Nuiffnag Ads

Thursday 30 March 2017

LIMA'17

hai,
taip tajuk pun dah excited nak cerita pengalaman first time untuk ibu dan raziq, second time untuk ayah raziq tengok LIMA.
pertama,
LIMA stand for Langkawi International Maritime and Aerospace

kedua,
rancangan pergi tengok LIMA ni bukan lah last minute sebenarnya. ia dirancang rapi oleh ayah raziq sebagai tanda hadiah birthday raziq yang ke 5 tahun.kebetulan LIMA dibuat pada bulan Mac iaitu waktu cuti persekolahan.


ok.sebut cuti sekolah bermakna segala tempat perlancongan akan padat.hendaklah tuan-tuan dan puan-puan buat persediaan yang cukup terlebih awal.dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi hari berpadat-padat.hahaha


macam biasa.ayah raziq yang rajin review hotel homestay car rental ni.ibu pulak tau komen.ish tak cantik la hotel ni.ish jauh la.ish itu dan ini.itu biasa.


dari segi harga.car rental naik 1 kali ganda.alhamdulillah kami dpt harga ok.dari segi homestay pulak harga memang standard peak season harganya gitu kut.tak pasti.


apa pun kami booking 3 bulan sebelum tu.


totally kami spend ringgit malaysia tak sampai rm2k.


kami pergi bukan bertiga.last minit ajak ayah mama akil untuk join.sebab dah booking homestay kan.ajak juga adik ikin dan kakak boleh bawak ibu sekali.tapi adik ikin demand tak nak naik feri.nak naik belon.kakak pulak sibuk sambut anniversary ke lombok ngn bali.jadi ber-enam lah kami.


homestay - perdana beach resort

kebersihan : ok
servis : ok
harga : ok

car rental - avanza

harga : ok
servis : ok

ok.LIMA ni sebenarnya berlangsung selama 5 hari.cuma yang open to public hanya 4 hari. untuk pertunjukan/demonstration hanya 2 hari sahaja.


jadi kami target untuk attend yang demonstration sahaja.23-25 Mac kami ke Langkawi.bertolak ke Kuala Perlis dari Perak jam 4.00 pagi macam tu.sampai di Kuala Perlis lebih kurang jam 8.00 pagi.konon ingat kami paling awal.sekali dah berpusu-pusu orang dekat jeti tu.


cari parking untuk park kereta dah penuh yang dekat.dapatlah yang dekat area padang yang kena jalan sikit nak ke jeti.
kos parking - RM10 sehari.
excited dia.ayahnya da cakap awal-awal nak pergi tengok 'apal erbang'
ok.da sampai jam 8.00 pagi tu bukan la dapat naik feri pukul 9.00 pagi ye.kami dapat naik jam 10.00 pagi.tersangat la ramai.tertanya juga, tiket ni tak boleh booking online ke ye?hurmmm..jadi sepanjang 2jam bersabar sahaja dengan perangai raziq yang terlalu excited.lari sana lari sini.terjatuh sana.nak tergolek sini.

memilih Kuala Perlis sebab perjalanan ke Langkawi dalam Feri hanya 1jam 45minit.yang menjadi ke 2jam dalam Feri tu sebab tunggu penumpang naik, nak tunggu turn turun lagi.macam-macam halnya.
ayah raziq da siap telan pil pening sebab dia dah fobia dengan Feri ke Pulau Redang

termenung apa tu sayanggg
hari pertama
sampai2 terus cari makan, ambil kereta sewa yang dah tunggu di jeti.on da way perjalanan ke homestay singgah makan di kedai makan Restoran Kak Yan Nasi Campur. 
Makanan - sedap.
Servis - layan diri
Harga - murah.

