Nuiffnag Ads

Monday 11 January 2016

Restoran Sri Tanjung Tualang

hai

nak share tempat makan baru yang sedap. mungkin tak baru pada penduduk setempat Tanjung Tualang tapi baru bagi kami. ;)

selalu nya kalau balik ke Batu Gajah (rumah mertua) dari Teluk Intan laluan kami memang ikut ke Tanjung Tualang.

sebelum ni kalau lalu Tanjung Tualang tu tempat popular makanan kat situ Mee Udang Galah Tanjung Tualang yang dekat selekoh tu kan? kan? kan? (tapi sekarang dah pindah ke deretan kedai baru di sebelum selekoh) deretan kedai belah kiri kalau dari pekan Tanjung Tualang.

tujuan balik kampung kali ni nak hantar motor ayah mertua ke pasir pinji, pasir puteh, ipoh untuk tambah 3 roda pada motornya (OKU).

ok jom nak kongsi mengenai Restoran Sri Tanjung Tualang.

Restoran Sri Tanjung Tualang ni betul-betul terletak nya di tengah-tengah pekan Tanjung Tualang. hadapan Restoran tu pasar tak salahnya lah. ;)

Restorang Seri Tanjung Tualang ni konsepnya sama macam Restoran Hj Sahrin Low di Ipoh. Chinese Food.yang penting HALAL.

dekat pintu masuk Restoran tu terdapat besar logo HALAL nya. macam i senang je, i percaya pada logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. kalau tak ada logo tu memang was-was lah. bila was-was tu jangan lah nak makan.
sambil tunggu order sampai, kami dihidangkan dengan ini.tapi jangan ingat free tau kacang tu
sedap. *bearbear raziq sibuk interframe
 ok nak tahu kitaorang order apa? taraaaaaaa.....bil di bawah. kitaorang ambik semua saiz kecil. tu pun banyak untuk tiga orang makan. tapi boleh bungkus kalau tak habis. ;)
harga = oklah not bad
tempat = ok. bersih. selesa
makanan = sedapppp (i suggest sotong masak telur masin tak salah nama menu tu, empat jenis kacang, isi ikan kerapu...nyum nyum nyum)
servis = ok.

pada penggemar makan.sikit-sikit makan.try lah tempat ni. :)

sebelum sambung perjalan pulang singgah di gerai jual air di tepi jalan berhadapan Pejabat Pos Tanjung Tualang. White Coffee nya kalah starbucks (hahahha boleh macam tu?) erti kata lain sedap.murah.
tak sempat dan tak teringat sebenarnya nak tangkap gambar sweet kami bertiga naik motor dari Batu Gajah ke Ipoh sebagai kenang-kenangan. paling HAPPY Muhammad Raziq. dia memang suka naik motor.

lepas hantar motor macam biasa tiap kali balik ke Kampung,kami akan belikan barang-barang (stock) masak untuk ayah mertua. kali ni pergi sekali ke TESCO Pengkalan.
tengoklah Muhammad Raziq tu dah pening nak pilih yang mana.tapi dengan Raziq ni dia faham dan pandai. bila da dapat satu barang tu offer barang kedua, dia akan cakap tak nak atau dia akan tukar dengan barang yang pertama tu. dia akan pilih satu sahaja. tapi...................................nak tunggu dia pilih tu...............lama juga. dia tengok, tapi dia tak pegang. dia tengok jeeee....sehingga lah kita pegang baru berani dia pegang. kalau tak dua tangan kat belakang. itu lah Muhammad Raziq.

sekian.
:)


No comments:

Post a Comment