Nuiffnag Ads

Showing posts with label Laguna Redang Island Resort. Show all posts
Showing posts with label Laguna Redang Island Resort. Show all posts

Friday, 16 August 2019

Pulau Redang 2019

hai,

okay korang. jom kita update mengenai bercuti ke Pulau Redang pada 01-04 Ogos 2019.


ada yang minta kita buat review harga detail sekali. kita ckp ni bukan sebab sorang yang minta. ada dalam tiga orang. tengoklah macam mana penulisan kita hari ni ye. terkeluar ke tak harga-harga nya.


nanti bila kita bagi harga betul2 detail korang yang lain kata poyo pulak kan. aaahhhhh korang lah poyo. tu lah guna blog. untuk orang boleh sharing maklumat pada others. bukan untuk korang2 follower je. adoiiii... hahahahahha. okay done meroyan.


01 Ogos

gerak dari teluk intan ke Kuala Terengganu melalui Lenggong-Gerik-Jeli-Ayer Lanas-Machang-Permaisuri-Jertih-Setiu dan sampai lah di Kuala Terengganu. perjalanan yang sebenarnya boleh mengambil masa dalam 7jam. jadi 10 jam.

dalam perjalanan, kami singgah di lenggong untuk makan tengahari di Restoran Tasik Raban Lenggong. 

ehhhh kaki kiri kita senget lahh..hahahaha..baru perasan
kemudian singgah di Banjaran Titiwangsa. Banjaran yang terus dari Thailand ke Negeri Sembilan dan Johor. Apa itu Banjaran? Banjaran adalah deretan gunung dan bukit. nak senang faham, deretan gunung yang tiada pemisah. gunung nya panjang je. bukan seketoi-seketoi tu. yang masa kecik-kecik kita suka lukis gunung dua, lepas tu ada laut, lepas tu kapal, lukis burung sikit, matahari. kan kan kan? tapi banjaran bukan macam tu. dia bersambung-sambung tiada pemisah.

okay. habis lah kita cerita pasal geografi ye. belakang tu lah banjaran titiwangsa. berhenti sini tangkap gambar dan solat.ada tempat makan juga. tandas dan surau bersih. 

hensem nya ayah kita. i love you ayah.


paksu raziq kena jadi poyographer untuk atok dan nenek
selesai di sini bergerak terus ke Kuala Terengganu. kami menginap satu malam di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. transit satu malam disitu untuk tidak terkejar nak naik boat ke pulau redang esok harinya pada jam 9.30 pagi.

02 Ogos
seperti selalu. ayah dia tak ada depan mata je ibu dapat moment macam ni
Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu ni adalah tempat yang sangat strategik. dekat dengan Jeti, Pasar Payang, China Town dan View Draw Bridge. memang strategik sangat. tapi sayangggg..
  • Bilik berbau
  • Tandas kurang bersih
harga satu malam RM200++ (Family Room) termasuk sarapan. okaylah kan harga tu. dan menariknya bila malam, hotel ni nampak macam mewah sangat. cantik!

kami sampai di sini dalam pukul 7.00 malam. penat. terus check in rehat sekejap dan keluar untuk cari makan malam. makan malam kami ke area Pantai Batu Buruk. happening sangat tempatnya. banyak tempat makan. banyak jugak lah mainan budak-budak disini. 

keesokkan nya sebelum bergerak ke Jeti seperti biasa breakfast dulu dan terus check out. 
nak tangkap gambar ayah raziq ni yang elok-elok sikit kena tangkap curi-curi. kalau tak macam-macam gaya dia main-mainkan kita
untuk ke Jeti menaiki boat, kami lalu di Pasar Payang dan memusing jalan sehala ke Parking Jeti dan akan nampak lah Draw Bridge. apa lagi. turun sekejap ambil gambar untuk kenangan. 
  • Parking di caj RM20 untuk 3 Hari.
  • Tempat parking okay saje. tapi tidak berbumbung.
  • dari tempat parking perlu jalan sedikit ke Kaunter Jeti. kalau dapat parking jauh ke dalam. jauh sedikit sahaja untuk berjalan.
untuk pemandangan pada jam 9.30 pagi. okaylah kan.
Suasana Jeti

