Nuiffnag Ads

Monday 3 February 2014

Kisah FEBRUARI pada aku



Oleh : Nurul Husna Alias

Di penghujung petang, kata ayah “una, ada jawatan kosong kat UiTM seri iskndar, isi lah. Esok tarikh tutupnya”. Dengan rasa hati yang sudah putus asa, banyak kali isi jawatan di kerajaan temuduga jangan cakaplah banyak kali pergi tapi HAMPA.
“ayah, malas la. Bukan dapat pun, tu semua ‘kabel’ semua tu” kataku sambil berkerut-kerut dahi. Kalau semut lalu mesti tersepit semut diantar kulit dahiku ini. Bertapa menunjukkan dahi ku ini berkerut ditambah dengan perasaan menyampah, tak suka, putus asa dan sedih.
Ayah berlalu sambil berkata “tak nak isi meh ayah isikan”. Rasa tersentuh hati disitu lalu aku ambil borang permohonan bawa ke bilik. Isilah segala maklumat yang diperlukan, sehingga selesai aku serahkan pada ayah. Tanpa aku ambil peduli borang tu dihantar ke tidak. Tetapi seingat aku ayah pernah memberitahu dia menghantar borang permohonan itu by hand. Iye la tarikh tutupnya adalah hari yang ayah aku hantar borang tu.
Selang beberapa bulan, aku dapat surat panggilan temuduga. Hati memang dari mula issshhhh malasnya semua ni, bukan dapat pun. Tapi ayah memaksa diri aku pergi juga.
 “pergi la una, mana tahu rezeki”. “iyela ayah” kata aku. Sehingga ke hari temuduga, hanya sekali je aku membuat research mengenai UiTM. Laman web yang aku buka UiTM Perak. Aku baca sambil lalu je. Tidak menghafal apa-apa pun.walau sedikit pun!.
************************************
Pada pagi yang dingin, bertolak lah aku dari ipoh seawal pagi konon tak nak lewat sampai. Memang aku tidak lewat!. Tapi ada yang awal lagi dari aku. Kami di beri duduk mengikut jawatan. Untuk jawatan Juruteknik Komputer FT17 hanya 5 orang sahaja. “Hah! 5 orang saja” kata hati kecil ku. “confirm tak dapat ni, tambah aku sorang je perempuan ni.iisshhh”.  tetiba deringan telefon, eh telefon ku berbunyi. Ayah. Ayah yang telefon.
“assalammuailaikum, udah sampai ke?” dengan nada yang ceria ditambah dengan kepekatan bota nye. “udah ayah, tapi ayah nak tau tak 5 orang je interview nye. Una sorang je pompuan. Mesti tak dapat ayah. Isshhh tak dapat ni. Deme panggil interview ni buat syarat je ayah padahal dah ada orang dan bla bla bla bla bla bla………….”. ayah mendengar sahaja tanpa rasa bosan, sehingga aku berhenti dan cakap
 “hello ayah, dengor ke?”. Ayah hanya ketawa dan berkata “cuba je la dulu mana tahu rezeki”. Hurmmmm. Baik ayah.
Sambil menunggu giliran untuk ditemuduga tu. Penemuduga pun sampai berlalu masuk ke bilik temuduga. Ramai, dalam 5 ke 6 orang. Seorang pun aku tak kenal. Di kerusi menunggu giliran itu kiri dan kanan ku adalah lelaki. Aku adalah orang yang ketiga yang akan ditemuduga. Melihat gelagat mereka memegang kertas menghafal apa pun aku tak tahu. Aku tidak ingin tahu pun, sebab tujuan aku adalah untuk memenuhi permintaan ayah ku. Tapi iyela manusia mesti ada sifat ingin tahu. Aku pun bertegur sapa.
“hafal apa?”. “nama pengarah UiTM ni.(masa tu pada tahun 2010 pengarah lagi belum rektor)” Jawab lelaki itu. “oohhh kena tahu ye?” Tanya aku. “eh kena la tahu. Kut ditanya dalam tu nanti”. “ha’ahkan betul jugak, apa nama dia?”. Sekali lelaki tu “Prof…………………………………” menunjukkan bertapa panjang nye kena hafal. Jadi aku ni ignore kan saje.
