assalammuailaikum and salam sejahtera to all readers!
ok. tetiba rasa nak berkongsi cerita ni.
sabtu (22 jun 2013) - tak ada aktiviti apa-apa pun. cuma pergi ipoh untuk jumpa dengan ibu. perjalanan dari teluk intan ke ipoh 2 jam kalau bawa 90km/j. hihihihih laju jugak tu kan.
sebelum jumpa ibu singgah kinta city jusco sekejap cari jam tangan en suami. sebab nye jam dia jatuh di tengah lautan semasa bermain like banana boat tu. haaa tu la gatai sangat pakai jam kan. tapi sedih! itu jam hantaran kami. huhuhu. da tiga tahun jam tu. akhirnye mcm tu je hilang nye.
cari jam punya la payah. ari ni dimata ku ini, tak ada yang berkenan. padahal yang nak cari ni jam en suami. yang stress daku pulak. hahahaha. tapi terjumpa satu. smart. ok la ada 50% so dapat la harga jam tu rm119.00. en suami suruh pilih satu. ooohh ok. memang nak. tapi tak ada yg cun. so jam lama ku yang retak seribu itu jugak yang lagi cun di mata ku ini. pakai je la yang itu.
jusco kinta city sekarang ruang nya jadi kecil sebab tengah ada renovation. dan namanya bukan jaya jusco da. AEON namanya. tapi biasa la manusia kan. akan sebut yang lama jugak. kalau sebut aeon nanti ingatnye kat pengkalan nun. so kekal kan je la sebutan jusco kinta city. heeeeee.
on da way nak ke park kereta. singgah beli tart telur dekat 'the baker's cottage', memang favourite dari sekolah menengah lagi. punya la beratur panjang nak bayar tu. tak apa la asalkan dapat daku makan tart telur. tapi tart sekarang tak selembut tart dulu. hihihihih. zaman da berubah.
ok, sudah sampai ke main story. kik kik kik. kalau pergi ke jusco ni kalau tak singgah beli famous amos memang tak sah. dari zaman berkawan dulu sampai la da ada muhammad raziq ni. selalu beli 100gm je. kalau ada duit lebih beli 200gm punya. tapi itu pun sekali dua je. dalam hantaran kami pun dulu salah satu nye ada cookies ni. tak bagi ooooooo orang makan cookies favourite ni. ;)
una suka lagi yang timbang ni dari beli yg da ada kat supermarket tu. yang jenis timbang ni lagi sedap. rangup. and my favourite is chocolate chip sahaja. tak ada kacang ke almond ke. siapa yang tak suka manis tu, jangan la makan. nanti cookies sesedap ini anda kata tak sedap pulak.
ok sambung balik the main of story ni kan. lepas bayar tart telur tu, una cari meor dengan raziq. jumpa terus ajak meor pergi singgah beli cookies jap. peh tu boleh dia cakap, "nak pergi mana?", "Ala jom la jap,ayang nak beli famous amos, kan kalau datang sini wajib beli, ala jom la" "iyeke wajib beli" "iye" dalam sambil tolak tolak meor tu. dia keluar kan satu bungkusan famous amous 100gm. hahahahahhahahaha rupanya dia dengan raziq da beli kan dalam diam. sweet sangat. rasa macam nak nangis. (biasala una, sensitif, sikit-sikit nak nangis). ini adalah salah satu romantik nya suami ku ini. rupanya dia ingat apa yang selalu kami lakukan bersama. kadang-kadang perkara kecil macam ni, tak terfikir pun dia akan ingat. tapi dia ingat.
terima kasih sayang.
-Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment