Program Anjuran Unit Kesihatan Kampus Tapah yang diadakan selama tiga hari pada
11 November 2015 - 13 November 2015
adalah satu program yang memberi kesedaran untuk hidup secara sihat dan memberi peluang pada staf untuk membuat pemeriksaan secara PERCUMA.
11 November 2015
Perasmian oleh Dr. Mohd Azian Zabidi iaitu Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah.
Selepas perasmian, cabutan bertuah untuk Staf yang memiliki BMI Unggul. nanti bawah sekali akan tunjuk cara kira BMI ye. :). Excited tunggu cabutan ni, sebab saya adalah salah seorang staf yang memiliki BMI Unggul, tapi tak bertuah. tak apalah tak ada rezeki.
Kemudian di ikuti ceramah cara pemakanan dan kesihatan dari Dr. Unit Kesihatan Kampus Seri Iskandar dan Pegawai Kesihatan dari Klinik di Tapah.
Menariknya sebelum memulakan ceramah dari Pegawai Kesihatan dari Klinik Tapah, kami diminta untuk panaskan badan. best jugak senaman nya. senaman peguin nama diberi. comel je.
12 November 2015
Acara Senamrobik yang diketuai oleh En Zaki lebih dikenali Sir Zack, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan seorang lagi. Sangat mengujakan pertama kali senamrobik bersama beliau, Ya Allah lembutnya badan En Zaki ni.best.terkinja-kinja je kat belakang.nasib berdiri di belakang sekali.ada video, tapi segan lah.heehhehe.
sebelah petangnya saya pergi membuat pemeriksaan kesihatan.dan ini keputusan nya.
![]() |
faham ke?hhehehehe. keseluruhan nya saya sihat.Alhamdulillah. Tekanan Darah = OK Kolesterol = OK Gluko = OK Uric Acid = OK |
13 November 2015
Hari terakhir adalah hari dimana hari 10,000 langkah.kami berjalan mengelilingi kampus bermula dari Unit Kesihatan ke Fasa 1 dan mengelilingi bangunan Polis Bantuan patah balik ke Unit Kesihatan.Penat jugak wei!.tapi katanya tak cukup juga 10,000 langkah.
![]() |
Dirasmikan oleh Dr Norhidayu Kamisan |
![]() |
cuaca pagi yang sangat memberi laluan untuk kami berjalan dengan selesa di iringi angin.Nyaman! |
![]() |
masa ni ramai belakang kitaorang lagi |
![]() |
dah nak dekat check point kitaorang yang terakhir sekali, hahahaha |

Berikut merupakan cara pengiraan BMI.
BMI = berat badan (kg) / tinggi (m) * tinggi (m)
tapi lebih senang kalau ada skala ni. diberi oleh Pegawai Kesihatan Klinik Tapah.
![]() |
Ketinggian = 163cm, Berat = 50 kg Jadi BMI nya adalah dalam lingkung 19 |
yeayyy sihat!!yeayyy.
oklah sekian untuk update blog kali ini.
Babai.
No comments:
Post a Comment