alhamdulillah genap 3 tahun kami sebagai suami isteri. telah dikurniakan cahaya mata Muhammad Raziq bin Meor Faridzul Rizan yang sangat comel + bijak + cerdik + hensem dan lain-lain la. :) . sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesabaran dalam mengharungi dugaan. Happy Anniversary sayangg.
usia perkenalan kami telah mencecah 11 tahun. da darjah 5 da anak kalau masa tu terus kawin.hahahahahaha.gatai!
![]() |
zaman masa cintan cintun dulu. |
cuaca mulai mendung selepas solat jumaat. kemudian hujan turun membasahi bumi. lebat!. saat hujan turun dengan lebat, saat itu lah aku duduk di penghujung rumah, di atas tilam empat segi berhadapan dengan ku adalah ayah, tok kadi dan suamiku serta dikelilingi saudara-saudaraku. ayah. dia lah waliku. dialah yang menikah kan ku.
saat ku dengar "aku nikah kan dikau...........dengan anak ku......" dengan nada yang bergetar-getar oleh ayahku. jantung ku mulai penuh!sesak! dek kerana menahan rasa sebak. selesai ku dengar "sah!". melihat ayahku menangis.
selepas itu aku mulai pandang adik dan kakak ku. memberi isyarat 'ayah nangis'. dari mereka duk syok menangkap gambar, setiap posisi, seronok mereka snap sana sini tak duduk diam, terus langsung wajah mereka berubah sedih. entah. mungkin secara semulajadi kita akan mudah tersentuh apabila melihat orang tua kita menangis.
aku. dipesan oleh makcik ku, tarik nafas dan pandang atas, supaya air mata ku tak bercucuran yang boleh merosakkan make upku. huhuhuhuhuhu.
suamiku membatalkan air sembahyang dengan memakai kan ku gelang tangan. memberi mas kawin dan lain-lain lah as usually kalau orang menikah. hihihihihi.
![]() |
mak mertua + ayah mertua + ayah + ibu + mama |
kenduri sebelah ku (Changkat Sordang, Seri Iskandar)
tema : purple + silver
13 jun 2010 - ahad
kenduri sebelah suamiku (Batu Gajah)
tema : putih + pink
bukan mudah untuk bertahan selama 11 tahun ni, 3 tahun sebagai suami isteri. banyak sangat perkara yang perlu kita bertolak ansur. tapi kekadang tu ada jugak perkara yang membuatkan api kemarahan. cuma tinggal tak baling-baling pinggan, lambung-lambung, tampo bertampo, haaaa bab-bab yang menyakitkan tu tak lagi la. kalau boleh tak nak la langsung selama hidup sebagai suami isteri ni. hidupla dengan penuh berkasih sayang, bertolak ansur, saling faham memahami itu yang best!.
ucapan khas untuk suamiku. kalau dia baca. heeeeee ;)
"b, ayang sayang b. tipula kalau tak sayang. terima kasih, sangat-sangat la baik dengan ayang, sangat-sangat la sabar dengan ayang. terima kasih atas segala-galanya ye sayang.sentiasala mendoakan hubungan kita hingga ke syurga. b selalu cakap, bila kita bercakap mengenai akhirat nanti, b cakap "tak ada da kita nak ingat siapa-siapa, kita sibuk hal kita je," peh tu b cakap "dekat syurga nanti semua nya hebat-hebat", tapi ayang nak jugak cakap "dekat syurga nanti boleh tak ayang nak request teman hidup ayang, b jugak, ayang nak b jugak"..:')
No comments:
Post a Comment