Nuiffnag Ads

Tuesday, 24 November 2015

Bulan Inovasi 2015 UiTM Cawangan Perak

-Lambat Post=late post


15 November 2015
Berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bowling sempena Bulan Inovasi 2015 UiTM Cawangan Perak. Kejohanan ini melibatkan dua kampus di Perak iaitu Seri Iskandar dan Tapah.

Pendaftaran 9.30 pagi. tapi biasalah kan pukul 10.15 macam tu barulah mula pendaftaran. Hari kejohanan tu semua lane bowling penuh. dipenuhi oleh staf-staf Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah.

Kejohanan ini berlangsung di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Parkson Ipoh. jadi kitaorang yang dari Tapah ini naik bas. heheheehe bukan bas tambang lah. Kampus Tapah ada menyediakan kemudahan kenderaan iaitu bas untuk staf yang malas nak drive jauh. macam kitaorg ni, muka malas nak drive. yang tahu naik bas tido sehinggalah sampai. ;)

Kitaorang awal sampai, 9.30 pagi
sebelum Kejohanan ni, pembentukan kumpulan adalah mengikut bahagian masing-masing yang mana ahli nya mestilah terdiri dari lelaki+perempuan. untuk Bahagian Infotech orang pertama gedik nak main, siapa lagi.da favourite game ini kan.so memanglah terkinja-kinja sikit. tapi sedih staf infotech lain semua ada kekangan.

jadi disebabkan ramai yang ada kekangan dan ada bahagian tidak cukup ahli terpaksa import ahli di bahagian lain, kejohanan ni tidak lagi atas dasar bahagian. so campuran lah. dan nama kumpulan tidak berpandu pada nama bahagian.

atas keperihatinan kumpulan lain.ada satu kumpulan ni ajak join kumpulan deme.sebab deme tak ada perempuan. i ok je. tak kisah.
inilah kumpulan....TOBOT :). din+una+fahmi+syukri (tak ada dalam gambar) entah mana dia masa ni
kenapa TOBOT?hahahaha sebab nya masa tu tengah guling-guling dengan raziq, tetiba dia buat aksi tobot nak lawan dengan ibu dia. kebetulan masa tu diaorang semua tanya nama kumpulan apa nak letak. haaaaa dari situ la terus ok TOBOT.
din kerbauuuu,panggilan dia di kampus. dah la datang lambat
jiji dan kyra.comel sangat anak dia. boolaat.
elma ni tido ke?elma dan firas (anak zura) bukan anak elma ye.
game dah habis.ni tengah tunggu penyampaian hadiah
niat asal masuk ni sebab nak ada penglibatan tahunan dalam penilaian SKT.dan tak adalah niat nak menang ke, sebab bukan hebat pun main. ke longkang juga.

ada juga kenang-kenangan untuk di bawa pulang.ewahhhhh!
tunjuk kat suami kita. dia kata wahhhh. ok la tu Top 10.  lepas tu dia cakap lagi kenapa kesembilan? okkkk....


Kejohanan habis pada jam 2.00 petang.lokasi utama untuk dituju adalah toilet. Ya Allah ramai sungguh bila keluar dari pusat bowling tu.pening jap.toilet pulak beratur.aduhhhhh.tekanan jap.sekejap je.;)

sebelum bergerak ke Kampus Tapah, kitaorang singgah makan di Nasi Vanggey Pusat Greentown, itu je yang senang & mudah.

Alhamdulillah sampai rumah jam 4.30 petang macam tu. disambut oleh ayahnya dan Muhammad Raziq yang sedang tidur.

ok sekian.

babai.

No comments:

Post a Comment