Nuiffnag Ads

Friday, 13 November 2015

Program Jom Hidup Sihat

Program Anjuran Unit Kesihatan Kampus Tapah yang diadakan selama tiga hari pada 
11 November 2015 - 13 November 2015 
adalah satu program yang memberi kesedaran untuk hidup secara sihat dan memberi peluang pada staf untuk membuat pemeriksaan secara PERCUMA.

11 November 2015
Perasmian oleh Dr. Mohd Azian Zabidi iaitu Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah.
Selepas perasmian, cabutan bertuah untuk Staf yang memiliki BMI Unggul. nanti bawah sekali akan tunjuk cara kira BMI ye. :). Excited tunggu cabutan ni, sebab saya adalah salah seorang staf yang memiliki BMI Unggul, tapi tak bertuah. tak apalah tak ada rezeki.

Kemudian di ikuti ceramah cara pemakanan dan kesihatan dari Dr. Unit Kesihatan Kampus Seri Iskandar dan Pegawai Kesihatan dari Klinik di Tapah.
Menariknya sebelum memulakan ceramah dari Pegawai Kesihatan dari Klinik Tapah, kami diminta untuk panaskan badan. best jugak senaman nya. senaman peguin nama diberi. comel je.

12 November 2015
Acara Senamrobik yang diketuai oleh En Zaki lebih dikenali Sir Zack, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan seorang lagi. Sangat mengujakan pertama kali senamrobik bersama beliau, Ya Allah lembutnya badan En Zaki ni.best.terkinja-kinja je kat belakang.nasib berdiri di belakang sekali.ada video, tapi segan lah.heehhehe.
sebelah petangnya saya pergi membuat pemeriksaan kesihatan.dan ini keputusan nya.
faham ke?hhehehehe. keseluruhan nya saya sihat.Alhamdulillah.
Tekanan Darah = OK
Kolesterol = OK
Gluko = OK
Uric Acid = OK
13 November 2015
Hari terakhir adalah hari dimana hari 10,000 langkah.kami berjalan mengelilingi kampus bermula dari Unit Kesihatan ke Fasa 1 dan mengelilingi bangunan Polis Bantuan patah balik ke Unit Kesihatan.Penat jugak wei!.tapi katanya tak cukup juga 10,000 langkah.
Dirasmikan oleh Dr Norhidayu Kamisan
cuaca pagi yang sangat memberi laluan untuk kami berjalan dengan selesa di iringi angin.Nyaman!
masa ni ramai belakang kitaorang lagi
dah nak dekat check point kitaorang yang terakhir sekali, hahahaha
Berikut merupakan cara pengiraan BMI.

BMI = berat badan (kg) / tinggi (m) * tinggi (m)

tapi lebih senang kalau ada skala ni. diberi oleh Pegawai Kesihatan Klinik Tapah.
Ketinggian = 163cm,
Berat = 50 kg
Jadi BMI nya adalah dalam lingkung 19

yeayyy sihat!!yeayyy.

oklah sekian untuk update blog kali ini.

Babai.

Thursday, 12 November 2015

Aktiviti 4 hari cuti sempena Deepavali

Hai!
kali ni cuti yang panjang di manfaatkan dengan mengemas rumah. panjang ke?4 hari kira panjang la tu. sebab tak kemana kan.jadi terasa panjang la cuti tu.

nak mula kan mengemas tu Ya Allah malas nya.bila da mula wahhh best.kemas apa?sabtu kemas dapur.tagging peti ais.tagging barang-barang kering.Ala tak tangkap gambar.

ahad rehat.main guling-guling dengan raziq.tembak-tembak.ultraman.tobot la.raziq raziq.

isnin, mula la operasi men'sorting' baju-baju raziq dari baby sehingga la sekarang yang dah ketat sendat.

sebelum ni baju-baju raziq ni di letak lipat cantik-cantik dalam bekas dibawah ni.

