Nak berkongsi cerita, selepas audit 5s dijalankan tadi.rasa salah satu beban di bahu ni dah tiada.tapi ada lagi beban-beban yang mendatang.tak apa.una mampu laku kan.
bukan rajin ye.sebabnya nak tunggu acik cleaner pukul 11 baru sapu bersih kawasan ni.audit datang 10.30 jadi terpaksa bersih kan sendiri dulu |
sayang nya kita ni pelupa la sangat.tak berapa nak ingat.last-last berhubung melalui wasap.
rupanya kawan masa sekolah rendah dulu.kawan yang paling rapat. tapi kenapalah memori ni sangat lah low untuk mengingati kenangan bersama dia.
perlahan-lahan di wasap dia mengeluarkan satu-persatu cerita kami.antaranya dia ingat kita suka makan masakan mak dia iaitu sambal udang!dan dia ingat juga ayah kita pernah ambil kita disekolah naik vespa!
Ya Allah, Kau lindungi lah, berkatilah beliau.kerana aku merasai kasih sayang nya.bertapa utuh nya kasih sayang dia terhadap aku sebagai kawan.amin.
memang nak nangis.sebab kesungguhan dia mencari kita selama ni.dekat fb, memang tak lah jumpa sebab kita tak ada fb, tanya dekat kawan-kawan, lagi la siapa la yang kenal kita sangat. lastly ada sorang kawan ni bagi keyword dekat dia kata kita kerja uitm tapah.
dia tu = NurulHayati Mior Aminuddin sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.dengan bangganya, inilah kawan kita tu.Taaaraaaaa.....
![]() |
dear hayati, sesungguhnya daku merasai kasih sayang mu |