama chik raziq ni flawless sangat muka dia tau. dan make up adalah hobi dia 😆
bermula la adventure kami. hehehehehe.

cuaca sangat redup hari tu. seperti nak hujan. alhamdulillah bila petang sikit jam 5.00 petang baru hujan turun. jadi sepanjang hari cuaca ok sangat.

ok ok pun, tetap ketiak basah. hahahaha. tapi i ada standby kipas kecik dah siap cas malam tu.

berjalan masuk tu nanti akan terpinga-pinga sedikit. tapi terus je berjalan sehingga nampak papan tanda show schedule untuk memudahkan section mana yang perlu pergi dahulu. dan boleh je tanya petugas yang ada. mereka ada di merata-rata tempat dan sangat friendly.
Show Schedule
waktu kami masuk tu, the smurfs theater baru nak bermula pukul 12.00 tengahari, jadi kami tuju ke sana dulu. semasa berjalan, tengok kiri kanan bangunan yang ada di Center Stage sangat la cantik. warna warni. rasa macam setiap sudut nak bergambor. hehehe.

dari jauh kami nampak smurfs, di lambai-lambai nya. apa lagi, lambai balik dan stop untuk bergambar. raziq macam sedikit takut. dua sepupunya elok je.


berjalan sehingga sampai di perkampungan smurfs (konon nya lah), sementara menunggu show smurfs start kami bagi anak-anak ride car dalam partyland ni. walaupun ride car je tapi fun untuk kanak-kanak. itu pun untuk kanak-kanak yang ketinggian tidak melebihi 100cm ke atau 150cm macam tu (lupa) baru boleh ride. bukan apa nanti takut lutut terkena stereng menyukarkan untuk pusing stereng tu nanti. selain ride car ada contoh rumah smurfs dalam tu. comel-comel belaka. rasa nak kunyah-kunyah.



masuk dalam theater keadaan adalah gelap dan sejuk. raziq mula muka semacam. show bermula. tidak dibenarkan take photo dan rakam video dalam theatre tu.

The Smurfs Theater - enjoy dan fun.

habis theater tu bergerak ke outdoor game di mana untuk kanak-kanak ketinggian 120cm ke atas boleh ride.

Space X-plorers - edak le kome. takut muntah. so duk tepi je dediam. tengok deme-deme ni menjerit. hahaha.





Asteroid Attack - pun tidak. diterbaliknya kita. tak apala. tengok je la yang lain naik.
dan akhirnya ibu cabar diri ibu dengan menaiki Hyperspin! iaitu buaian pusing-pusing. rupanya percaturan ibu salah. itu lagi pening. turun dari buaian muntah ohhh tak adalah sampai muntah. cuma pening-pening sahaja. (pic xad - lupa nak amik).

Hyperspin - boleh lah.

selepas tu gerak ke game langgar-langgar kereta. enjoy dan menyeronok kan untuk kanak-kanak. tapi yang over nya orang dewasa. hehehe.

habis semua outdoor game sebelah sini. kami bergerak ke center stage untuk masuk ke Boboiboy Hero Academy. ok dekat sini, anda akan di minta untuk masuk ke satu hall ke satu hall. hall pertama, kita akan di minta untuk membuat aksi dan melihat kamera (macam CCTV). hall kedua, competition untuk kanak-kanak di tengah-tengah hall (soalan simple). dan hall terakhir iaitu ketiga, adalah tontonan movie pendek hasil gabungan aksi yang telah di rakamkan tadi. jangan terkejut aksi ibu bapa pun ada dalam movie pendek tu. 😍

hall pertama dan hall kedua tu mereka akan panggil kanak-kanak yang volunteer untuk membuat aksi seperti yang mereka minta. dan kedua-dua hall tu, si alip dan raziq adalah kanak-kanak yang paling girang ke depan menyerah diri.

Boboiboy Hero Academy - menarik dan sangat kreatif!

keluar dari Boboiboy Hero Academy ni, terus ke Boboiboy 4D Adventure Theater. berhadapan je dengan Boboiboy Hero Academy tu je. dekat sini, hall dia macam pawagam. sebelum duduk diberi cermin mata 4D. 

Boboiboy 4D Adventure Theater - best. kerusi bergerak-gerak. ada percikan air sikit. tapi tak basah la, ok je.

perut pula terasa lapar. sebelum bergerak ke Stunt Legends Arena jam 2.30 petang, makan dulu di restaurant yang ada. banyak restaurant tersedia. sedia juga lah duit lebih, lebih dan lebih. Nasi Ayam rm18.00. air mineral rm3.50, 600ml.
ini restaurant tau. tiga tingkat dalam ni.

selesai makan berlari-lari anak ke Stunt Legends Arena. sebab tak nak ketinggalan punya pasal. digalakkan duduk di atas, supaya asap geseran tayar tidak kena kita.





   
keluar dari stunt legends arena tu bergerak ke fantasy forest di mana game-game outdoor untuk kanak-kanak riang. banyak juga yang ada dalam tu. naik la mereka ke setiap game yang ada. kecuali Megadrop junior. alahai comel je tinggi nya tak setinggi Megamind yang tak bukak lagi tu. memang untuk kanak-kanak. tapi masing-masing tak nak naik da.
tak tahu la siapa yang kanak-kanak sebenarnya
selesai disini. bergerak la ke center stage untuk melihat kembali setiap sudut yang belum diterjah. ohhh ye, sepanjang hari center stage tu meriah dengan show-show yang ada. sementara tu, ada background yang cantik stop tangkap gambar ala-ala kau tu cantik. hahahahaha.
susah nak bergambar dengan ayah raziq ni sebenarnya.
dia layan kan aje

shawl pun udah nak kebelakang bila da petang
toilet dan surau disediakan. cuma signage arah toilet tiada. makna anda kena melilau sikit mata tu. hehehe.

dibawah adalah koleksi pic selepas keluar dari toilet dan sementara menunggu ayah raziq memberi maklumbalas mengenai theme park MAPS ni.




 kami pun ingin bergerak pulang. akan tetapi, bermula la tantrum ketiga-tiga anak kecil ini. alip, raziq dan icha. amboi depa. tak nak balik. hentak-hentak kaki naaaa.

lalu kami pun pergi lah masuk ke Coral Kingdom disebabkan hujan mulai turun renyai-renyai. Coral Kingdom ni ala-ala mainan dalam mall kat luar tu.

i suruh dia pose ala-ala che ta. ni hasil nya.



dan kami akhiri adventure kami dengan lompatan kegirangan. 
Keseluruhannya bagi saya sebagai anak jati Perak, berbangga dengan tarikan yang ada ini. ia sangat menyeronokkan dan mengujakan.  

*This review i share for those yang first timer like us masuk theme park MAPS ni