Nuiffnag Ads

Friday, 5 April 2013

~i call it 'ipong'

ok semua.

hari ini nak buat sedikit perkongsian mengenai ipong ejaan betul nye iphone! ;). aku je suka panggil iphone ni ipong!.

mula jatuh cinta dengan keluaran apple ni sejak menggunakan iPad2.

huhuhuhu, tujuan sebenar beli iPad ni sebabnya nak ber 'business'. so atas ketidakcukupan duit, tolak galaxy note yang pakai tak sampai beberapa bulan pun. Di jadikan lah hadiah untuk birthday saya!
 
 
ini lah iPad saya.

cover sudah lunyai

ok kita terus ke subject kita iaitu mengenai iphone.

tak terfikir langsung nak tukar fon da. sebelum ni memakai fon samsung galaxy ace (slow sikit). bila tengok kakak memakai iPhone 5! jadi mata ni berkedip2 dengan gedik dan hanya menelan air liur jew. di hati "bestnye!!". tapi tersedar kembali di pangkal jalan. jangan ko nak berangan una. cukup2 sudah.

di suatu petang, saje sembang2 ngn sayangku. 'b, kakak pakai iphone 5, iphone lama dia tu ada ni hah, tak jual, dia kata button home hang'. jawapan sayangku 'iye'. hurm macam tak ada minat je. so habis disitu je.

di pendek kan cerita, suami ku ini membuat suprise kepada ku sehingga menangis aku!. hahahahha.

dan ini lah, ipong ku!




ok. dia tahu ye my favourite color dari gadget hingga le ke kereta memang suka putih!.

jom kita tengok sikit perbezaan iPhone 5.




yang uoollsss kena tahu, iPhone 5 ni ia menggunakan nano chip. erti kata lain ia tidak sama macam simkad telefon lain. so kalau lepas ni ada niat lagi nak tukar telefon, agak sukar sedikit. kerana perlu menukar ke simkad yang biasa melainkan kita ada converter dia. :)

best nye iphone 5 ni :-

Grafik dia laju dan cepat sebabnye menggunakan chip A6.

yang tak best nye, bateri cepat juga habis sebab terlalu banyak penggunaan. hahahahha. jadi wishlist selepas ini adalah power bank. ok!

XOXO
una


Wednesday, 6 March 2013

~yesterday is tuesday

semalam kol suami. as usually sampai je tempat kerja memang akan call dia. untuk tanya raziq macam mana. sebab yang hantar raziq ke rumah pengasuh adalah dia. kali ini call dengar suara dia lain je. rupanye ada kisah nye.

kisah nye :-

"tadi b hantar dia. kak lia sambut terus dukung dia (pengasuh ajiq). masa b nak pergi tu dia tengok je b pergi. b tengok cermin belakang. sampai hilang kereta dia tengok. muka dia macam kata ayah tinggalkan aku"

ala3, sedih dengar. macam nak nangis je dengar. hari semalam kerja memang tak ada mood. rupanye suami pun hadapi perkara yang sama dia pun tak ada mood. tup tup tup dia kol bagitahu dia amik ajiq awal. 

selalunye raziq tak macam tu. tapi hari ni ayahnye hantar dia tak tengok kereta. dia tengok tayar kereta macam selalu. heeeeeee...

raziq raziq.

muka raziq semalam.

ibu
XOXO :D

Tuesday, 5 March 2013

~Langkah demi langkah

Bunjut pelestik. berkenan benor raziq dengan bunjut pelestik ini.




he always make me smile and ketawa terbahak + guling dengan perangai dia. raziq oh raziq.


ibu XOXO :D

Friday, 4 January 2013

~Jadual Gaji 2013

As salam semua...

sudah masuk hari ke-4 kita di tahun 2013...mesti ada duk cari jadual gaji 2013 kan???(hahahaha, orang lain da lama print tampal kat dinding, yg dia ni sorang je baru nak cari, hahahahah)...tak apa, jawab je iye...ye semua...

ok, tak nak cite panjang, amik kalendar bulat kan pada tarikh2 berkenaan....hihihihi...sekian terima kasih...


XOXO :D

Friday, 9 November 2012

~hasrat ku

Ya ALLAH Ya Tuhanku...

sungguh kuat saat ini hatiku ingin ke rumah-Mu...sehingga menitis air mata ini...mengenangkan sempat kah aku sampai ke rumah-Mu...ku pohon kepada Mu, Pencipta ku...Engkau permudahkanlah segala perjalanan ku, dalam menyempurnakan niat suci ku...Bahagia aku rasakan jika dapat ku jejak ke rumah -Mu bersama-sama dengan orang yang aku sayangi...suami ku...anak ku....


sungguh beruntung pada mereka yang telah ke rumah-Mu dengan mudah...aku yang tidak seberapa ini...hanya mampu berdoa....dan terus berusaha untuk mengumpul duit yang secukup nya untuk ku berjumpa dengan Mu Ya ALLAH...

semoga aku serta keluarga ku, adik beradik ku dan sahabat-sahabat ku tergolong dalam golongan yang Engkau berikan nikmat di Dunia dan juga di AKHIRAT kelak...amin..

Friday, 26 October 2012

~salam aidiladha

salam aidiladha semua...

banyaknye rumah nak kena pergi...ayah ibu mak ayah mertua...hahahahhaa...kehidupan...itulah kehidupan...dan mempercayai setiap kejadian ada hikmah yang terbaik yang telah ALLAH aturkan...dah cantik ALLAH susunkan...jadi kita umatnya...harus patuh dan redha sahaja....;)

apa-apa pun saya sungguh bahagia dengan kehidupan sekarang...Ya ALLAH..kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga Mu Ya ALLAH...amin!

Wednesday, 24 October 2012

~Jantung hatiku

Salam everyone!

pagi-pagi da rindu dengan jantung hati saya ni...bukan kah best kalau dapat spend time dengan jantung hati saya ni aje...tak payah pergi kerja...tapi iyelah tak pergi kerja mana nak dapat duit, nak beli susu, pampers, makan lagi...huhuhuhu...kehidupan kehidupan kehidupan....itu lah kehidupan...

si comel, bam bam, bulat ibu ayah ni...
tengok la dia...bila nampak rupa dia di screen...dia ingat siapa la kan...padahal diri sendiri tu...lol..;)


dia intai ayah ke ayah yang intai dia...;)..sayang sangat mereka berdua ni!...