Nuiffnag Ads

Thursday, 3 March 2016

Family Outing, Sekeping Kong Heng Ipoh

hai,

kali ni nak share family outing kami.

27 Februari 2016
disebabkan selalu tanya kakak bila nak balik bila nak balik.sekali dia balik minggu lepas.hehehehe.lepas rindu dengan kakak.

kakak balik sabtu, so planning malam sabtu tu dinner dengan ayah. ayah ni orangnya susah nak makan luar, bagi dia makan dirumah ada ikan goreng sayur rebus ulam-ulaman sambal belacan da cukup. tapi kami paksa juga ayah makan diluar.
raziq mana raziq???heee tuuuuuuu sebelah ayahnya tu...ni pun sorang tak ada iaitu abg.kakak ipar je ada.
kami makan dekat dengan rumah ayah.jauh-jauh ayah bukan nak.kut dapat makan steamboat shabu-shabu ipoh pun best.

so pilihan tempat kami Chillex Concept Cafe di Bandar Sidec, Seri Iskandar. nak senang Nilai 3, Seri Iskandar. ok, not bad tempat dia. kawan-kawan yang suggest tempat ni. "kalau una balik rumah ayah pergi lah try makan.sedap.cepat" kata deme.

so here we are.

servis : cepat
tempat : chill, cool, selesa
harga : oklah, ingat kan makan ramai macam ni rm200++ rupanya rm150++ je. dan paling lawak, i duk bising harga, rupanya yang paling mahal i punya makanan.kah kah kah!
keseluruhan i bagi 4 bintang :)

sekali sekala seronok keluar macam ni.

28 Februari 2016
pagi sabtu kami memilih untuk breakfast sesama.kali ni habiskan masa dengan ibu pulak.
Suhaimi Cafe, Silibin
disebabkan breakfast kami ni cum lunch.pukul 11 kan.so kami terus bergerak ke pekan lama, tempat yang kakak nak sangat pergi. kitaorang pun tak pernah sampai sebenarnya tempat yang kakak nak pergi sangat ni.

tempatnya adalah di Sekeping Kong Heng, terletak di Pekan Lama Ipoh. Tempat ni sebenarnya adalah bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan ciri-ciri lama bangunan tersebut. ada buat review sikit. bangunan di sini berusia 90 tahun.

pada photographer tempat-tempat macam ni sangat cantik untuk gunakan skill yang anda ada. ;)

ok.nak cari bangunan sekeping kong heng ni agak susah.so nak senang guna waze je.dan landmarknya berdekatan dengan Restoran Plan B Ipoh

ayah + raziq
paksu ajet ajet handsome
raziq ni seorang budak yang kuat sangat merajuk. hati tisu.
kakak + bard
ikin.sorry nampak montot je ;p
my sweet small family
ibu with anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu



menantu vs anak
lama jugak nak menghabiskan ais kepal ni. makan sampai habis tau, nanti anda akan jumpa asam boi di dalam nya.


dora mak una

jenuh kitaorang cari kawasan yang ada payung ni. ini je tinggal.itu pun color nya sudah lusuh.
ikin + dora mak una
my handsome boy, raziq
dia manja ayah
i know u love me, i love you more. suka tanya dia soalan ce tunjuk banyak mana sayang tu??hanya dia knows how to answer my question. ;)

ok sekian sahaja untuk update blog kali ini. will be sharing ke lain tempat pulak.

Thursday, 28 January 2016

Pengalaman Muhammad Raziq Naik Keretapi

hai,

kali ini nak share pengalaman pertama raziq menaiki keretapi. pengalaman pertama raziq pada 29 Julai 2015. sebenarnya dia yang minta nak naik keretapi sebabnya selalu tengok kartun tommy and friends. jadi kita tunaikan permintaan Muhammad Raziq kesayangan ibu ayah ni. ok jom tengok gelagat dia.



23 Januari 2016 yang lepas adalah pengalaman kedua Raziq. excited dia tetap sama macam kali pertama. Perjalanan nya dari Tapah Road ke Ipoh je. 30 minit macam tu je. Harga Tiket untuk Dewasa RM13.00 dan Kanak-kanak RM11.00 untuk ETS.

Pokok Ipoh
Kemudian kami bagi Raziq merasai pengalaman menaiki bas pula.destinasinya ke Terminal Aman Jaya di Meru, Ipoh
Jalan Kaki ke Stesen Bas Medan Kidd
 
untuk 3 orang RM4.50 dari Stesen Bas Medan kidd ke Terminal Amanjaya Meru, Ipoh.mahal juga ye.hehehehhee.dulu rm0.80 je dewasa.ok itu dulu.jangan samakan.

jom tengok gelagat dia naik bas pula.


favourite pose dia, ultraman



ok itu sahaja. babai.