3 bekas ni digunakan hanya baju-baju raziq.saiz bekas ni saiz paling besar.

jadi atas kerajinan dan fikir boleh jimat ruang lagi. bawa keluar semua baju raziq sorting ikut saiz yang tagging di baju.
 lepas tu masukkan dalam plastik yang saiz L beserta tulis tagging saiz di plastik tersebut.

 
malam perayaan Deepavali iaitu isnin di iringi bunyi mercun booomm booommm kedaboomm da siap packing mengikut saiz.

dan surprisely semua baju da siap tadi di letak kat dalam bekas biru tu balik, yang dari 3 bekas tadi, semua baju tu tadi boleh muat dalam HANYA satu bekas. amazing! 
seronok nya!lepas ni nak sorting apa pulak ye.hurmmm..

Friday, 9 October 2015

Sahom Farm Retreat, Perak


ok kali ni kami memilih ala ala kampung untuk pengumpulan/perjumpaan/ramah mesra=family day adik-beradik, ayah ibu, mama di Sahom Farm.


kitaorang planning tarikhnya 6 bulan sebelum. 

check in : 25 Sept 2015 (Jumaat)
check out : 26 Sept 2015 (Sabtu)

pada yang tak tahu Sahom ni macam mana. nanti kita layan gambar-gambar di bawah ye. tapi ni serba sedikit mengenai Sahom,

Sahom Farm Retreat yang terletak di Kampar Perak. Sahom Farm Retreat ini adalah satu "Private Villa" di mana kadar sewaan rm800 untuk 2 Hari 1 malam yang boleh memuatkan bilangan 30 orang. Kawasan nya sangat luas yang mempunyai 3 kampung di dalam nya. 
1. Kg. Warisan
2. Kg. Tepian Sungai 
3. dan terbaru Kg. Buluh


Setiap Kg. menyediakan 5 buah rumah, tempat BBQ, satu beranda luas untuk melepak, kolam renang dan Sungai semulajadi (jika menginap di Kg. Tepian Sungai). 


Sahom ni juga menyediakan Pakej Makan.
1. Pakej Makan Malam RM35.00 seorang (Sarapan,Minum Petang,Makan Tengahari,Makan Malam)
2. Pakej Sepenuh Hari RM25.00 seorang (Sarapan,Makan Tengahari,Minum Petang)
3. Pakej Separuh Hari RM20.00 seorang (Minum Pagi/Petang, Makan Tengahari)

tapi, tapi, tapi, kalau korang ambil pakej-pakej ni, bila masa makan korang kena pergi ke coffee house nya yang terletak di Main Office. kena bawak kereta juga la. tapi, tapi, tapi, boleh juga kalau korang nak makanan korang di bawa ke atas. ada charges nya. ;)

dari pengalaman lah kan.baik la korang masak sendiri. tempat membakar dah ada (sudip/penyepit kena bawak).sinki dah ada (sabun membasuh kena bawak) lagi puas. :)

Jadi kitaorang book di Kg. Warisan. Kg. Tepian Sungai sentiasa penuh. nak tunggu kosong entah bila. so proceed je planning ni.ok layan jap gambar-gambar di Kg. Warisan ni.
kolam renang ni kitaorang yang punya.tak sharing dengan siapa-siapa. ni kolam di bawah.
kolam di atas, berdekatan dengan tempat BBQ/masak


kalau nak tahu, end up kitaorg tak tido pun dalam rumah-rumah tu. kitaorang tido reramai kat sini seronok sangat!,iaitu di ruang terbuka.sebab dalam rumah tak ada tv, kat ruang terbuka ni la satu-satunya ada tv. yang penting jangan lupa bawak ubat nyamuk!.