untuk sampai ke Pulau Redang ni, jika naik dari Jeti Shahbandar mengambil masa dalam 1 Jam 30 Minit macam tu. kami ambil full pakej di Laguna Redang Island Resort. so sampai je di sana terus ke Waiting Hall untuk taklimat. dan luggage kita semua akan dikumpulkan oleh pihak Laguna di Lobi. tak perlu lah kita gendong-gendong bag, tertarik-tarik beg dari jeti ke Lobi tu. dan untuk ke Lobi kena jalan kaki sikit. tak larat jalan kaki boleh naik train truck yang disediakan.
dekat sini ada taklimat sikit sementara nak habiskan masa tunggu untuk masa check in pukul 2
kami memilih untuk berjalan kaki.

sesampai di Lobi akan di sambut dengan layanan yang ramah dan air asam boi yang boleh menghilangkan rasa pening-pening laut tadi.
ooohhh tak mesra pulak. sebenar derang perasan kita nak capture then derang lari.hehehehe





sementara tunggu untuk check in. apa lagi. ajak paksu raziq menjadi poyographer. jadilah paksu lantikan selama 3 hari 2 malam ye.
cahaya matahari yang panas lit lit tu dah cukup on point sangat buat gambar cantik
More more tea inn ni sebuah bangunan yang bawah nya adalah satu-satunya mini market di Pulau Redang ni. pengunjung resort lain pun ada membeli belah di sini. semua ada. selipar. shampoo. ubat gigi. souvenir ....semualah
ohh ye kami ambil bilik pool view. mudah untuk raziq ngadap kolam tu sampai dia puas dan jemu. tapi edak juge kome. ingat mau dia nak ngadap je? mestilah kena terojun kata orang perak. terjun kolam.

harga bilik boleh lah check out kat link ni ye:


petang tu kami follow trip snorkeling ke Open Sea. pakej Laguna ni dah include sekali snorkeling. 1 hari dua kali. satu kali pagi. satu kali petang. laut bergelora kuat pulak petang tu. tapi yelah laut mana yang tak bergelora, sedangkan hati manusia pun bergelora. hehehehe. balik dari snorkeling apa lagi aktiviti raziq kan. kolam dan pantai.
memang rope tu le kalau ajak bergambo. kira ni okay lagi pandang tepi. kalau bagi bontot ke kamera untuk di abadikan kenangan tak tahu le tetua nanti tengok gambar ni balik apa jadi. hahahahaha 







itulah poyographer kita ni. paksu raziq. tengok gambar kita tangkap kan untuk dia elok cantik je kena timing percikan ombak tu.ce kome tengok gambar-gambar kita kat atas tu. percikan ombak pun mandang. hahahahaha.
03 Ogos
hari ketiga, kami pergi ke Marine Park untuk melihat ikan-ikan. dan sebelah petang menghabiskan masa di kolam dan pantai. jom kita layan gambar ye. keindahan ciptaan Allah s.w.t.

view diambil dari sang suria restaurant
makan sambil menikmati permandangan macam ni. nikmat apa lagi untuk kita dustakan.
  • pakej makan di Laguna ni memang boleh bagi 5 bintang. sedap sesaje kome.





bergambarlah sepuasnya sebelum pulang keesokan hari nya.


04 Ogos
hari terakhir dan marilah kita bergerak pulang. bangun pagi bersiap terus untuk check out dan sarapan. 
selepas check out terus hantar luggage ke kaunter di sebelah kanan.










raziq suruh posing macam ni. okaylah, ibu ikutkan saje.


Perjalanan pulang, kami decide untuk melalui highway. sebelum tu kami singgah di Pasar Payang sekejap. kemudian bergerak ke Masjid Kristal. untuk ke Masjid Kristal tu kami singgah di tepi jalan saje untuk membeli keropok lekor. sedap! alamak lupa nama kedainya. lupa nak capture pun iye jugak. dan Teh Ais (Teh Beng) di Terengganu sedap oooooo!!!!
Masjid Kristal. Masa datang ni tak dibenarkan solat didalam. masih dalam pembaikan. memang cantik dari luar. All glasses.
kesimpulan untuk percutian kali ini adalah sangat seronok. siapa yang tak seronok bercuti kann.

moga rezeki kita semua sentiasa murah dilimpahi oleh Nya. untuk terus kita berkesempatan menggembara melihat ciptaanNya dalam masa yang sama dapat mengingatkan kita. tiada yang lebih baik sebaik-baik Pencipta kita iaitu Allah s.w.t


okay guys. see you in next entry! jeng jeng jeng...

