Nuiffnag Ads

Friday 16 August 2019

Pulau Redang 2019

hai,

okay korang. jom kita update mengenai bercuti ke Pulau Redang pada 01-04 Ogos 2019.


ada yang minta kita buat review harga detail sekali. kita ckp ni bukan sebab sorang yang minta. ada dalam tiga orang. tengoklah macam mana penulisan kita hari ni ye. terkeluar ke tak harga-harga nya.


nanti bila kita bagi harga betul2 detail korang yang lain kata poyo pulak kan. aaahhhhh korang lah poyo. tu lah guna blog. untuk orang boleh sharing maklumat pada others. bukan untuk korang2 follower je. adoiiii... hahahahahha. okay done meroyan.


01 Ogos

gerak dari teluk intan ke Kuala Terengganu melalui Lenggong-Gerik-Jeli-Ayer Lanas-Machang-Permaisuri-Jertih-Setiu dan sampai lah di Kuala Terengganu. perjalanan yang sebenarnya boleh mengambil masa dalam 7jam. jadi 10 jam.

dalam perjalanan, kami singgah di lenggong untuk makan tengahari di Restoran Tasik Raban Lenggong. 

ehhhh kaki kiri kita senget lahh..hahahaha..baru perasan
kemudian singgah di Banjaran Titiwangsa. Banjaran yang terus dari Thailand ke Negeri Sembilan dan Johor. Apa itu Banjaran? Banjaran adalah deretan gunung dan bukit. nak senang faham, deretan gunung yang tiada pemisah. gunung nya panjang je. bukan seketoi-seketoi tu. yang masa kecik-kecik kita suka lukis gunung dua, lepas tu ada laut, lepas tu kapal, lukis burung sikit, matahari. kan kan kan? tapi banjaran bukan macam tu. dia bersambung-sambung tiada pemisah.

okay. habis lah kita cerita pasal geografi ye. belakang tu lah banjaran titiwangsa. berhenti sini tangkap gambar dan solat.ada tempat makan juga. tandas dan surau bersih. 

hensem nya ayah kita. i love you ayah.


paksu raziq kena jadi poyographer untuk atok dan nenek
selesai di sini bergerak terus ke Kuala Terengganu. kami menginap satu malam di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. transit satu malam disitu untuk tidak terkejar nak naik boat ke pulau redang esok harinya pada jam 9.30 pagi.

02 Ogos
seperti selalu. ayah dia tak ada depan mata je ibu dapat moment macam ni
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu ni adalah tempat yang sangat strategik. dekat dengan Jeti, Pasar Payang, China Town dan View Draw Bridge. memang strategik sangat. tapi sayangggg..
  • Bilik berbau
  • Tandas kurang bersih
harga satu malam RM200++ (Family Room) termasuk sarapan. okaylah kan harga tu. dan menariknya bila malam, hotel ni nampak macam mewah sangat. cantik!

kami sampai di sini dalam pukul 7.00 malam. penat. terus check in rehat sekejap dan keluar untuk cari makan malam. makan malam kami ke area Pantai Batu Buruk. happening sangat tempatnya. banyak tempat makan. banyak jugak lah mainan budak-budak disini. 

keesokkan nya sebelum bergerak ke Jeti seperti biasa breakfast dulu dan terus check out. 
nak tangkap gambar ayah raziq ni yang elok-elok sikit kena tangkap curi-curi. kalau tak macam-macam gaya dia main-mainkan kita
untuk ke Jeti menaiki boat, kami lalu di Pasar Payang dan memusing jalan sehala ke Parking Jeti dan akan nampak lah Draw Bridge. apa lagi. turun sekejap ambil gambar untuk kenangan. 
  • Parking di caj RM20 untuk 3 Hari.
  • Tempat parking okay saje. tapi tidak berbumbung.
  • dari tempat parking perlu jalan sedikit ke Kaunter Jeti. kalau dapat parking jauh ke dalam. jauh sedikit sahaja untuk berjalan.
untuk pemandangan pada jam 9.30 pagi. okaylah kan.
Suasana Jeti

untuk sampai ke Pulau Redang ni, jika naik dari Jeti Shahbandar mengambil masa dalam 1 Jam 30 Minit macam tu. kami ambil full pakej di Laguna Redang Island Resort. so sampai je di sana terus ke Waiting Hall untuk taklimat. dan luggage kita semua akan dikumpulkan oleh pihak Laguna di Lobi. tak perlu lah kita gendong-gendong bag, tertarik-tarik beg dari jeti ke Lobi tu. dan untuk ke Lobi kena jalan kaki sikit. tak larat jalan kaki boleh naik train truck yang disediakan.
dekat sini ada taklimat sikit sementara nak habiskan masa tunggu untuk masa check in pukul 2
kami memilih untuk berjalan kaki.