rumah-rumah di Kg. Warisan, berjauhan sikit dengan ruang utama

Ni ruang utama Kg. Warisan. belakang orang yang tangkap gambar ni la tempat ruang terbuka tu.
ok. toilet open tau korang.nampak langit.yang lawak mandi kat shower tu sekali daun-daun pun turut mandi


keistimewaannya, bila dah sewa satu Kg. ni semua ini kitorang yang punyalah. kolam renang ke toilet ke, tempat makan ke tak perlu nak share dengan orang luar.

signage ni Pihak Sahom sediakan. lepas dah semua masuk parking. pacak kan la benda ni di tengah-tengah laluan. tapi ada je orang ganggu privasi kami. konon nak tanya mana Office. choiii!! sebelum masuk ke lorong Kg. ni jumpa Office dulu la,haiyoooo
rasanya cukup kut informasi mengenai Sahom ni. jom kita layan gambar kitaorang pulak. :)

ibu + raziq

yang kecik habis hati suka berendam.yang beso pulak over.

abaikan suara yang last tu.hahaha

paksu

raziq = ayah + ibu


jalan masuk ke Kg. Warisan



makan malam kitaorang
ayah bersama anak-anak lelaki + menantu-menantunya + cucu-cucunya
lunch date lepas check out

and....surprise for me
terima kasih. and you know how much i love all of you.

this shortvacay ni sangat seronok. sebab dapat release tekanan kerja berminggu-minggu. lepas dah sampai rumah menung kejap.esok nya da mula rindu mereka semua.huhuhuhu.

ok kita plan next shortvacay pulak ye. ;)




Thursday, 10 September 2015

Sangat 'Touching'

Assalammuailaikum

Nak berkongsi cerita, selepas audit 5s dijalankan tadi.rasa salah satu beban di bahu ni dah tiada.tapi ada lagi beban-beban yang mendatang.tak apa.una mampu laku kan.
bukan rajin ye.sebabnya nak tunggu acik cleaner pukul 11 baru sapu bersih kawasan ni.audit datang 10.30 jadi terpaksa bersih kan sendiri dulu
sambil melepas kan kelegaan setelah di audit, tetiba naik notification kat insta request untuk follow. kita pun accept la.peh tu terus naik notification comment "Una!rimduuu...""dah lama cari awak tau!k, nak nangis siap2". kita pun laju suh dia accept request kita nak follow dia.sebab nak tahu siapa dia.

sayang nya kita ni pelupa la sangat.tak berapa nak ingat.last-last berhubung melalui wasap.

rupanya kawan masa sekolah rendah dulu.kawan yang paling rapat. tapi kenapalah memori ni sangat lah low untuk mengingati kenangan bersama dia.

perlahan-lahan di wasap dia mengeluarkan satu-persatu cerita kami.antaranya dia ingat kita suka makan masakan mak dia iaitu sambal udang!dan dia ingat juga ayah kita pernah ambil kita disekolah naik vespa!

Ya Allah, Kau lindungi lah, berkatilah beliau.kerana aku merasai kasih sayang nya.bertapa utuh nya kasih sayang dia terhadap aku sebagai kawan.amin.

memang nak nangis.sebab kesungguhan dia mencari kita selama ni.dekat fb, memang tak lah jumpa sebab kita tak ada fb, tanya dekat kawan-kawan, lagi la siapa la yang kenal kita sangat. lastly ada sorang kawan ni bagi keyword dekat dia kata kita kerja uitm tapah.


dia jumpa blog kita ni!dan cari kita kat insta.

dia tu = NurulHayati Mior Aminuddin sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.dengan bangganya, inilah kawan kita tu.Taaaraaaaa.....

dear hayati, sesungguhnya daku merasai kasih sayang mu

ni mak abah hayati.kata hayati abah dia suka menyakat kita dulu.mak nya pulak akan paksa kita makan nasi dulu kalau nak balik :)

doamu telah Allah makbulkan untuk kita ketemu.walaupun bukan face to face.in sha Allah, Allah akan makbulkan doaku untuk bertemu denganmu serta keluargamu.