Kembali senyap. Tidak lama kemudian no giliran dipanggil. Lelaki pertama pun masuk. Tetiba hati aku macam nak jatuh!. Takut!. Perut mengecut!. Semua ada masa tu. Perasaan begini tetap ada, walaupun hati aku sekadar memenuhi permintaan ayah. Masuk pula lelaki kedua. Sekejap je mereka berdua ni, tak sampai 5 minit. Keluar dari bilik temuduga pun senyum-senyum kambing je. Hati aku berkata lagi
 “isshh deme ni ngape kejap je, mesti soalan senang ni”. Dan kini tiba giliran aku!.
************************************
“Assalammuailaikum”, sapa aku selepas mengetuk pintu. Kesemua penemuduga jawap dengan sempurna. Lalu berjalanlah aku ke kerusi yang disediakan penuh sopan. Disuruh duduk. Tapi sebenar lama jugak aku tunggu untuk disuruh duduk. Yang disuruh duduk “orang kepala botak”, aku tak tahu siapa dia sebenarnya, yang aku tahu dia mesti orang besar sebabnya hanya dia seorang sahaja yang duduk betul-betul berhadapan dengan aku, yang lain duduk di tepi kiri dan kanan aku. Aku mula memerhati disekeliling. Uhhhh! Serius mereka ni. Jadi aku perlu serius, masa tu baru aku kelam kabut duk nak mengingat apa yang jejaka lelaki diluar tu suruh aku ingat. Padan muka!.
“sila perkenalkan diri” kata penemuduga disebelah kiri aku. “Bismillahirrahmanirrahim. Nama saya Nurul Husna Binti Alias, berumur bla bla bla bla bla………………………………” aku pun senyum. Lalu satu soalan demi soalan menuju aku.
“sekarang kerja dimana?”
“di GCH Retail (M) Sdn Bhd sebagai OSA (Operation System Anaylis) cum Human Resources Officer”.
“dekat mana tu?”
“ala dekat ipoh parade tu, kan ada Cold Storage bawah tu” selepas aku menjawab, baru aku terfikir eh aku ni buat macam sembang pulak. Ini kan temuduga!.
Dengan serentak semua. “ooooo situ.”
Soalan seterusnya. “kamu adalah seorang perempuan kalau PC rosak boleh ke kamu angkat?PC kan berat”.
Sambil tersenyum aku menjawab “boleh.pasti boleh sebabnya saya keje dengan retail tugas saya bukan tertumpu pada nama jawatan sahaja. Kami perlu tolong menolong, kotak carton yang dalam nya ada 4 sabun Dynamo 4.4kg pun saya boleh angkat puan”.
“kamu pasti ke?badan kamu tu kurus je”
Dalam hati aku, macam tak puas hati je puan ni dekat aku, ke mula untuk menduga aku ni.
“In Sha Allah puan, saya boleh”
Soalan yang ada kena mengena dengan jawatan aku sudah muncul. “apa itu switch dan perbezaan switch dan hub?”.
Ahhhhhhhh best nya soalan senang!. “Switch ni lebih kurang macam hub, tapi yang membezakannya adalah ia able to connect berpuluh-puluh pc dalam satu masa,
tanpa perlu risau bandwidth speed. Switch jugak membolehkan kita berhubung dalam satu network dengan lebih pantas (faster than the internet). Hub ni device yang digunakan untuk network, sambungan kabel ethernet ke pelbagai PC. Sekarang ni fungsi hub ada dalam router dan modem. Hub ni mudah tak perlu nak configure, cucuk je UTP kabel tu dah boleh surf internet. Keburukan hub tak dapat nak control traffic. boleh menyebabkan line connection slow down”. Dan sebenar nya banyak lagi aku nak sambung, tapi cukup-cukup lah tu tak payah nak over sangat.
Selepas aku menjawab tu, semua macam tak tahu nak tanya apa. Last-last soalan yang keluar “tahukah kamu berapa banyak court tenis dalam UiTM ni?”
Arrrrggghhh kenapa tetiba soalan ini pulak. “dua kut.” Hahahaha, aku main jawab je. Yakin pulak tu.
***************************************************************
Keluarnya aku dari bilik temuduga itu adalah muka kepuasaan. Dapat ke tidak kerja ini aku tidak mengharap  dek kerana terlalu kecewa dengan keputusan temuduga-temuduga sebelum ini. Yang selalu GAGAL. Bagi aku ketika itu cukup lah hanya aku sudah bekerja. Walaupun dengan agensi swasta tapi aku seronok dengan kerja aku. Itu yang penting.