Friday, 29 April 2016

Pulau Redang 21-23 April 2016

hai,

kali ni nak share percutian ke Pulau Redang, Terengganu. tak rancang pun percutian ni. maksudnya tak rancang awal-awal pun percutian ni.


disebabkan keletihan emosi dan badan yang tak berapa nak sihat beberapa minggu ni, pejam mata je ambil cuti selama seminggu bermula 18 April. duduk rumah je bermula isnin tu, sehingga petang rabu, suami tetiba search ke Pulau Redang (dia tahu, itu tempat dalam wishlist isterinya). apa lagi mata aku berkelip-kelip 24 juta kali. hehehehehehe. terima kasih suami.


asalnya suami ajak ke Pulau Redang hari Jumaat, so khamis tu bergerak perlahan-lahan ke KL, tidur di rumah kakak-kakak di KL, kemudian Jumaat pagi baru gerak ke Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. disebabkan itu adalah tempat wishlist ai, jadi terkinja-kinja sikit nak pergi. ai bagi cadangan dengan suami gerak je pagi-pagi khamis tu. gilir-gilir drive. suami setuju! yeayyyyy!


jadi kami pun bergerak pukul 5 pagi. sampai di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu tepat jam 12.00 tengahari. 7 jam perjalanan. fuh!. info tambahan, sepanjang perjalanan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), hentian rehat nya tak meriah macam Lebuhraya Utara Selatan. Stesen Minyak pun susah nak jumpa. so isi penuh-penuh ye. macam kitaorang terpaksa exit di Bukit Besi Paka untuk isi minyak.


disebabkan kami ambil masa untuk mencari stesen minyak, kami terlepas feri Laguna Redang Island Resort pada jam 12.00 tengahari, memang tepat jadual perjalanannya. dah rugi berapa ratus disitu, huhuhuhu. jadi feri yang tinggal waktu perjalanan adalah jam 3.00 petang, kami di sarankan naik public feri jam 3.00 petang itu. sebab jadual Laguna Redang Island Resort adalah pada jam 9.00 pagi dan 12.00 tengahari sahaja. jadi nak tak nak sebab da sampai ke Jeti kan, kami ambil lah Public Feri.

perjalanan dari Jeti Syahbandar lebih kurang 1 jam 45 minit nak ke 2 jam lebih kurang.


Dewasa RM55.00, Kanak-kanak RM30.00
disebabkan kami naik public feri, kami bukan diturunkan terus ke jeti Laguna Redang Island Resort. public feri tu stop di Jeti Kampung. kalau penduduk situ akan keluar di pintu kiri feri, kalau penumpang nak ke resort akan terus keluar ke pintu kanan feri dan dekat situ kami terus di transit ke satu boat yang membawa kami ke resort.

dalam perjalan tu iaitu dalam feri itu,kami....kami...kami muntah!mabuk laut weii dalam feri tu, dan jangan risau dalam feri tu dah siap tergantung beg plastik hitam. :) . gila laju public feri ni. macam naik roller coaster kata suamiku. yang pasti, suamiku 2 kali dia muntah. ai sekali je. raziq?? hahahaha tak muntah. steady je. sebab dia tidur. alhamdulillah. kalau tak jenuh anak kecil muntah ni. terima kasih raziq. anak yang baik.


ok gambar bawah ni di ambil atas boat transit tu.sebab boat nya open air. kurang sikit mabuk nya.




taraaaaa....Laguna Redang Island Resort
sampai je di persisiran pantai, akan banyak wakil resort tunggu bersama dengan kenderaan masing-masing. (ala tak tangkap pulak gambar untuk bagi gambaran). kecuali Laguna, tiada kenderaan sebab nya dekat je Resort nya, jalan kaki je. tapi beg kita akan ada penyambut tetamu Laguna yang tolong angkat. sangat bagus servisnya.