Terima Kasih menjadi kawan yang mengingati segala pahit manis bersama. ;)

love you hayati and of course tersangat rindu awaaaaak.




Friday, 21 August 2015

Rehat Jumaat Kami

Assalammuailaikum

kali ni nak share waktu rehat setiap jumaat kami. biasalah waktu rehat pada hari jumaat kami dari jam 12.15 tengahari - 2.45 petang. masa yang panjang ni kami guna untuk mengeratkan hubungan yang ada.

gosip, peh tu gelak. cerita hal anak-anak, peh tu gelak. makan, peh tu gelak. masa ni lah digunakan untuk merasai kasih sayang masing-masing.

sejak salah seorang kawan kami ni baru berkahwin dan berpindah di rumah baru dan dekat jua rumahnya dengan uitm.rumah dia lah sasaran kami untuk masak-masak.terima kasih zakiah dan pyjai (suami).baik hati sentiasa terbuka menerima kehadiran kami.

ok meh nak share pic #rehatjumaatkami pada jumaat lepas 07 Ogos 2015. Steamboat Time!!

meriah tak?




with wani gebu gebasss

dah penuh perut dengan segala macam steamboat kitaorang lepak makan kuih raya pulak. sedap semperit zakiah!

nampak tak kita bawak balik bekas biskut.biskut raya semperit.sedap sangat!
ok habis cerita #rehatjumaatkami pada 07 Ogos 2015. ehhh jap, nak kredit to tomyam zakiah.sedap.pandai masak.

meh nak kongsi pulak cerita #rehatjumaatkami pada hari ni. selalunya kami tak planning awal-awal nak masak apa.nak makan apa.jenis kami, ok korang, esok jom buat itu ini.hari biasa pun, waktu tengahari nak makan kat mana pun kami tak decide.start kereta baru la nak tuju ke mana nak tuju.sana habis pergi kat sini pulak.sini pun habis makanan nya pergi ke sinun pulak.

jadi jangan lah ada antara kawan-kawan lain yang berkecil hati jika tidak mengajak.maafkan kami ye.tak mudah untuk menjaga hati semua.kadang-kadang kami penat nak menjaga hati semua.sebab tak semua menjaga hati kami.

masing-masing ada kawan masing-masing.kehidupan ni mudah.waktu korang dengan kawan-kawan korang, kami yang disini tak berkecil hati pun korang tak mengajak korang buat makan-makan.tapi kenapa bila kami yang buat ada je suara-suara yang berkecil hati?

the answer is...itu tanda korang selesa dengan kami.:).hubungan persahabatan kami penuh kasih sayang.kan??hehehhe

hasil #rehatjumaatkami ni pun semuanya atas kutipan bahagi-bahagi ringgitnya.setakat ni dua kali buat makan-makan ni, kami hanya mengeluarkan 

RM9.80 sahaja seorang.

sangat jimat. basuh membasuh pinggan.sama-sama.potong memotong bahan,sama-sama.best kan?heheheheh

dari segi pembelian barang pulak, bahagi. orang itu beli ini, orang ini beli itu.yang penting bila kita berada dalam kumpulan kecil macam ni. inshaAllah, tiada yang ada tidak kepuasaan hati.masing-masing ikhlas,

ok dah lah.jom layan gambar. :)

rajin tuan rumah kita melayan tetamu.kentang tu dah siap goreng.sebab nampak kamera nak tangkap gambar dia, laju dia masuk kan kentang tu balik.zakiah zakiah.....

my pinggan.
idea deco by me! ;)
yang menyusun dalam pinggan by zakiah dan mai! :)
yang lain??tak sabar nak makan. :p
oooooohhhh lupa, tak lupa cik melah kita yang rajin menggrill lamb and sosej kegemaran elma!

tetamu jemputan hari ni kak munah


comel semua nya
yang ni lagi comel :p

sayang semuaaaaaa

kak melah dengan ju tu pandai.bila tangkap gambar je mesti menyorok belakang orang.sebab?.nak nampak kurus!haisshhh

ok habis cerita untuk #rehatjumaatkami. 