Sampai homestay terus rehat kan badan sehingga la keluar kembali untuk makan malam.makan malam yang sangat mendukacitakan di Restoran Rasa Warisan.
Makanan - sedap
Servis - sangatttttttttttttttttttt lambat
Harga - Mahal
sebelum balik tu pekerja ada say maaf sebab lambat.sangat polite.jadi kami terima dengan terbuka.hehehe

hari kedua

bangun awal.konon nak pergi makan nasi dagang yang tepi sawah tu.dalam perjalanan nak ke nasi dagang tepi sawah tu kami lalu di hadapan pintu masuk nak ke LIMA'17.disebabkan tengok orang yang semakin ramai 7.30pagi tu, kami decide terus ke LIMA'17.sebab parking masih ada.takut lewat nanti parking yang dekat penuh pulak.



ayah minta turun dulu konon nak beratur masuk. padahal kena isi form maklumat diri baru pergi ke kaunter daftar beli tiket.
meja disediakan tapi saja nak pinjam bahu ayah.sayangg ayah..


ini form nya.simple je.RM10 per entry.untuk dewasa.kanak-kanak FREE.Warga emas pun FREE 
disini kaunter nya.kaunter warga emas hujung.tapi macam tak proper.masuk tu macam terpinga-pinga.macam tak ada signage age below 12-FREE buatla signage pacak tinggi sikit senang orang terus tuju.ni da beratur ada in charges tunjuk arah kata kanak-kanak beratur sini.oohhh tak apala.sebab tak rasa menyusahkan pun.cuma terpinga-pinga sikit.
budak excited.da tinggi da dia.lampu kat rumah pun da boleh bukak sendiri dengan menjengketkan kaki sedikit.dulu bantuan kerusi sekarang tidak lagi.

putih vs tam tam manis.hehehe
sebelum membolehkan kita masuk ke Hall untuk pameran.ada security check.macam dekat airport tu.segala bagai kena letak dalam bekas untuk di scan.
pagi yang indah.masa ni jam 8.00 pagi tak salah. demonstration start jam 9.00 pagi.apa lagi mencari kafe dalam ni untuk lapik perut.
dinasihatkan untuk lain kali nak pergi LIMA ni,makan lah siap2 atau beli roti di luar untuk lapik perut.makanan kafe di dalam ni agak mahal.nasi lemak RM20.tapi banyak la, bukan harga rm20 tu balut dengan daun pisang tau.bukan bukan.ni dalam bekas yang ada partition tu.rasanya kalau dia jual RM10 pun ok kut.
panas pagi seperti panas tengahari
tepat jam 9.00 pagi pagar untuk ke landasan pameran jet-jet, kapal-kapal terbang dah buka.dekat sini kena security check lagi.air mineral tak boleh bawak masuk.kitaorang macam hah???????? 2jam kut nak berada dalam tu, dengan panas nanti dahaga kan.nasib bawak beg susu raziq.letak mineral dalam tu.dan selamattt.
sepanjang 2 jam di situ raziq tutup telinga je.raziq ni bunyi-bunyian kuat ni dia tak boleh sikit.guruh pun tutup telinga.  


cuaca sekejap panas sekejap mendung.kalau ada angin tu Ya Allah alhamdulillah.angkat tiakk tinggi2 bagi angin lalu.hahahaha.yang panas kering tak berangin tu Allah...panasss..

  


persembahan dari black eagles from korea ni yang best
best nya tengok berada betul dalam landasan ni bukan apa.ada setengah tu tengok luar pagar lapangan tu, tepi-tepi jalan.tapi kami pilih dalam ni sebab boleh tahu, selepas ni apa, lepas tu kedudukan jet pejuang di mana.akan dengar "on your left..........." so terus je lah tengok kiri. edak le tercari2 ehh mana perginya jet ni.hahahaha kannnnn.
tapi ada satu persembahan tu jahat tau.terperanjat kitaorang.duk kusyuk tengok persembahan di depan.ada satu datang dari belakang kitaorang dengan laju.dan rendah sikit.so bunyi nya tersangat kuat.
aksi ini dirakam sebabnya ibu duk sibuk nak capture shot yang terbaik nak jet tu lalu atas kepala.tukang tengok posisi tu haaaaa dua orang tu.hahahaha


amboi kaki tuuuuu
 jom kita layan video lak nak.