Monday, 11 January 2016

Restoran Sri Tanjung Tualang

hai

nak share tempat makan baru yang sedap. mungkin tak baru pada penduduk setempat Tanjung Tualang tapi baru bagi kami. ;)

selalu nya kalau balik ke Batu Gajah (rumah mertua) dari Teluk Intan laluan kami memang ikut ke Tanjung Tualang.

sebelum ni kalau lalu Tanjung Tualang tu tempat popular makanan kat situ Mee Udang Galah Tanjung Tualang yang dekat selekoh tu kan? kan? kan? (tapi sekarang dah pindah ke deretan kedai baru di sebelum selekoh) deretan kedai belah kiri kalau dari pekan Tanjung Tualang.

tujuan balik kampung kali ni nak hantar motor ayah mertua ke pasir pinji, pasir puteh, ipoh untuk tambah 3 roda pada motornya (OKU).

ok jom nak kongsi mengenai Restoran Sri Tanjung Tualang.

Restoran Sri Tanjung Tualang ni betul-betul terletak nya di tengah-tengah pekan Tanjung Tualang. hadapan Restoran tu pasar tak salahnya lah. ;)

Restorang Seri Tanjung Tualang ni konsepnya sama macam Restoran Hj Sahrin Low di Ipoh. Chinese Food.yang penting HALAL.

dekat pintu masuk Restoran tu terdapat besar logo HALAL nya. macam i senang je, i percaya pada logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. kalau tak ada logo tu memang was-was lah. bila was-was tu jangan lah nak makan.
sambil tunggu order sampai, kami dihidangkan dengan ini.tapi jangan ingat free tau kacang tu
sedap. *bearbear raziq sibuk interframe
 ok nak tahu kitaorang order apa? taraaaaaaa.....bil di bawah. kitaorang ambik semua saiz kecil. tu pun banyak untuk tiga orang makan. tapi boleh bungkus kalau tak habis. ;)
harga = oklah not bad
tempat = ok. bersih. selesa
makanan = sedapppp (i suggest sotong masak telur masin tak salah nama menu tu, empat jenis kacang, isi ikan kerapu...nyum nyum nyum)
servis = ok.

pada penggemar makan.sikit-sikit makan.try lah tempat ni. :)

sebelum sambung perjalan pulang singgah di gerai jual air di tepi jalan berhadapan Pejabat Pos Tanjung Tualang. White Coffee nya kalah starbucks (hahahha boleh macam tu?) erti kata lain sedap.murah.
tak sempat dan tak teringat sebenarnya nak tangkap gambar sweet kami bertiga naik motor dari Batu Gajah ke Ipoh sebagai kenang-kenangan. paling HAPPY Muhammad Raziq. dia memang suka naik motor.

lepas hantar motor macam biasa tiap kali balik ke Kampung,kami akan belikan barang-barang (stock) masak untuk ayah mertua. kali ni pergi sekali ke TESCO Pengkalan.
tengoklah Muhammad Raziq tu dah pening nak pilih yang mana.tapi dengan Raziq ni dia faham dan pandai. bila da dapat satu barang tu offer barang kedua, dia akan cakap tak nak atau dia akan tukar dengan barang yang pertama tu. dia akan pilih satu sahaja. tapi...................................nak tunggu dia pilih tu...............lama juga. dia tengok, tapi dia tak pegang. dia tengok jeeee....sehingga lah kita pegang baru berani dia pegang. kalau tak dua tangan kat belakang. itu lah Muhammad Raziq.

sekian.
:)


Monday, 28 December 2015

Redeem scoop susu Anmum

hai,

hari ni nak share kegunaan scoop susu anmum. yang selama ni i tahu korang mesti pakai scoop tu untuk scoop garam, serbuk kunyit, kan kan kan?. heheehehe. tak apa, pakai la untuk kegunaan apa pun, tapi penghujung nya jangan buang, rugi. dulu tak tahu, start tahu tahun 2014 sebab ada promoter anmum bagitahu.

Raziq rasi dengan susu ni masa dia baby lagi. bukan tak bagi susu badan. bagi je. campur. cuma bila da start keje habis pantang tu, susu badan ada macam tak ada. 

kalau perasan di penghujung scoop susu anmum boleh di cerai kan. bila da ceraikan macam ni la rupanya.
kenapa ada warna oren dan ungu. ok nanti kita ceritakan dibawah ya
yang hujung tu lah bila di kumpul boleh redeem nak redeem apa pun, mengikut senarai yang ada. boleh pergi ke link http://www.connectedmums.com.my/main/?p=reward kalau pergi ke link ni banyak barang yang comel-comel boleh redeem. tapi yang paling menarik minat i ialah susu tepung nya. sebab boleh jimat tak payah beli. ;)

apa-apa pun kena register dulu sebelum log in.register senang je isi je detail diri. just follow the flow. :)

then download/print borang nya. contoh borang seperti dibawah.
Redemption Form
i da pernah redeem.sudah 2 kali i redeem. tahun 2014 dan yang terbaru hantar pada bulan oktober 2015, minggu lepas (disember 2015) baru dapat barang nya. sekarang i tengah nak redeem untuk kali ke 4 nya. hehehehe. before diaorang send redemption items. diaorang call dulu untuk confirmation. not bad lah service nya. i bagi 5 bintang. :)
taraaaaaa, ni lah item redemption i.sampai dalam satu kotak yang sederhana besar. kotak susunya sampai dalam keadaan elok.tak penyek.good services. 
i redeeem sekali 3 terus. kalau nak redeem up to 4 paket kena jadi ahli anmum dulu. 