"untuk melihat siapa diri kamu, lihat dengan siapa kamu berkawan"

my quote is

"ikatan persahabatan tidak pernah disimpulkan. sentiasa terbuka menerima siapa saja.tapi jangan berkali-kali menyakiti hati ini, kerana dengan mudah ikatan itu tersimpul rapi"


Wednesday, 19 August 2015

Kalau Diberi Satu Peluang

Assalmmuailaikum di pagi rabu ini.

dah lama tinggal kan blog ni.macam-macam isu sekarang ni.yang paling menarik 2.6 billion. kah kah kah.kenapa 2.6 billion?ok ada kena mengena dengan cerita kisah dibawah. (jeng jeng jeng)

rentetan dari http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Trending/Kalau-Diberi-Satu-Peluang-Apa-Yang-Anda-Inginkan-D . ok. terpanggil untuk berkongsi apa yang di inginkan bila diberi satu peluang.
peluang dalam bentuk apa, bagaimana, terpulang bagaimana individu itu berfikir.

tulisan ini adalah ikhlas dari hati yang tiada propa nya.

Kalau diberi satu peluang, Apa yang di inginkan?

sebenarnya banyak peluang yang nak minta.tapi kalau nak diberi satu peluang je waktu ini, saat ini, di usia ini, ok lah.dapat juga peluang tu kan.nak minta 1 juta je.tak nak minta billion tu.nak juta je.(materialistik betul, lantak la nak cakap apa, tapi korang baca sampai habis dulu. ;) )

nak buat apa dengan 1 juta tu?

pertama : nak sempurnakan rumah ibu ayah.bukan lah sekarang ni tak sempurna.bukan lah jua tak bersyukur.nak memberi mereka sedikit keselesaan yang amat. 'rumahku syurgaku'

kedua : nak belikan ibu kereta auto.sebab tangan ibu pernah patah.kalau angkat berat kerja berat,dia akan sakit.sekarang ibu kereta manual.bukan lah jua tak bersyukur.

ketiga : nak beli rumah sendiri.nak selesa.balik rumah seperti di spa. ;) . bukan lah jua tak bersyukur

keempat : selebihnya mengembangkan lagi duit yang ada.bila da berkembang nak bayar hutang belajar, hutang kereta, blah blah blah.....

bila hidup kita sudah cukup, tiada apa yang dikejarkan, tiada apa untuk difikirkan, alangkah nikmatnya. duniawi tidak dikejarkan lagi.hanya akhirat yang dikejarkan.setuju tak?tak setuju tak apa.

tapi masa kisah 2.6 billion tu hangat.pernah sembang dengan laki kita.bunyi nya macam ni.
"b boleh tak, ayang nak minta 1 juta je kat najib. 1 juta je. nak telefon dia boleh tak?tulis surat ke?"

"ayang nak buat apa 1juta?"laki kita tanya.hahahahah korang rasa kita jawab apa?jawapan nya sama macam tertulis di atas. dari pertama sehingga keempat.

dan jawapan laki kita nak tahu apa? "baiklah....ayang tulis surat minta 1 juta cakap, saya nak  1 juta je 1 juta je nak derma kan pada anak yatim."

aku ".........................................................(tiada kata seindah bahasa laki aku)"

kesimpulan nya.berbalik pada kita.jangan tanya kenapa Allah tak memberikan kita LEBIH.kerana Allah sudah bagi kita yang TERBAIK atau LEBIH BAIK.bersyukur selalu.kenikmatan tu akan ada.duniawi tidak dikejarkan lagi.hanya akhirat yang dikejarkan.

wallahhualam.

Assalammuailaikum.