Beberapa bulan berlalu, menjalani kehidupan seperti biasa bangun pagi pergi kerja, balik kerja makan lepas tu tidur. Sehingga suatu hari, ayah ku menelefon aku. Masa tu aku ada di tempat kerja lagi, iyelah masuk pukul 9 balik pukul 6. Ayah ku memberi tahu “ada pos laju sampai tapi orang tak ada kat rumah dia tinggalkan kad merah ni. Nama kamu ni”. “iye apa benda tu ayah?”kata aku.
“dapat kerja kut” kata ayah sambil ketawa manja-manja gitu.
“isssshhhh edak nye ayah.iyela sangat.tak apalah biarlah nanti esok-esok una amik”.
Sesampai aku dirumah kad merah dihulurkan pada aku. Aku senyum je pada ayah sambil hidung kembang-kembang dan berkata “dapat keje ye ayah?hihihihihihhi”.
“kamu amik esok una. Entah surat apa kita tak tahu”. Macam selalu aku akan berkata “Baik ayah”.
Dua, tiga hari berlalu. Surat masih tidak di ambil. Ayah mungkin tertiba teringat pada tengahari hari keempat ayah menelefon bertanyakan “udah amik ke surat tu?”
“ala ayah xad masa lah”. Ayah mula mengeluarkan nada marah sedikit. Aku pun menjawab “iyela-iyela una amik nanti”.
Petang tu, aku minta kebenaran bos untuk ke pejabat pos di stesen keretapi ipoh. Dengan memandu kenari hijau kepunyaan ayahku AEH 4733. (Ayah bagi aku pakai kereta tapi ayah naik moto. Boleh macam tu?hurrmmm.) Aku berjalan dengan sambil hati merungut cuaca panas. Masuknya diri aku kedalam pejabat pos tu penuh kelegaan, sebab sejuk ada aircond. Aku mencari kaunter kutipan lalu aku menghulurkan kad merah tersebut, pekerja pejabat pos itu masuk ke belakang untuk mencari surat aku. Dari kejauhan aku Nampak logo UiTM surat yang dipegang oleh pekerja itu. Setelah aku tandatangan apa yang patut aku berlalu pergi ke kereta.
Masa itu keadaan aku kosong. Otak aku EMPTY. Aku tidak fikir apa-apa. Sehingga lah sampai ke kereta. Aku buka surat tu dan tajuk surat itu “TAWARAN JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER”. Tangan aku menggeletar, air mata mula mengalir, mulut terucap Ya Allah, Alhamdulillah. Aku terus menelefon ayah. Dia lah orang pertama yang aku ingat!.
Sambil cover suara menangis “ayah teka la surat apa”
“surat bayo saman”. Kata ayah.
“bukan ayah. Surat dapat kerja ayah!” air mata ku terus mengalir laju-laju. Terima kasih ayah. Terima kasih.
“Alhamdulillah. Kan ayah dah kata kita tak tahu rezeki kita. Bila lapor diri nye” terdengar suara ayah turut menahan pilu di hati. Menangis dalam kegembiraan ayah aku ni.
“nanti la kat umah cite”
Aku start enjin kereta untuk terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan terbayang kembali bertapa aku tidak percaya pada rezeki dan nasib. Terkenang kembali, ayah bersusah menghantar borang itu by hand dengan harapan aku dapat kerja. Terkenang kembali segala-galanya.
Aku tidak jemu-jemu mengucap kesyukuran aku pada yang Maha Esa. Terima kasih Ayah, Terima kasih ALLAH.
***************************************************************
Aku menghantar surat notis sebulan perletakan jawatan di tempat kerja aku sedang bekerja kerana aku memilih tarikh 01 Februari 2010 untuk melapor diri di tempat kerja baru.
***************************************************************
01 Februari 2010 melapor diri di UiTM Perak, Seri Iskandar. Dengan semangat yang baru, hati yang tenang diiringi keyakinan ayah ku. Aku melangkah masuk ke pejabat pentadbiran dengan senyuman. Jam belum lagi menunjukkan pukul 8.00 pagi. Jadi di pejabat pentadbiran tiada siapa-siapa lagi. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Sambil menunggu di dinding terlihat carta organisasi. Aku perhatikan satu persatu mengikut turutan.