Pijak je pasir nya. Ya Allah, halusnya. soalan ai pada suami "yaaaang...deme blender ke pasir-pasir ni?". macam biasa suami ai senyum peh tu gelak.

kami disambut dengan senyuman dan minuman air masam masin manis. memang melegakan rasa loya di tekak. kemudian ke kaunter untuk check in.kami check in dalam pukul 5 petang macam tu. 

Percutian kami ni selama 3 hari 2 malam. kami ambil pakej.seriusly kami walk-in je.tak buat reservation awal-awal.main terjah je.sebab nya tahu bukan musim cuti sekolah.tu yang berani tu.

dalam pakej tu, termasuk :-

-2 kali breakfast
-2 kali lunch
-2 kali dinner
-snorkeling

yang pasti makanan yang disediakan di Laguna ni memang sedap!

bilik nya besar untuk kitaorang yang 3 orang ni.kata ayah dekat raziq, "ok ambil sorang satu katil".


kami rehat-rehat sekejap bagi menghilangkan rasa mual-mual, goyang-goyang kepala. 

ok aktiviti pertama adalah terjun ke kolam dulu. aktiviti kegemaran raziq.






berendam sekejap dalam kolam terus ajak raziq main pasir dengan air laut. ibu yang nak sangat ke pasir tu sebenar nya. ;)

jom layan pic laut nya pulak.cantik!





muka nakal raziq
 


 




i love both of you to the moon and back - ayat clishe, heeeee
tak puas kan tengok keindahan Pulau ni?kita lagi la tak puas.kalau nak pergi kena planning seminggu kat sana.hehehehehe.

jom layan pic makanan pulak.tak banyak tangkap gambar.sebab terus makan.makanan nya sedap.

ibu dengan sayur salad tidak dapat dipisahkan.
ayah dengan omelette nya pun tidak dapat dipisahkan
raziq?? raziq dengan ipad dan bear bearnya tidak dapat dipisahkan. hish hish hish
Laksa Terengganu. Sedap!
jom kita layan pic pada waktu malam pulak.


ini satu-satu nya macam kedai runcit kat sini.sebab semua ada, sourvenir, ubat gigi, dan laian-lain. sebelah je dengan Laguna Redang Island Resort
itu yang ramai tu.


waktu malam tu lepas dinner, ada ajak suami jalan di sepanjang pantai. tapi raziq pulak tak nak. jenuh pujuk dia. dalam 10 minit duduk tengok bulan tetiba raziq ajak jalan. apa lagi laju kitaorang kata "ok ok jom". jalanlah kitaorang bertiga di sepanjang tepi pantai sambil ditemani cahaya bulan.

sangat meriah di waktu malam di sepanjang tepi pantai tu. sebab di sepanjang tepi pantai tu banyak resort lain.


jom kita layan pic hari kedua kitaorang pulak.



pose wajib ayah dan raziq dalam kolam




masa ni tengah panas terik.dia boleh relax je.sebab ibu dengan ayah suruh dia main pasir bawah payung. hehehehehe.






ayah kata ayah kena bina mahligai baru, sebab yang lama dah musnah sebab dilanggar air longkang..ehhh air laut..
ayah minta ibu bantu sekali. ibu tolong sikit je,
dan banyak dibantu oleh raziq
last day kitaorang tak ada aktiviti pun. bangun pagi, breakfast. kemas beg, lepas tu check out.
sambil tunggu transport nak ke jeti, raziq "ibu nak tepon, angkap ambar ni, epat"
pandai dia.
inilah jeti Laguna Redang island Resort
tak kesempatan nak tangkap gambar kat pintu gerbangnya.
last pic for you all.
2014 - Homestay di Area i-City
2016 - Laguna Redang Island Resort
alhamdulillah wishlist ke Pulau Redang tercapai. terima kasih pada en suami, yang merialisasikannya. ok kita usulkan wishlist seterusnya pulak. ke mana ek?hehehehe.