Friday, 13 March 2015

Happy Birthday Sayang

Dear Muhammad Raziq,

Happy Birthday Sayang! Ibu ayah love you so so so much.Terima Kasih menjadi anak yang baik pada ibu ayah.teruskan sehingga nafas terakhir ibu dan ayah ye sayang.dan doa ibu dan ayah untuk Muhammad Raziq sentiasa berada dibibir. (i know u will read this one day!)


ibu pernah share kan moment kelahiran Muhammad Raziq di Facebook, jadi ibu akan share kan lagi tanpa rasa jemu.

"
: Today is Wednesday = 13.03.2013 :

Happy birthday baby ibu! Muhammad Raziq Meor Faridzul Rizan. 1 tahun sudah.

12.03.2012 ~ ibu masih bekerja seperti biasa. Tapi baby ibu ni da kurang bergerak. Risau. Niat dihati, tak bergerak jugak malam ni, esok nye nak ke hospital. Tup tup tup. Tengah malam ibu bangun untuk membuang air besar. Perut seperti rasa sengugut. Normal kut. Ada pulak setitik darah. Jadi ibu pandang ayah, ayah pandang ibu. Masing2 muka cuak!.

13.03.2012~ 1.30pg slow2 ayah bawak kereta dari teluk intan ke ipoh. Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. 3.30 pg sampai. Sepanjang perjalanan setiap setengah jam baby ibu ni mengeras. Sakit?memang sakit!. Kalau di beri ular digenggam ular tu, ular tu boleh mati. Umpama nye gitu le.
Pertama kali ibu duduk di atas kerusi roda. Bukan tak boleh berjalan tapi di suruh duduk. Ok ibu duduk. Ibu terasa nak buang air kecil. Nurse pesan, jangan kunci pintu ye. Oohhh ok. Dibawa ke tingkat 2, labour room. Baring atas katil di check baru 3cm bukaan. Jadi ibu di suruh rehat dalam bilik dulu. Bilik tingkat 4. Sambil menunggu, kekerapan sakit Ya ALLAH, memang hebat. Guling2 atas katil. Yang menemani ibu waktu tu ayah dan opah baby. “banyak selawat, nanti jangan nak jerit2. Baca doa banyak2.” Pesan opah baby pada ibu sambil tangan urut2 kaki ibu.
Nurse datang bagitahu pukul 7.00pg masuk labour room ye masuk air.
Di labour room ibu bertambah sakit. 8.15pg macam tu atok nye pulak datang bersama nenek dan paksu. Ibu menunggu masa je. Atok masuk cium dahi ibu. Sempat ibu pandang atok, atok menangis!. Nenek pesan, selawat, sabar. Paksu pulak, menyerongeng!. Nak dekat pukul 9.00pg ibu cakp dgn nurse, “saya nak bangun, saya nak berak”. Nurse pun cakap, awak bukan nak berak. Sabar ye. Kekelambutan berlaku. “call doc call”. 9.05 pg doc sampai dengan senyuman. Menunggu di depan ibu untuk mnenyambut baby ibu. Ayah MASIH SETIA disisi ibu. “ok, tarik nafas panjang2, teran!.” Ibu pun memula kan jihad ibu. Teran yang pertama ibu dengar “ALLAHUAKBAR!!”, teran lagi. Ok ibu teran lagi. Tepat 9.14pg baby ibu keluar. Baby ibu belum bersuara lagi sehingga di bawa belakang ibu untuk dicuci baru ibu mendengar tangisan anak ibu.
Muhammad Raziq, anak ibu ayah adalah amanah dan pinjaman yang tidak ternilai dari ALLAH. Terima kasih Allah mempermudahkan segala2 nya. Amanah ini akan ibu dan ayah jaga sehingga nafas terakhir ibu dan ayah. Doa ibu untuk raziq sentiasa berada di bibir ibu.
Happy birthday Raziq!. smile emoticon
#Statusupdateyangpalingpanjangsetakatini.hihihhihi#
"