“Ya Allah yang kepala botak tu pengarah ke Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said. Oooo yang tanya aku angkat pc berat tu boleh ke tidak Puan Asiah namanya Penolong Pendaftar. Ooo ok ok” mengomel aku seorang-seorang.
 Tepat jam 8.00 pagi baru diri aku dilayan. Aku mangangkat sumpah dan di minta untuk mencari pajabat Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu (BSMB) untuk melaporkan diri pada ketua jabatan pula. Aku bertanya kan kepada kerani tersebut.
“pajabat nya kat mana ye?”
“kat belakang ni je” kata kerani cantik itu.
“balakang mana?” Tanya aku lagi.
“belakang ni la. Belakang ni je”
Oh ok. Itu tandanya jangan tanya lagi, cari je sendiri. Aku pun mengikut kata kerani itu tadi. Aku ke belakang memang jelas nampak pejabat Bahagian Sistem Maklumat Bersepadu (BSMB). Aku masuk memberi salam. Tiada siapa pun di kaunter. Aku memberi salam lagi macam masuk rumah orang. Salam aku dib alas. Mereka memang menunggu kehadiran aku. Aku diperkenalkan dengan Pegawai Teknologi Maklumat. Melihat wajah nya, aku terimbas kembali beliau ada sekali semasa temuduga itu.
Diperkenalkan dengan staf-staf yang berada di pejabat. Kemudian pegawai aku, memohon seorang juruteknik membawa aku berkenalan dengan semua juruteknik di fakulti. Datanglah seorang rakan, membawa aku. Setelah habis sesi mengenali. Aku di beri PC dan aku ditempatkan di bilik yang sama dengan rakan aku itu.
Sempit tapi selesa. Sehingga lah aku ditempatkan di Fakulti Sains Matematik dan Komputer. Bermula nya disitu aku mempelajari kerja-kerja hakiki Juruteknik Komputer FT17. Memang berbeza dengan apa yang kita pelajari dan pekerjaan sebelum ini. Serta aku mempelajari bekerja dengan kebanyakannya bangsa-bangsa ku sendiri. Dulu semasa swasta aku banyak berurusan dengan bukan bangsa sendiri.
***************************************************************
Pada 01 Disember 2010, aku diminta melapor diri di Kampus Tapah. Pertukaran Tempat Bertugas, aku menerima dengan hati terbuka dan ikhlas. Perjalanan aku melalui chenderong balai, changkat petai, penjara tapah seperti aku pernah lalu disini!. Ye betul!. Memang pernah, bersama-sama dengan ayahku. Menitik air mataku kembali megenangkan memori perjalanan bersama ayahku ke Tapah dengan kereta hijaunya juga tetapi yang ini Dutson AS 720, sebelum kami ada kereta selesa iaitu Kenari AEH 4733 dan MyVi AHA 2990.
Hari pertama aku menuju ke Kampus Tapah, sudah membuatkan aku keliru, mana jalan masuk Kampus ni. Aku terlajak ke depan. Pengawal Keselamatan yang bertugas pagi tu hanya tersenyum tengok ke kelam kabutan aku u-turn kan kereta aku.
 Disini bermula pelbagai dugaan ditempuhi. Ditempatkan di Kampus yang kosong. Datang-datang tiada apa pun lagi, hanya kerusi dan meja. Kafe tak buka lagi. Cari makan sampai ke Tapah. Masa tu bila pergi ke Tapah jauhnya rasa macam ke Ipoh. Tapi sebenarnya tidak la jauh mana. Semua imaginasi berlaka.
***************************************************************
Kini, aku sudah capai genap 4 tahun aku bekerja (01 Februari 2014) dan berkhidmat bersama UiTM. Aku mula memahami perjuangan UiTM. Mendidik anak bangsa kita sehingga berjaya. Dan kami, staf sokongan UiTM sebagai membantu pergerakan dalam merealisasikan MISI, VISI UiTM.
Ayah, terima kasih atas segala-galanya. Kalau bukan kerana ayah, una tidak akan dapat melalui semua ini yang banyak mempelajari erti kehidupan. Dan bukan kerana ayah juga, una tidak tahu wujud nya UiTM di Seri Iskandar itu. Akhir sekali,dan bukan kerana ayah, kini “UiTM Di Hatiku”.
Terima Kasih ayah.

No comments:

Post a Comment