sesampai di Lobi akan di sambut dengan layanan yang ramah dan air asam boi yang boleh menghilangkan rasa pening-pening laut tadi.
ooohhh tak mesra pulak. sebenar derang perasan kita nak capture then derang lari.hehehehe





sementara tunggu untuk check in. apa lagi. ajak paksu raziq menjadi poyographer. jadilah paksu lantikan selama 3 hari 2 malam ye.
cahaya matahari yang panas lit lit tu dah cukup on point sangat buat gambar cantik
More more tea inn ni sebuah bangunan yang bawah nya adalah satu-satunya mini market di Pulau Redang ni. pengunjung resort lain pun ada membeli belah di sini. semua ada. selipar. shampoo. ubat gigi. souvenir ....semualah
ohh ye kami ambil bilik pool view. mudah untuk raziq ngadap kolam tu sampai dia puas dan jemu. tapi edak juge kome. ingat mau dia nak ngadap je? mestilah kena terojun kata orang perak. terjun kolam.

harga bilik boleh lah check out kat link ni ye:


petang tu kami follow trip snorkeling ke Open Sea. pakej Laguna ni dah include sekali snorkeling. 1 hari dua kali. satu kali pagi. satu kali petang. laut bergelora kuat pulak petang tu. tapi yelah laut mana yang tak bergelora, sedangkan hati manusia pun bergelora. hehehehe. balik dari snorkeling apa lagi aktiviti raziq kan. kolam dan pantai.
memang rope tu le kalau ajak bergambo. kira ni okay lagi pandang tepi. kalau bagi bontot ke kamera untuk di abadikan kenangan tak tahu le tetua nanti tengok gambar ni balik apa jadi. hahahahaha 







itulah poyographer kita ni. paksu raziq. tengok gambar kita tangkap kan untuk dia elok cantik je kena timing percikan ombak tu.ce kome tengok gambar-gambar kita kat atas tu. percikan ombak pun mandang. hahahahaha.
03 Ogos
hari ketiga, kami pergi ke Marine Park untuk melihat ikan-ikan. dan sebelah petang menghabiskan masa di kolam dan pantai. jom kita layan gambar ye. keindahan ciptaan Allah s.w.t.

view diambil dari sang suria restaurant
makan sambil menikmati permandangan macam ni. nikmat apa lagi untuk kita dustakan.
  • pakej makan di Laguna ni memang boleh bagi 5 bintang. sedap sesaje kome.





bergambarlah sepuasnya sebelum pulang keesokan hari nya.


04 Ogos
hari terakhir dan marilah kita bergerak pulang. bangun pagi bersiap terus untuk check out dan sarapan. 
selepas check out terus hantar luggage ke kaunter di sebelah kanan.










raziq suruh posing macam ni. okaylah, ibu ikutkan saje.


Perjalanan pulang, kami decide untuk melalui highway. sebelum tu kami singgah di Pasar Payang sekejap. kemudian bergerak ke Masjid Kristal. untuk ke Masjid Kristal tu kami singgah di tepi jalan saje untuk membeli keropok lekor. sedap! alamak lupa nama kedainya. lupa nak capture pun iye jugak. dan Teh Ais (Teh Beng) di Terengganu sedap oooooo!!!!
Masjid Kristal. Masa datang ni tak dibenarkan solat didalam. masih dalam pembaikan. memang cantik dari luar. All glasses.
kesimpulan untuk percutian kali ini adalah sangat seronok. siapa yang tak seronok bercuti kann.

moga rezeki kita semua sentiasa murah dilimpahi oleh Nya. untuk terus kita berkesempatan menggembara melihat ciptaanNya dalam masa yang sama dapat mengingatkan kita. tiada yang lebih baik sebaik-baik Pencipta kita iaitu Allah s.w.t


okay guys. see you in next entry! jeng jeng jeng...

No comments:

Post a Comment