kali ni nak share percutian ke Pulau Redang, Terengganu. tak rancang pun percutian ni. maksudnya tak rancang awal-awal pun percutian ni.
disebabkan keletihan emosi dan badan yang tak berapa nak sihat beberapa minggu ni, pejam mata je ambil cuti selama seminggu bermula 18 April. duduk rumah je bermula isnin tu, sehingga petang rabu, suami tetiba search ke Pulau Redang (dia tahu, itu tempat dalam wishlist isterinya). apa lagi mata aku berkelip-kelip 24 juta kali. hehehehehehe. terima kasih suami.
asalnya suami ajak ke Pulau Redang hari Jumaat, so khamis tu bergerak perlahan-lahan ke KL, tidur di rumah kakak-kakak di KL, kemudian Jumaat pagi baru gerak ke Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. disebabkan itu adalah tempat wishlist ai, jadi terkinja-kinja sikit nak pergi. ai bagi cadangan dengan suami gerak je pagi-pagi khamis tu. gilir-gilir drive. suami setuju! yeayyyyy!
jadi kami pun bergerak pukul 5 pagi. sampai di Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu tepat jam 12.00 tengahari. 7 jam perjalanan. fuh!. info tambahan, sepanjang perjalanan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), hentian rehat nya tak meriah macam Lebuhraya Utara Selatan. Stesen Minyak pun susah nak jumpa. so isi penuh-penuh ye. macam kitaorang terpaksa exit di Bukit Besi Paka untuk isi minyak.
disebabkan kami ambil masa untuk mencari stesen minyak, kami terlepas feri Laguna Redang Island Resort pada jam 12.00 tengahari, memang tepat jadual perjalanannya. dah rugi berapa ratus disitu, huhuhuhu. jadi feri yang tinggal waktu perjalanan adalah jam 3.00 petang, kami di sarankan naik public feri jam 3.00 petang itu. sebab jadual Laguna Redang Island Resort adalah pada jam 9.00 pagi dan 12.00 tengahari sahaja. jadi nak tak nak sebab da sampai ke Jeti kan, kami ambil lah Public Feri.
perjalanan dari Jeti Syahbandar lebih kurang 1 jam 45 minit nak ke 2 jam lebih kurang.
Dewasa RM55.00, Kanak-kanak RM30.00 |
dalam perjalan tu iaitu dalam feri itu,kami....kami...kami muntah!mabuk laut weii dalam feri tu, dan jangan risau dalam feri tu dah siap tergantung beg plastik hitam. :) . gila laju public feri ni. macam naik roller coaster kata suamiku. yang pasti, suamiku 2 kali dia muntah. ai sekali je. raziq?? hahahaha tak muntah. steady je. sebab dia tidur. alhamdulillah. kalau tak jenuh anak kecil muntah ni. terima kasih raziq. anak yang baik.
ok gambar bawah ni di ambil atas boat transit tu.sebab boat nya open air. kurang sikit mabuk nya.
![]() |
taraaaaa....Laguna Redang Island Resort |
Pijak je pasir nya. Ya Allah, halusnya. soalan ai pada suami "yaaaang...deme blender ke pasir-pasir ni?". macam biasa suami ai senyum peh tu gelak.
kami disambut dengan senyuman dan minuman air masam masin manis. memang melegakan rasa loya di tekak. kemudian ke kaunter untuk check in.kami check in dalam pukul 5 petang macam tu.
Percutian kami ni selama 3 hari 2 malam. kami ambil pakej.seriusly kami walk-in je.tak buat reservation awal-awal.main terjah je.sebab nya tahu bukan musim cuti sekolah.tu yang berani tu.
dalam pakej tu, termasuk :-
-2 kali breakfast
-2 kali lunch
-2 kali dinner
-snorkeling
yang pasti makanan yang disediakan di Laguna ni memang sedap!
ok aktiviti pertama adalah terjun ke kolam dulu. aktiviti kegemaran raziq.
berendam sekejap dalam kolam terus ajak raziq main pasir dengan air laut. ibu yang nak sangat ke pasir tu sebenar nya. ;)
jom layan pic laut nya pulak.cantik!
![]() |
muka nakal raziq |
![]() |
i love both of you to the moon and back - ayat clishe, heeeee |
jom layan pic makanan pulak.tak banyak tangkap gambar.sebab terus makan.makanan nya sedap.
![]() |
ibu dengan sayur salad tidak dapat dipisahkan. |
![]() |
ayah dengan omelette nya pun tidak dapat dipisahkan |
![]() |
raziq?? raziq dengan ipad dan bear bearnya tidak dapat dipisahkan. hish hish hish |
![]() |
Laksa Terengganu. Sedap! |
![]() |
ini satu-satu nya macam kedai runcit kat sini.sebab semua ada, sourvenir, ubat gigi, dan laian-lain. sebelah je dengan Laguna Redang Island Resort itu yang ramai tu. |
waktu malam tu lepas dinner, ada ajak suami jalan di sepanjang pantai. tapi raziq pulak tak nak. jenuh pujuk dia. dalam 10 minit duduk tengok bulan tetiba raziq ajak jalan. apa lagi laju kitaorang kata "ok ok jom". jalanlah kitaorang bertiga di sepanjang tepi pantai sambil ditemani cahaya bulan.
sangat meriah di waktu malam di sepanjang tepi pantai tu. sebab di sepanjang tepi pantai tu banyak resort lain.
jom kita layan pic hari kedua kitaorang pulak.
![]() |
pose wajib ayah dan raziq dalam kolam |
![]() |
masa ni tengah panas terik.dia boleh relax je.sebab ibu dengan ayah suruh dia main pasir bawah payung. hehehehehe. |
![]() |
ayah kata ayah kena bina mahligai baru, sebab yang lama dah musnah sebab dilanggar air longkang..ehhh air laut.. ayah minta ibu bantu sekali. ibu tolong sikit je, |
![]() |
dan banyak dibantu oleh raziq |
![]() |
sambil tunggu transport nak ke jeti, raziq "ibu nak tepon, angkap ambar ni, epat" pandai dia. |
![]() |
inilah jeti Laguna Redang island Resort tak kesempatan nak tangkap gambar kat pintu gerbangnya. |
last pic for you all.
![]() |
2014 - Homestay di Area i-City 2016 - Laguna Redang Island Resort |
alhamdulillah wishlist ke Pulau Redang tercapai. terima kasih pada en suami, yang merialisasikannya. ok kita usulkan wishlist seterusnya pulak. ke mana ek?hehehehe.