alamak alamak mana video yang demostrasi bentuk LOVE ni.aduhh.

habis persembahan pada jam 12.00 tengahari. kami bergerak cari makan.kami dapat keluar dari tempat parking dalam jam 1.30 petang macam tu.sesak masa nak keluar dari parking.boleh stress siapa yang tiada kesabaran tu.
on da way nak ke kereta berderet ada peniaga menjual air.dan terkejut nya air cup sebesar ini jika dibeli di pasar malam teluk intan harga nya cuma rm1, disini menjadi rm3.air mineral botol kecik dijual dengan harga rm2.
port makan tengahari, kami pergi ke restoran semalam juga.sebab mudah.tapi apa kan daya lauk banyak da habis.makan je apa yang ada.

selesai makan cari masjid untuk solat.selesai solat bergerak ke Jeti beli tiket untuk pulang esok nya. dan kena note disini.tiket balik boleh dibeli sehari sebelum sahaja.dah berada berdekatan jeti ambil la kesempatan tangkap gambar di Burung Helang kebanggan Langkawi ni.cuaca cantik je petang tu.

ayah orangnya sangat sabar.suka memerhati.dan berjiwa sensitif.mudah menangis.terima kasih ayah atas penat lelah ayah.terima kasih ibu melahirkan una.ehhhh lari tajuk lak..

padan muka paksu.ibu tangkap gambo dia jadi tanduk sayap helang tu.padan muka.hahaha


cheeky boy.tak habis-habis nyonya belakang tu tau.lama tunggu turn sudah nya duduk tepi ni je port tangkap gambo.
terperonyok punnn terperonyokk la tudung tuuuu.
sangat rare photobomb belakang tu..


kemudian bergerak lah kami membeli dan terbelah dompet (hahahaha) di HIG group.beli cekelat le apa lagi, ohhh iyeee, jangan lupa singgah di Taman Lagenda Langkawi.sebelah je dengan Burung Helang tu.cantik untuk panorama dia, seperti di bawah.





kalau rajin mengedit dah edit dah pic2 ni bagi bright sikit touch up sikit.tapi sebab malas kan.so yang ado je.pakai kamera tepon je.

balik ke homestay terus salin baju, raziq nak mandi kolam.ayahnya da janji dengan dia dari hari pertama.air dan raziq tidak dapat dipisahkan.ibu?kemas2 beg untuk balik esok.

makan malam hari kedua, suprise nya kitaorg pergi tempat yang sama Restoran Warisan tu.sebab....makanan dia sedap.kali ni servis laju.alhamdulillah.

hari ketiga
bergerak awal pagi tu sebab tiket feri jam 9.00 pagi.breakfast dekat jeti je.so kitaorang planning sampai di Kuala Perlis bergerak ke Padang Besar.
cakap dengan dia masa ni. Raziq..esok da sekolah tau. dan itu impression dia.huh!

sian nenek kena tinggal belakang
scenery perjalanan ke Padang Besar. Cantik!
tak beli apa sangat pun dekat Padang Besar ni.saja nak tengok mana rope nya Padang Besar.yang banyak membeli macam biasa atok dan nenek.

oklah, setakat ni sharing pasal LIMA ni.upcoming LIMA'19.inshaAllah nak pergi lagi.jika berpeluang lagi, memang nak target pagi petang nak tengok demonstration jet-jet dan pergi tengok maritime.

dibawah adalah jadual LIMA'17.





oklah.next destinasi bersama kioh.ce teka kitaorang nak ke mana.hehehhehe.tungguuu..ok mula kumpul duit balik.

*lagi best semalam 29 Mac 2017, black eagles wat demonstration di KLCC.perghhh lagi cantik view dia berlatar belakang KLCC.tapi i tetap bangga dengan shot i di Langkawi. chill! 

No comments:

Post a Comment