Assalammuailaikum dan selamat sejahtera semua.
sudah lama sangat entry ni duduk dekat post tak ter post post pun lagi. ok kali ni nak update pasal trip ke Sarawak.trip ni pada bulan jun tahun 2014, 3 hari 2 malam, tapi maaf i update pic je.info-info tu sikit, kebanyakan dah tak ingat.so tak dapat membantu sangat.yang pasti korang kena pekena Mee Kolok dia,Laksa Sarawak, Pisang Goreng Cheese dekat kampung budaya dia memang pergghhhhhh, tak jumpa kat semenanjung macam tu tau.bukan i sorang cakap tau.ok jom kita layannnnn.
 |
macam biasa kena tangkap gambar sebab takut lupa park kereta dekat mana |
 |
i memang suka bergambar, tapi malangnya laki i tak suka |
 |
raziq with sepupu dia, aliff |
 |
cotton candy, favourite scenery bila atas awan |
 |
nasi lemak dia memang sedap |
 |
nak bagi raziq duduk diam ini je bagi nye
 |
tapi still tak boleh juga duduk diam raziq ni |
|
perjalanan dalam 2jam macam tu.lebih kurang lah.sampai-sampai je tour guide kitaorang sudah tunggu.tempat pertama kitaorang kunjungi ialah sunset cruise.ada lah atas cruise tu dalam 1 jam 30 minit.kalau korang rasa masa tu lama, jenis anak 'baik' sangat tak perlu kut naik.hehehehehe.tapi yang seronok nya cruise ni serve kan kita kek lapis sarawak, tarian kebudayaan dan minuman orange juice for FREE.
 |
harga tiket |
 |
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak |
 |
Masjid Bahagian Kuching |
 |
Rumah Orang kaya Sarawak, Taib Mahmud |
 |
Sunset, Subhanaallah. cantik |
 |
tarian kebudayaan negeri Sarawak |
 |
mesti korang tak nampak kan apa sejarah tu.korang nampak kaki i je kan.hahahha |
turun je cruise kami da penat.memang terus nak balik homestay.kami menginap homestay di taman guru.cantik-cantik rumah dekat Sarawak ni.sangat teruja.sebelum balik homestay kami makan di Restoran yang macam-macam makanan ada.mata aku memang mencari Mee Kolok je.memang kena rasa kalau da datang Sarawak ni.rasa dia?macam maggi indomee.hehehehe.tapi sebab ada kat Sarawak feeling dia lain.cuba lah baru tahu.
 |
Mee Kolok |
 |
Laksa Sarawak |
hari kedua kami, dipenuhi dengan jadual jalan-jalan.walaupun cuaca pagi tu hujan renyai-renyai.kami bersarapan dulu, sarapan pagi i Mee Kolok lagi.hehehee.kemudian bergerak ke Jong Crocodile Farm.
 |
yang muka paling beso depan tu dipaksa tangkap gambo |
 |
masuk jong crocodile farm ni kena stick tiket dia, kami buat pilihan stick dekat dada.hahahahah |
 |
ajiq buaya! |
 |
ada orang jeles dihujung sana memberontak untuk dilepaskan |
 |
BFF forever |
 |
seronok tengok buaya buat show, heeeheee |
 |
ajiq selfie dengan ibu.lubang hidung dia sama kan dengan ibu. :p |
selesai di jong crocodile farm, kami gerak ke Kampung Budaya Sarawak.sampai pun lebih kurang pukul 3.00 petang. makan tengahari di foodcourt yang berdekatan.haaaaaa dekat sini la pisang goreng cheese yang i kata sedap tu.
 |
serius sedap. diulangi tak jumpa kat semenanjung sesedap ni |
Harga tiket untuk masuk ke Kampung Budaya adalah normal RM60 tapi kami dapat diskaun RM45(harga pemandu pelancong) harga tiket kanak-kanak RM15.untuk warga emas diberikan buku ini.fungsi buku passport ni, setiap rumah-rumah kebudayaan yang kita masuk kita minta mereka chop.itu je tiada apa-apa,sebagai kenangan.
tak semua rumah i sempat snap.al maklum la berjalan dengan anak-anak.
jam hampir pukul 4 semua berkumpul untuk persembahan di dalam auditorium.ending persembahan tu mereka menjemput pengunjung menari bersama.adik i angkat tangan nak menari sama-sama tapi mereka tak nampak.lain kali duduk depan-depan ye.
sejujurnya, korang memang kena pergi kampung budaya ni. kata tour guide kitaorang, bila kamu pergi ke kampung budaya ni seperti kamu sudah pergi keseluruhan negeri Sarawak.best!
ok. habis cerita disiang hari.kami pulang untuk bersiap-siap makan malam. ok ini excited sikit nak cerita.sebab aku memang suka bab makanan.malam tu kami makan di Top Spot Seafood.kami pergi kedai makan yang memang tour guide kami bagitahu, jadi tak ada kemusykilan dari segi halal nya.tapi lupa sudah gerai nama gerai.
Top Spot Seafood tu di tingkat atas sekali.tempatnya seperti food court.ramai sangat malam tu.yang best kerang besar udang besar ikan besar semua besar.dan sayur Midin yang seperti paku pakis, memang terbaik!
 |
ni la sayur midin nya. |
 |
tetiba teruja tengok kerang tersangat besar. dalam pic tak nampak besar kan?tapi sebenar besar. |
 |
pemandangan malam |
 |
family potrait. boleh la.walau tak cukup ahli |
hari terakhir kami di Sarawak.flight pagi.jadi sempat pergi pasar santok untuk membeli ikan terubuk masin.
 |
goreng bersama bawang cili best ni |
 |
ini la abg tour guide kitaorang :) thank you abang |
sambil tunggu time departure, kami makan tabaloi ni.sedap oooo.hehehehe.lambat tahu kesedapannya.kalau tak, da borong kat kedai luar dari airport ni.
 |
rasa nya seperti kuih sepit |
makluman tambahan, terlupa nak add. berhadapan dengan river cruise Sarawak tu, ada deretan kedai-kedai yang jual pelbagai barangan.antara yang menarik minat i ialah.....taraaaaaaa murah tau.
 |
batik sarawak |
sebenarnya tak kesemua tempat dapat kami kunjungi disebabkan kami hanya datang bercuti 3 hari 2 malam.apa-apa pun alhamdulillah dapat makan makanan dalam wishlist i dan tempat yang ingin dikunjungi dalam wishlist i jugak.alhamdulillah.