setiap scoop yang berwarna ada points nya dan adalah mengikut gram susu/jenis susu.

ok untuk 
white scoop = 10 points (AnmumTM Materna, AnmumTM Lacta)
orange scoop = 10 points (AnmumTM Essential Step 3 & 4 500g)
purple scoop = 20 points (AnmumTM Essential Step 3 & 4 1.2 kg/1.6kg)

untuk redeem AnmumTM Essential Step 4 500g - Plain 3 - 6 years old yang macam i suka redeem ni hanya memerlukan 120 points sahaja.

thank you anmum adakan this servives. rasa dihargai sangat menjadi pengguna setia anmum.




Tuesday, 22 December 2015

Kenduri + Zoo Taiping + Bukit Merah + Kuala Gula

Kenduri

Sabtu 19 November 2015, kenduri di lenggong, Perak. hantar mempelai belah lelaki. pangkat sepupu belah ayah. kali ni tak ramai adik beradik ayah yang menghantar. masing-masing ada hal.


Nakal manja Raziq ni
da lambat masa ni. pengantin boleh nak jalan dulu,suruh stop sekejap nak tangkap gambar. Selamat Pengantin Baru Amir.
ayah
Raziq kuat makan.suka tengok.
cheeky boy
Zoo Taiping

Lepas kenduri planning memang akan terus ke Bukit Merah Laketown. sewa homestay area  Laketown. sambil nak ke Bukit Merah tu singgah Zoo Taiping bawa Raziq. tapi apakan daya, raziq seperti tiada perasaan melihat haiwan-haiwan disitu. mungkin tunggu besar sikit.


                                                      Harga tiket Zoo Taiping



sorry gambar haiwan-haiwan dalam tu tak tangkap. heeeeee ;) . so gambar kitaorang yang banyak.
lepas dari Zoo Taiping, lapar. so pergi makan Mee Udang Mak Jah. ok la. not bad. 4 bintang i bagi.

Bukit Merah Water Park Laketown 
Ahad 20 Disember 2015, pagi dalam jam 9.30 kitaorang bergerak ke Bukit Merah Laketown konon-konon takut ramai orang. sebab cuti sekolah kan. tapi disebabkan pagi tak ramai pun. tengahari dalam pukul 1 tu dah ramai dah.

harga tiket : rm 25.00 dewasa
rm 20.00 kanak-kanak
warga emas tak ingat berapa

 raziq & paksu nya tengah tunggu  alip dan icha tak sampai-sampai lagi ni..




 kena paksa tangkap gambar dalam air.lepas tangkap tu, dia boleh cakap. "ok tak payah pergi pulau redang da"

ohhh tak sama kut. apa-apa pun i maintain senyum dan bukak mata dalam air. :p

kami keluar dari Bukit Merah Water Park Laketown tu dalam pukul 3 petang. jenuh nak suruh anak-anak kecil ni stop mandi+berendam. especially Muhammad Raziq.dia memang "water lover".

kami terus ke Kuala Gula. nak merasa ketam lembut yang famous di Kuala Gula. kami memilih J.S Muara. memang kalau search di internet, J.S Muara ni yang ranking atas. tapi....tapi....service dia...hurmmmmm maaf cakap. mungkin kena terima sebab ramai orang. tapi tak jugak, sebab kami order dulu meja sebelah yang datang kemudian dapat dulu. tak pun mungkin salah kami order set.

kalau korang nak makan di situ mungkin i boleh cadangkan jangan ambil set. order ketam lembut je.mesti sampai cepat. harga??ok la. tapi....tapi....kerang rebus yang dijual di luar kedai J.S Muara tu sangat la mahal. buah-buah potong dan rojak pun mahal.

tapi tak salah nak tolong melayu.mahal pun bayar je lah, makan je lah, beli tambah lagi. :)

tak sempat nak tangkap gambar area Kuala Gula tu. tapi kalau keluar dari Bukit Merah Water Park tu tak jauh dah nak ke sana, dalam setengah jam sahaja.

ketam lembut = 4 bintang
rojak buah = 1 bintang
makanan keseluruhan di J.S Muara = 4 bintang
services = 3 bintang

semoga dapat memberi sedikit informasi kepada the readers.

terima kasih membaca.